Quantcast
Channel: بلغوا عني ولو آية
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

Rakaez Dakwah – Tsabat (Tetap Hati)

$
0
0

Rakaezud Dakwah (Konsep Dasar Gerakan Dakwah)

Oleh – Dr. Majdi Al-Hilali

 

TSABAT

 

Allah berfirman:

Maksudnya: Di antara orang-orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu( lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka telah janjikan) sedikitpun. (Al Ahzab: 23)

Sabat adalah salah satu daripada taklif keimanan. Iman bukanlah perkataan yang dituturkan. Akan tetapi ia adalah satu hakikat yang mempunyai taklif dan amanah yang mempunyai beban. Jihad perlu kepada kesabaran  dan kefahaman. Tidak memadai seseorang itu berkata: “Kami telah beriman“. Mereka tidak akan ditinggalkan bagitu sahaja dengan dakwaan itu sehingga mereka didedahkan kepada fitnah lalu mereka sabat di atasnya dan keluar dari fitnah tersebut dalam keadaan hati dan sanubari yang bersih dan suci.

 

Tanggung jawab Sabat.

Ibnu Qayim berkata: Tidak ada yang paling sulit di dalam alam ini selain daripada sabat, samada terhadap perkara yang disukai ataupun terhadap perkara yang tidak disukai, khususnya apabila masanya berpanjangan dan berlaku perasaan putus asa.

Tempoh yang panjang itu perlu kepada bekalan untuk melaluinya. Bekalan di sini ialah sabat. Sabat di atas ketentuan dan ujian Allah. Ahli sabat perlu menggunakan kesabatannya untuk melalui saat-saat ujian dan cobaan ini.

Sabat di atas kebenaran sehingga mati adalah suatu perkara yang sukar. Rasulullah saw. telah memperbanyakkan doa:

Ya Allah yang memutar belitkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu. (Dikeluarkan oleh AT Tirmizi dan katanya hadis hasan)

Berkata seorang solihin: Janganlah engkau bertanya tentang orang yang binasa dan bagaimanakah mereka binasa tetapi bertanyalah tentang orang yang berjaya dan bagaimanakah mereka berjaya.

Yang lain pula berkata: Apabila engkau ingin mengambil teladan, ambillah teladan orang yang telah mati kerana orang yang hidup belum tentu selamat akhirnya.

Di sana tidak ada kayu ukur yang tetap yang boleh menentukan sesorang itu gugur, bukannya umur, keilmuan ataupun terdahulu mengikuti dakwah. Kerana terkadang seorang itu diuji dengan ilmunya dan ada yang teruji dengan usianya dan ada yang teruji melalui kedudukkannya sebagai orang yang terawal menyertai dakwah.

Begitulah kisah Bal`am

Beliau ialah Bal’am bin Ba’ura’ daripada bani Israil, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sufyan as Tsauri daripada riwayat Abdullah bin Masud.

Beliau telah mendapat ilmu yang banyak daripada syariat nabi terdahulu tetapi tidak mengambil manfaat daripadanya ( tafsir Ibnu Kasir) seperti yang diriwayatkan oleh ahli tafsir melalui ayat:

Maksudnya: “Dan bacakanlah kepada mereka berita orang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab) kemudian dia melepaskan diri dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia orang-orang yang sesat.

Dan kalau kami mengkehendaki, nescaya kami tinggikan(derjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dia akan menghulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya juga . Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat kami.

Maka cerikanlah kepada mereka kisah-kisah agar mereka berfikir. (Al A’raf: 175-176)

Malah Iblis telah teruji melalui ibadahnya dan dia merasa bahawa dia lebih mulia daripada Adam a.s.

Maksudnya: “Iblis berkata, aku lebih baik daripadanya, engkau jadikan aku daripada api dan engkau jadikannya daripada tanah”.(Al A’raf : 12)

Terkadang terdapat manusia yang teruji dengan berbagai perkara yang lain lagi. Oleh itu janganlah engkau bertanya tentang orang yang binasa dan bagaimanakah mereka binasa tetapi bertanyalah tentang orang yang berjaya dan bagaimanakah mereka berjaya.

Telah dikhabarkan kepada Rasulullah saw. bahawa terdapatÞFÞ beberapa orang telah keluar daripada Islam dan meninggalkan Madinah lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Madinah telah membuang kekotorannya seperti tukang besi membersihkan kekotorannya“.

Sirah telah menceritakan kepada kita tentang sikap ini di dalam peperangan Tabuk:

Rasulullah saw. telah meneruskan perjalanan. Seorang lelaki telah ketinggalan di belakang, lalu mereka yang lain telah berkata: “Wahai Rasulullah saw. sifulan telah ketinggalan.”

Baginda menyahut: “Tinggalkanlah dia, sekiranya di dalam dirinya masih ada lagi kebaikan, maka dia akan bergabung dengan kamu, sekiranya sebaliknya maka Allah telah merehatkan kamu daripadanya.”

Ia adalah kata pemutus daripada Rasulullah saw.. Sekiranya masih ada lagi kebaikan di dalam dirinya nescaya dia akan datang untuk bergabung bersama dengan angkatan muslimin. Sekiranya kebaikan itu sudah tidak ada di dalam dirinya, maka kita tidak akan bersedih ke atasnya. Ketika baginda di beritahu bahawa yang ketinggalan itu adalah Abu Zar dan Abu Zar sebagaimana yang kita ketahui adalah di antara orang yang terdahulu menyahut seruan Islam.

Sehinggakan adalah di katakan: “Wahai Rasulullah saw., Abu Zar telah ketinggalan dan untanya telah terlewat.” Lalu baginda bersabda: “Tinggalkanlah dia, sekiranya didalam dirinya masih ada lagi kebaikan nescaya Allah akan mempercantumkannya dengan kamu dan sekiranya tidak ada lagi kebaikan di dalam dirinya maka Allah telah merehatkan kamu daripadanya.”

Bersama itu juga Rasulullah saw.. berharap supaya Abu Zar tidak bersama orang-orang yang tercicir dari berperang. Ketika seorang lelaki memberitahunya: “Wahai Rasulullah saw., lelaki itu berjalan di belakang dengan seorang diri.” Lalu baginda berkata: “Semoga orang itu adalah Abu Zar.” Apabila orang ramai memerhatikannya mereka telah berkata: “Wahai Rasulullah saw., demi Allah dia adalah Abu Zar.” Semuanya berharap supaya Abu Zar bersama mereka dan ketika baginda melihatnya baginda telah bersabda: “Mudahan-mudahan Allah merahmati Abu Zar yang berjalan seorang diri, mati seorang diri dan dibangkitkan di hari akhirat seorang diri.”[1]

Bahkan Allah swt telah mengurniakan kesabatan kepada Rasulullah saw. untuk mengikuti apa yang telah diwahyukan kepadanya .Allah swt juga telah memeliharanya daripada tipu daya orang-orang muysrikin dan menyelamatkannya daripada tercenderung kepada mereka walaupun.  Allah swt juga telah merahmatinya daripada menimpakannya dengan akibat kecendurangan ini  iaitu azab di dunia dan akhirat yang berlipat ganda serta hilangnya pertolongan.

Allah berfirman:

Maksudnya: Dan sesungguhnya nyaris-nyaris mereka dapat memesongkan mu (wahai Muhammad) dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, supaya engkau ada-adakan di atas nama Kami perkara yang lainnya, dan (kalau engkau melakukan seperti itu) baharulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.

Dan kalaulah Kami tidak menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran) tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui segala kehendak mereka.

Jika engkau( melakukan yang demikian) tentulah Kami akan merasakan kepada mu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga ketika mati, kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman Kami.(Al Isra’: 73 -75)

Ustaz Syed Qutub berkata: Ayat ini menceritakan usaha pertarungan orang muysrikin dengan Rasulullah saw. . Usaha ini yang telah dijauhkan oleh Allah daripada Rasulullah saw.. adalah merupakan usaha orang-orang yang mempunyai kekuasaan terhadap para daei disetiap zaman. Iaitu usaha untuk menipu para daei  supaya mereka menyeleweng  walaupun sedikit daripada beristiqamah dengan dakwah dan keteguhannya serta mereka redha dengan penyelesaian-penyelesaian pertengahan yang menipu mereka di sebalik keuntungan yang banyak.

Ada di antara pendakwah yang terfitnah dengan perkara ini, kerana mereka melihat ia adalah satu perkara yang mudah. Orang-orang yang berkuasa tidak menuntut supaya mereka meninggalkan dakwahnya secara keseluruhan, akan tetapi mereka mahukan perseimbangan supaya kedua-dua belah pihak boleh bertemu di pertengahan jalan. Kadang-kadang syaitan akan masuk ke dalam para pendakwah melalui jalan ini dan diapun menggambarkan bahawa kebaikan dakwah adalah dengan menarik orang-orang yang berkuasa ke arahnya walaupun dengan bertolak ansur di dalam beberapa perkara.

Penyelewengan yang sedikit di awal perjalanan akan berakhir dengan penyelewengan yang banyak di penghujung jalan. Pendakwah yang sanggup menyerahkan sebahagian daripada dakwahnya dan melupakan sebahagian yang lain walaupun kecil tidak akan berupaya untuk bertahan di jalan dakwah. Ini adalah kerana kesediaannya untuk bertolah ansur akan bertambah setiap kali dia mengundur ke belakang.

Permasalahannya sekarang ini adalah keimanan terhadap dakwah itu sendiri. Orang yang berani bertolak ansur di dalam sebahagian dakwahnya dan senyap di dalam sebahagian yang lain walaupun di dalam perkara yang kecil, tidak mungkin dia adalah seorang yang beriman terhadap dakwahnya dengan keimanan yang sebenar. Setiap aspek di dalam dakwah menurut pandangan orang yang beriman adalah penting seperti yang lainnya juga..

Tidak ada di dalam dakwah perkara yang lebih dan perkara yang kurang penting. Tidak ada di dalam dakwah perkara yang wajib dan perkara yang sunat. Tidak ada di dalamnya perkara yang mungkin tidak diperlukan. Semuanya adalah bersepadu di mana keistimewaan kesuruhannya akan hilang dengan hilangnya salah satu daripadanya. Sama seperti perkara yang terbina daripada banyak unsur, keistimewaannya akan hilang apabila salah satu daripada unsurnya itu hilang.[2]

 

Sabat Di Atas Perjalanan.

Sabat di dalam berjalan di atas jalan dakwah ini dan sabar terhadap kesusahan yang dihadapi oleh du`at adalah perkara yang dituntut. Jalan dakwah adalah suatu jalan yang panjang, sulit yang dirintangi dengan halangan, ranjau dan duri, dihampari oelh onak-onak dan darah-darah, penyeksaan dan cobaan.

Sabar di atas bermacam-macam perkara: Sabar di atas nafsu syahwat, kemahuan, kelemahan, kekurangan, gopoh dan hendak cepat mendapatkan hasil. Sabar di atas syahwat manusia, gambaran mereka yang buruk, tipu daya, lambat dan cepatnya mereka di dalam menerima dakwah yang dibawa. Sabar di dalam berhadapan dengan pendokong kebatilan dan kejahatan taghut. Sabar di atas kurangnya penyokong dan kurangnya pembantu, panjangnya perjalannya, was-was syaitan di saat-saat kesusahan dan kesempitan. Sabar di atas kepahitan jihad dan perasaan yang di hadapi oleh jiwa  samada kesakitan, tekanan, kesempitan, kurangnya thiqah, kurangnya pengharapan, putus asa dan jemu.

Sabar mengawal diri di saat kemenangan dan kejayaan. Menerima kemenangan di dalam keadaan tawadduk dan kesyukuran tanpa menunjuk-nunjuk serta tidak terdorong ke arah membalas dendam dan melampaui batasan qisas yang sebenar. Kekal di atas perhubungan dengan Allah ketika senang dan susah. Menerima ketentuanNya dan mengembalikan segala urusan kepadaNya dalam keadaan khusyuk dan tenang.

Kadang-kadang tempoh ujian adalah panjang kerana sesuatu sebab yang dikehendaki oleh Allah. Nabi Nuh telah menyeru kaumnya sembilan ratu lima puluh tahun sebelum dia menerima ajalnya yang telah ditentukan oleh Allah. Hasil bagi tempoh yang panjang ini hanyalah dua belas orang Islam.. sebagaimana yang dikatakan oleh beberapa riwayat.

Akan tetapi golongan manusia yang kecil ini pada neraca Allah adalah mmemadai untuk Dia memberikan kekuatan kepada mereka  dan menghancurkan seluruh manusia yang sesat serta mewariskan muka bumi ini kepada kelompok yang kecil ini untuk mereka membangunkannya semula dan mengurusnya.

Orang-orang yang memerhatikan ayat-ayat Al Quran akan mendapati bahawa seluruh ayat- ayat yang menyentuh tentang kemenangan adalah diturunkan di Madinah. Ini adalah yang perlu diamati oleh para du`at kepada Allah di seluruh pelusuk bumi dan di segenap generasi. Ia memadai untuk menunjukkan kepada mereka pertunjuk-pertunjuk jalan yang jelas tanpa ada kesamaran dan menetapkan langkah-langkah orang yang mahu meneruskan perjalanan sehingga ke pengakhiran perjalannya walau bagaimana sekalipun kesudahan perjalanan tersebut.

Ketentuan dakwahnya pada masa akan datang adalah di bawah kekuasaan Allah. Mereka tidak dapat lari dari jalan yang dipenuhi oleh darah, tengkorak, penyeksaan, peluh dan darah sehingga mereka mencapai kemenangan atau tertewas atau berjaya memisahkan antara yang hak dan yang batil di atas muka bumi ini.

Akan tetapi apabila Allah hendak melakukan sesuatu keatas mereka untuk dakwahNya ini dan untuk agamaNya, maka Diaakan melakukannya. Tidak ada pembalasan ganjaran di ataskesakitan dan pengorbanan di atas dunia ini… tidak, bumi bukanlah tempat pembalasan. Akan tetapi ia adalah tempat untuk melaksanakan ketentuan Allah terhadap urusan dakwah dan manhajNya dengan tangan segolongan hamba-hambaNya. Allah swt. memilih mereka untuk menjalankan urusan yang dikehendakiNya. Dengan pemilihan Allah ini dan mereka sudah cukup untuk mereka merasai segala yang ada di atas muka bumi ini adalah hina. Bagitu juga dengan segala rintangan dan kesusahan di atas jalan dakwahnya, ia adalah dianggap sebagai perkara yang kecil sahaja.

Al Quran telah membentuk hati-hati yang bersedia untuk menanggung amanah. Hati-hati ini perlulah jitu, kuat dan tajarrud di mana dia tidak mencari sesuatu di muka bumi ini dan tidak melihat kecuali kepada akhirat serta tidak mengharapkan kecuali keredhaan Allah sedangkan dia membelanjakan segala-galanya dan memikul segala bebanan. Pengorbanan sehinggakan kematiannya adalah tidak mendapat apa-apa pembalasan di dunia ini. Walaupun ganjaran itu adalah merupakan kemenangan dakwah dan Islam serta muslimin. Bahkan walaupun ganjaran ini adalah merupakan kebinasaan orang-orang yang zalim yang telah dibinasakan oleh pukulan maut sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang yang menolak kebenaran pada zaman dahulu.[3]

Ini adalah jalan yang telah disediakan oleh Allah bagi jamaah Islam yang pertama dahulu dan bagi setiap jamaah Islam di setiap generasi. Keimanan, jihad, halangan, cobaan, sabar dan sabat, berharap kepada Allah  semata-mata. Kemudian baharulah datang kemenangan…. datangnya nikmat yang agung.[4]

Allah berfirman:

Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. (As Sajadah: 32)

Doktor Abdul Karim Zaidan telah berkata: Ia adalah dengan kesabaran, sabat, yang akan memperolehi kepimpinan di dalam agama.

Akhirnya Abu A’la Al Maududi berkata: Kamu perlu melatih diri kamu dengan kerja-kerja yang kekal kesannya dan penghasilan yang jauh dengan jalan yang teratur dan berperingkat-peringkat. Setiap kerja walaupun kecil pada pandangan kamu, maka kamu wajib mengorbankan kehidupan kamu keseluruhannya tanpa menanti-nanti hasil yang segera dan tanpa kamu mengharapkan pujian daripada manusia terhadap usaha-usaha kamu.[5]

 

Sabat Di Atas Seksaan.

Di antara tanda keimanan ialah sabar atas musibah dan bertahan di hadapan cobaan.

Allah berfirman:    

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan dengan merasai kelaparan. (Al Baqarah: 155)

Jihad perlu kepada ujian dan cobaan. Di antara tanda-tanda yang akan menjelaskan hakikat pejuang dan sikap pahlawan-pahlawan ialah sabar diatas seksaan dan cobaan di jalan Allah.

Kebanyakkan orang yang tidak memahami hakikat Islam lebih mementingkan sembahyang seratus rokaat sehari atau berzikir kepada Allah di waktu duduk, berdiri dan berbaring…akan tetapi mereka tidak mempunyai persediaan untuk bertahan dari cobaan dan bersabar atas penyeksaan di jalan Allah walaupun sesaat. Apabila mereka di seksa, mereka terus jemu, tewas dan duduk berehat di rumah mereka bersama orang-orang yang duduk berehat dari perjuangan.

Maksudnya: Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah.” Kemudian apabila dia diganggu atau di sakiti pada jalan Allah, dia menjadikan gangguan manusia itu seperti azab Allah (lalu dia takutkan manusia). Dan jika datang pertolongan daripada Tuhanmu dengan memberikan kemenangan kepada mu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu“. (Mengapa mereka berdusta) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam di dalam hati sekelian makhluk?” (Al Ankabut: 10)

Apabila kita teliti kitab Allah dan sunnah RasulNya kita akan dapati bahawa keredhaan Allah dan dapat memasuki syurga bukanlah dengan amalan ketaatan dan ibadat-ibadat semata-mata, tidak dengan menjauhkan yang haram dan melakukan yang halal, akan tetapi akan masuk kedalamnya juga dengan berjihad di jalan Allah dan sabar atas cobaan, rintangan, kepahitan dan penetangan orang-orang yang zalim.[6]

Di antara ayat Al Quran:    

Maksudnya: Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata pada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjuang (dengan bersungguh-sungguh)  di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) Orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? (Ali Imran: 142)

Di antara hadis pula, sabda Rasulullah saw. :

Maksudnya: Dibentangkan syurga dengan perkara-perkara yang tidak disukai dan dibentangkan neraka  dengan perkara-perkara yang disenangi oleh syahwat.(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Dan hadis Rasulullah saw.

Maksudnya: Manusia yang paling hebat cobaannya adalah Para Nabi, kemudian orang yang paling mulia selepas mereka  dan seterusnya , seorang lelaki akan diuji mengikut kekuatan  agamanya. Sekiranya dia kental di dalam beragama maka cobaannya akan bertambah. (HR Bukhari)

Setiap individu di dalam masyarakat yang telah dibentuk oleh Rasulullah saw. adalah terdedah kepada penyeksaan dan fitnah dengan segala macam bentuk. Sehingga kadang-kadang sampai tahap pertumpahan darah. Pada hari itu tidak ada orang yang bergabung dengan Islam dan mengucap dua kalimah syahadah bergabung dengan masyarakat Islam dan patuh kepada arahannya kecuali orang-orang yang bersedia menghadapi penyeksaan dan cobaan, fitnah, kelaparan, azab dan maut dalam keadaan yang teruk pada setengah ketika.

Oleh itu telah terbentuk bagi Islam `kaedah sulbah’ yang terbentuk daripada anasir-anasir yang terkenal di kalangan masyarakat Arab. Adapun orang-orang yang tidak tahan menahan tekanan-tekanan ini, mereka telah terfitnah dari agamanya, tidak sabat dan kembali kepada jahiliah buat kali ke dua.

Permerhatian kepada hakikat ini iaitu rintangan yang panjang  yang dihadapi oleh dakwah di Mekah, menjelaskan bahawa, Allah swt mengetahui ini adalah manhaj yang tepat untuk mentarbiah jamaah yang pertama dan membentuk pejuang yang unggul bagi akidah ini. Tanpa rintangan yang panjang ini, tidak akan terbentuk pejuang-pejuang yang unggul  dan jitu serta mereka tidak akan sabat di dalam menghadapi tekanan. Dengan berlalunya peringkat ini dengan kejituan, tajarrud dan istiqamah di jalan Allah di atas penyeksaan, pengazaban, pembunuhan, pengusiran dan kurangnya bilangan anggota serta tiadanya sokongan yang berbentuk dunia, peringkat inilah satu-satunya yang sesuai bagi melahirkan pejuang yang asli, sabat di zaman noktah permulaan agama Islam ini.

Penyokong-pendokong akidah adalah perlu mempertahankan akidah mereka dengan berhadapan dengan kesakitan, kepedihan dan tekanan. Menanti antara kemenangan dan ketewasan, sehingga mereka sabat di atas akidah mereka, tidak digoyang oleh tekanan dan tidak ditakutkan oleh kekuatan pehak musuh serta tidak hina berada di bawah fitnah dan rintangan baharulah mereka layak mendapat pertolongan Allah. Pada ketika itu mereka adalah merupakan pemegang amanah di atas agama Allah, layak dan sesuai untuk memeliharanya. Mereka berhak menerima syurga kerana ruh-ruh mereka bebas dari ketakutan, kehinaan dan dari mementingkan kehidupan dunia.

Ringkasnya: Allahlah yang memelihara dakwahNya. Apabila Dia inginkan dakwahNya mempunyai pergerakan yang sahih, Dia telah mendedahkan pendokong-[endokongnya kepada rintangan yang panjang dan melambat-lambatkan kemenangan dan sedikitnya manusia datang kepadanya, sehingga didapati mereka adalah orang yang sabar, sabat, bersedia dan layak menjadi `kaedah sulbah'yang jitu, asli, bersedia dan amanah. Allahlah yang menguasai urusanNya akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

 

Rawatan terhadap orang lemah

Setiap daripada kita janganlah menjadi penolong bagi syaitan apabila melihat saudaranya mula lemah, bahkan dia hendaklah berusaha supaya dapat menutup pintu kelemahan dari saudaranya itu. Dia hendaklah berusaha supaya saudaranya itu tidak keluar dari mana-mana pintu kelemahan itu. Sekiranya dia enggan juga dan terus keluar meninggalkan jamaah dan kerja Islam, maka janganlah ditutup baginya pintu untuk kembali bersama bekerja di dalam mengembangkan Islam. Bahkan hendaklah dibuka setengah pintu baginya. Kadang-kadang dia kembali kepada kematangannya semula dan dia mendapati pintu masih terbuka kepadanya, maka dia akan masuk melaluinya dan bekerja bersama kita semula di dalam membawa dakwah Islam ini.

Inilah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat di dalam berhadapan dengan saudara-saudara mereka yang mengundurkan diri dari jalan dakwah.

Ibnu Ishak mengeluarkan daripada Nafi' daripada Ibnu Umar telah berkata: "Ketika aku hendak berhijrah ke Madinah , kami telah berjanji, aku, Iyays bin Abi Rabiah dan Hisyam bin Al As untuk bertemu di At Tanaddub daripada peninggalan Bani Ghafar berhampiran Saraf (nama tempat yang jauhnya 6 batu daripada Mekah). Kami telah berkata : Sesiapa daripada kalangan kita yang tidak datang pada waktu yang dijanjikan, maka dia adalah tertahan maka yang lain hendaklah  terus berjalan.

Aku dan Iyays telah datang tepat pada waktunya di Tanaddub, tetapi Hisyam tidak datang pada ketika itu. Kami telah meneruskan perjalanan. Apabila kami sampai ke Madinah , kami telah berhenti pada tempat Bani Amru bin Auf di Quba'. Abu Jahal dan Haris bin Hisyam telah keluar menemui Iyasy(dia adalah sepupu dan saudara seibunya) sehingga kedua-duanya sampai ke Madinah sedangkan pada ketika itu Rasulullah saw. masih lagi di Mekah. Kedua-duanya telah berkata kepada Iyasy ; "Sesungguhnya ibu engkau telah bernazar bahawa dia tidak akan menyikat rambutnya dan tidak akan berlindung daripada matahari sehingga dia melihat engkau kembali kepadanya." Aku berkata kepadanya: " Kaum itu hanyalah mahu memfitnah engkau, maka hendaklah berhati-hati terhadap mereka. Demi Allah sekiranya ibu engkau telah terseksa dengan kutu di kepalanya, dia akan menyikatnya dan sekiranya dia tidak tahan dengan panas cahaya mathari Mekah maka dia akan berlindung daripadanya." Dia berkata: "Sumpah ibu aku itu adalah baik dan di sana aku mempunyai banyak harta di mana aku boleh mengambilnya." Aku berkata: "Engkau tahu bahawa aku adalah di antara orang Qurasy yang banyak harta, maka aku berikan setengah harta aku kepada engkau dan jangan pergi bersama kedua-duanya." Apabila dia enggan dan terus juga mengikut keduanya, aku pun berkata: " Sekiranya engkau hendak lakukan juga apa yang engkau mahukan maka ambillah unta aku ini, sesungguhnya ia adalah unta yang baik lariannya. Apabila engkau ditimpa kesusahan maka larilah dengan menaikinya."

Maka dia pun keluar bersama keduanya sehingga dia sampai pada pertengahan jalan, Abu Jahal telah berkata kepadanya: "Wahai saudaraku! Demi Allah untaku ini telah enggan berjalan, apakah boleh aku naik bersama unta engkau?" Dia berkata: "Boleh" Lalu keduanya telah naik ke atas untanya.

Apabila telah berjalan beberapa jauh keduanya telahmenolaknya daripada atas unta itu dan keduanya telah memasuki Mekah dengan unta itu. Keduanya telah memfitnahnya. Umar bin Al Khattab telah berkata: Kami telah mengatakan : "Allah tidak akan menerima taubat orang yang menfitnah dirinya.

Mereka semua mengatakan sedemikian di dalam diri mereka,sehingga Rasulullah saw. datang ke Madinah dan Allah telah menurunkan ayat:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat) janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengmpunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. "

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu akan diberikan pertolongan. "

"Dan turutlah Al Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya." (Az Zumar: 53 -55)

Umar berkata: Aku telah menulisnya dan telah mengirimkannya kepada Hisyam bin As. Hisyam berkata: Apabila ayat itu sampai kepada aku, aku telah membacanya di Tawa. Aku telah tidak memahaminya sehingga aku berkata: "Ya Allah berilah aku kefahaman." Lalu Allah telah memberikan kefahaman kepada aku bahawa ayat itu adalah diturunkan kepada kami, pada apa yang kami telah katakan terhadap diri kami dan apa yang telah di katakan terhadap kami. Dia berkata lagi: Aku pun telah kembali kepada untaku dan aku duduk di atasnya  dan aku telah menemui Rasulullah saw. di Madinah.

Umar telah menjelaskan kepada kita dengan pemdiriannya yang dilakukan, bagaimana kita bertindak ke atas orang yang  hendak lari dari bekerja. Dia cuba menutup  pintu fitnah daripada Iyasy bahkan dia telah mempelawa kepadanya setengah daripada hartanya. Apabila Iyasy telah enggan juga dan dia terus juga hendak kembali ke Mekah, Umar tidak membiarkannya bagitu  sahaja, bahkan dia berusaha untuk menolongnya supaya dia tidak terfitnah secara keseluruhannya dengan memberikan kepada Iyasy untanya yang baik pacuan itu.

Sikapnya dengan Hisyam juga menjelaskan kepada kita tentang perkara itu. Ketika dia tahu bahawa Allah menerima taubat orang yang terfitnah, dengan segera dia telah mengirimkan ayat itu kepada Hisyam lalu Allah telah membukakan hati Hisyam dan beliau telah berhijrah ke Madinah.

Bagitulah semestinya yang perlu di lakukan oleh al akh Muslim  kepada orang ang hendak mengundurkan diri. Doa mesti berusaha menutup pintu fitnah daripadanya supaya  ia tidak membawa kepada perkara yang lebih bahawa lagi. Dia hendaklah diberikan kesempatan supaya dia boleh kembali semula ke pangkal jalan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Umar kepada Hisyam bin Al As.[7]

 

Di Antara Unsur-unsur Sabat.

Sabatnya seorang al akh hingga ke pengakhiran jalan adalah satu perkara  yang tidak diketahui kecuali oleh Allah. Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memfitnahnya, maka tidak ada siapa yang boleh menahannya. Akan tetapi adalah tidak diragui bahawa di sana ada faktor-faktor yang boleh membantu al akh supaya  sabat di atas jalan perjuangan. Di antaranya:

1. Sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah supaya dia di sabatkan diatas jalan dakwah dan perjuangan. Berdoa dengan penuh kehinaan di samping memperbanyakkannya, khususnya:

Maksudnya: Wahai Tuhan yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku diatas agama Mu . Wahai Tuhan yang mengalihkan hati, alihkan hatiku kepada mentaati Mu dan mentaati rasul Mu.

Setiap kali seorang muslim hampir dengan Tuhannya, dia akan terdedah kepada rahmatNya. Di antara rahmatNya ialah mensabatkan orang-orang yang beriman di atas jalan kebenaran.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Qayim: Pintu yang paling hampir yang dimasuki oleh hamba kepada Tuhannya ialah pintu kemiskinan dan pengharapan. Bahkan dia akan masuk dengan melalui kefakiran dan kemiskinan hati.

Allah berfirman:

Maksudnya: Oleh itu bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya, dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang, supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan) (Taha: 130)

Maksudnya: Dan (dengan yang demikian itu) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (dengan memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami,dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh). (At Thur: 48, 49)

Orang-orang yang memerhatikan ayat-ayat Allah akan mendapati bahawa kesabaran adalah hasil dari arahan rabbani. Orang-orang yang tetap di jalan Allah, hanya mengharapkan kepadaNya semata-mata, menolak dunia dan berhubung dengan Allah di dalam sembahyang yang berterusan. Mereka adalah orang yang berupaya sabar di jalan Allah dan sabar menanti pertolongan Allah.

Sabar telah di sebut di dalam AL Quran pada banyak tempat sehingga disebut ianya adalah merupakan separuh dari iman… memang tepat ia seperti itu. Kesabaran yang paling tinggi yang akan dihadapi oleh seorang pendakwah ialah berjalan dengan dakwahnya di celah-cealah jahiliah. Ia adalah kesabaran yang dimiliki oleh orang-orang yang cintakan Allah dan agamaNya. Ia perlu kepada kelembapan lidah berzikir kepada Allah, perlu kepada kesibukan kerana cintakan Allah.

Jihad dakwah semenjak dari dulu lagi sehingga mencapai kemenangan adalah suatu yang sukar dan berat, tidak akan menjadi mudah kecuali dengan pergantungan yang berterusan dengan Allah. Oleh itu Allahlah yang mendidik NabiNya. Allah telah berfirman kepadanya di dalam dakwahnya yang pertama:

Maksudnya: Bangunlah untuk  sembahyang dimalam hari kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit atau lebih dari seperdua  itu. Dan bacalah al Quran dengan perlahan-lahan. (Al Muzzammil: 2-4)

2. Mengetahui tabiat jalan perjuangan:

Di antara tabiatnya ialah ia merupakan satu jalan yang panjang, sukar, jauh perhentian dan banyak rintangan. Setiap dari kita perlu kepada kesabaran yang baik dan perancangan yang panjang serta meyakini bahawa kadang-kadang dia mati sebelum dapat melihat kemenangan. Yang penting baginya adalah berjalan di atas jalan perjuangan dan mati di atasnya.

Sekiranya seorang pejuang meyakini itu semua dan tidak gopoh di dalam mengutip hasil sebelum tiba waktunya serta dia tidak dipengaruhi oleh tekanan keadaan supaya gopoh dan menuntut supaya dibuat penentangan, maka dia akan berupaya untuk sabat di dalam perjuangan.

Sabar di atas pentarbiahan dan perjanjian. Sabar melihat kesombongan kebatilan tanpa mengambil tindak balas lebih hebat dari sabar berhadapan dengan musuh. Di antara langkah dakwah di zaman Mekah ialah perintah membiarkan orang musyrikin menentang, sabar di atas penentangan dan pendustaan, bangun menyampaikan dakwah serta berakhlak mulia.

Firman Allah

Maksudnya: Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka katakan (yang menentangmu) dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik. (Al Muzzammil: 10)

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: “Hendaklah mereka memaafkan(kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah, (disuruh berbuat demikian) kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak balasan yang patut dengan apa yang telah mereka usahakan. (Al Jasiah: 14)

Maksudnya: Oleh itu bersabarlah (Wahai Muahammad) sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah. (Ar Rum: 60)

Sabar adalah cobaan, menanggung rintangan dan  memaafkan kejahatan (disamping berkuasa untuk bertindak) adalah suatu perkara yang susah dan sulit kepada setengah orang.

Di dalam sunan Nasai ada menyebut bahawa Abdul Rahman bin Auf  dan sahabat-sahabatnya telah mendatangi Rasulullah saw. di Mekah dan berkata: “Wahai Nabi Allah, kami telah menempuh peperangan di zaman kami berada di dalam syirik, apabila kami beriman kami telah menjadi hina(kerana tidak menentang musuh).” Baginda telah bersabda kepada mereka: “Aku telah diperintahkan supaya memaafkan, jangan kamu perangi suatu kaum pun.” (Riwayat An Nasai dan al Hakim)

Rasulullah saw. telah terus mentarbiah orang-orang yang beriman di atas manhaj ini. Baginda telah memerintahkan para sahabatnya supaya sembahyang di ceruk Mekah, jauh dari pandangan orang ramai, menjadikan rumah Al Arqam di Saffa yang terasing  sebagai tempat perkumpulan orang-orang yang beriman. Zaman Mekah berjalan tanpa ada pertembungan antara dua pehak walaupun peristiwa penyeksaan perlu kepada penentangan dan pembelaan.

Walaupun jamaah Islam mempunyai beberapa orang yang kuat dan gagah yang mana sebelum Islam mereka adalah amat hebat bertahan dan bertempur. Ia adalah hasil yang menunjukkan tempoh peralihan yang telah di jalankan oleh pentarbiahan ini serta perubahan yang berlaku di dalam diri mereka. Sehingga mereka sampai ke matlamat kesabaran, sanggup menanggung bebanan, taat dan mengawal diri.[8]

Tekanan keadaan hendaklah tidak membawa kepada jalan penyelesaian yang salah walau bagaimana panjang sekali pun tempoh menanti penyelesaian yang sahih. Ini adalah jalan yang tepat. Lamanya menanti tidak akan meluputkan kebenaran dan pendeknya masa tidak akan memberikan  sifat benar kepada kebatilan. [9]

Allah berirman:

Maksudnya: Tidakkah engkau hairan melihat (wahai Muhammad) akan orang-orang yang pernah dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu(daripada bertindak melancarkan peperangan yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat” . (Mereka minta juga untuk berperang) kemudian apabila mereka diperintahkan supaya berperang, tiba-tiba sepuak daripada mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami).(An Nisa’: 77)

Ibnu Kathir berkata: Orang-orang yang beriman di zaman permulaan Islam di Mekah disuruh menunaikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, membantu orang-orang fakir dari kalangan mereka. Mereka disuruh berbaik-baik dan memaafkan orang-orang muysrik serta bersabar hingga ketika yang tertentu. Mereka bersemangat dan terlalu ingin sekiranya mereka di suruh berperang untuk mereka melepaskan diri dari tekanan musuh-musuh mereka.

Di dalam ayat di atas sebagaimana yang dikatakan oleh Syed Qutub: Allah hairan terhadap mereka yang bersemangat untuk berperang dan tergesa-gesa. Mereka ketika itu berada di Mekah menerima tekanan dan penyeksaan dari orang musrikin, pada ketika itu mereka tidak diizinkan oleh Allah untuk berperang kerana sesuatu hikmah yang hanya diketahui oleh Allah. Apabila tiba waktu yang sesuai yang ditentukan oleh Allah serta keadaan telah bersedia, maka Allah telah mewajibkan berperang. Ketika itu segolongan dari mereka teramat takut dan gerun untuk berperang.[10]

Orang-orang yang terlalu bersemangat dan kedepan kadang-kadang merupakan orang yang paling penakut dan tewas ketika sampai perkara yang sebenarnya. Bahkan kadang-kadang ia merupakan satu kaedah! Itu adalah disebabkan  semangat, gopoh dan kedepan yang memuncak hanya timbul dari tidak memahami hakikat tanggung jawab, bukan dari keberanian dan ketahanan.

Sebagaimana juga kadang-kadang ia timbul kerana kurangnya daya ketahanan menaggung kesempitan, penyeksaan dan ketewasan di dalam bertahan dari itu semua. Ia akan mendorong mereka menuntut peperangan dan hendak mencapai kemenangan walau apa cara sekalipun, tanpa memahami makna tanggung jawab dan kemenangan sehingga apabila mereka berhadapan dengan tanggung jawab, mereka merasakan ianya adalah lebih berat daripada apa yang mereka sangkakan dan lebih sukar dari apa yang mereka gambarkan. Mereka adalah barisan pertama terkejut dan takut serta berundur.

Ketika mana orang-orang yang menahan diri mereka dan menanggung kesempitan dan penyeksaan buat beberapa waktu serta menyediakan persediaan yang sepatutnya, akan tetap di jalan perjuangan. Ia adalah jalan yang panjang dan sukar akan tetapi di sana tidak ada jalan lain selain daripadanya.

Di antara tabiat jalan ini juga ialah jalan yang dipenuhi oleh rintangan-rintangan dan cobaan-cobaan.

Allah berfirman:

Maksudnya: Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). (Al Ankabut: 1,2)

Maksudnya: Adakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga, pada hal belum sampai kepada kamu cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncang (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah  (datangnya) pertolongan  Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al Baqarah: 214)

Sunnah Allah telah berjalan dengan menguji orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menapis iman mereka . Selepas itu mereka akan menguasai muka bumi ini. Syafei telah ditanya: “Adakah kita akan tetap di muka bumi atau kita di uji?” Dia menjawab: “Kita tidak akan teguh sehingga kita di uji, Allah tidak memberi Nuh, Isa, Musa dan Muhammad kemenangan sehingga mereka di uji dan bersabar.”[11]

Jenis cobaan yang dihadapi oleh pejuang adalah bermacam-macam. Kadang-kadang dia diuji pada agamanya dengan di azab, diusir keluar dari tempat tinggal, disembelih, diberhentikan kerja atau ditekan. Kadang-kadang dia diuji dengan keluarga, dengan dunia yang dibukakan kepadanya.

Maksudnya: Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. (Al Anbia’: 35)

Kadang-kadang dia diuji dengan orang yang paling hampir dengannya.

Maksudnya: Dan Kami jadikan sebahagian daripada kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain  (Al Furqan: 20)

Setiap al akh muslim hendaklah meneguhkan dirinya dalam menghadapi cobaan ini sehingga dia tidak takut atau terkejut.dan tidak gentar.

Umat Islam yang awal telah dididik di atas itu semua. Mereka meyakini bahawa jalan menuju ke syurga adalah jalan yang di hampari dengan perkara-perkara yang dibenci. Setiap kali kesempitan melaui mereka, keyakinan mereka semakin bertambah bahawa mereka sedang berjalan di atas jalan yang sahih.

Di dalam peperangan Al Ahzab, terlalu sejuk, takut dan lapar serta pasukan bersekutu mengepung mereka dari hadapan dan belakang. Ketika itu orang-orang yang beriman meyakini janji Allah dan RasulNya dengan ujian:

Maksudnya: Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al Ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) oleh Allah dan RasulNya. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri merek bulat-bulat keepada Allah. (Al Ahzab: 22)

Iaitu sabar di atas ujian, menerima ketentuan Allah dan membenarkan yang hak.

Akhirnya setiap al akh muslim hendaklah ingat hadis Rasulullah saw. ketika baginda ditanya orang manakah yang paling teruk ujiannya? Baginda bersabda: “Para anbiya’, kemudian orang yang mulia selepas mereka dan seterusnya. Seseorang itu akan diuji menurut tahap agamanya. Sekiranya agamanya kukuh, ujiannya akan bertambah keras dan sekiranya agamanya lemah dia akan diuji mengikut kadarnya. Seseorang hamba tidak akan dapat lari dari ujian sehingga dia berjalan di atas muka bumi ini di dalam keadaan tidak berdosa.”

Maksudnya: Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, kalau tidak nescaya kamu akan hilang semangat dan kekuatan kamu . (Al Anfal: 46)

Ustaz Sayid Qutub berkata: Manusia tidak akan bertelagah kecuali apabila wujudnya pemimpin dan arahan yang banyak. Apabila manusia  mantaati Rasul dan Allah maka sebab utama perselisihan antara mereka akan hilang (walau bagaimana sekali pun perselisihan yang berlaku di dalam sesuatu masalah). Perselisihan bukanlah ditimbulkan oleh berlainan pendapat atau pandangan, akan tetapi hawa nafsulah yang akanmembuatkan seseorang itu berpegang dengan pendapatnya,walaubagaimana jelas sekalipun kebenaran di dalam masalah itu. Dia hanya meletakkan kebenaran pada dirinya sahaja dan mengutamakan dirinya dari kebenaran.

Jika Allah mengetahui ada kebaikan di dalam hati kamu nescaya Dia akan memberikan kepada kamu balasan yang lebih baik (harta benda penebus diri) yang telah di ambil daripada kamu. (Al Anfal: 70)

Kita hendaklah memperbanyakkan ibadat-ibadat dan kita berusaha menambah bekalan kebaikan di dalam hati kita , semoga Allah akan mengampunkan kita dan menetapkan pendirian kita.

Allah berfirman:

Maksudnya: Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) Allah membuat satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah seperti satu pohon yang baik yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan -perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang buruk pula samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkar akar-akarnya dari bumi, tidak ada tapak baginya untuk hidup. Allah menetapkan pendirian orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang berlaku zalim (kepada diri sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Ibrahim: 24-27)

Kalimah yang baik (kalimatul hak) adalah seperti pokok yang baik, teguh, berbuah dan rendang. Teguh tanpa digoyang oleh tiupan angin taufan. Ia tidak akan digoncang oleh angin kebatilan. Tidak digugat oleh kejahatan taghut (walaupun kadang-kadang ada orang yang menyangka bahawa ia terdedah kepada bahaya) rimbun dan tinggi. Mengatasi kejahatan, kezaliman dan taghut. Berbuah tanpa putus-putus kerana akar umbinya tumbuh di dalam jiwa yang semakin bertambah dari semasa kesemasa.

Kekuatan yang asli tidak akan mati dan tidak akan hancur walau pun digoyang oleh manusia dan mencari jalan untuk menentangnya. Bagitu juga kejahatan tidak akan hidup kecuali buat sementara waktu yang memusnahkan beberapa kebaikan. Di bawah bayangan pohon yang teguh ini perumpamaan bagi kalimah yang baik.

Allah meneguhkan orang-orang yang beriman di dunia dan di akhirat dengan kalimah iman yang tetap di dalam sanubari, teguh di dalam fitrah, berbuah dengan amalan soleh, salih berganti dan kekal di dalam kehidupan. Allah meneguhkan mereka dengan kalimah-kalimah Al Quran dan kalimah Rasul serta janji bagi kebenaran dengan kemenangan di dunia dan kejayaan di akhirat… Semuanya adalah kalimah yang teguh, benar dan hak. Tidak ada perpecahan dan perselisihan jalan dengannya. Pendokongnya tidak akan di timpa dengan kerunsingan, kehairanan dan kerisauan.[12]




[1] Tahzib Sirah Ibnu Hisyam, hal. 271-272

[2] Sayyid Qutb, Fi Zhilal Al Quran, juz IX, hal. 2245

[3] Sayyid Qutb, Ma’alim Fi Ath Thariq

[4] Mumirrat At Tarbiyah Islamiyah, hal. 2

[5] Abul A’la Al Maududi, Tazkirah Du’aat Al Islam

[6] Abdullah Nasih Ulwan, Majallah Syihab, thn. 15, bil.1

[7] Hayatus Ash Shahabah, Jilid I, hal. 328-329

[8] Muhammad Syadid, Al Jihad fil Islam, hal. 171

[9] Dr. Humam Abdur Rahim Saad, Qawaid Ad Da’wah Ila Allah, hal 149

[10] Syed Qutb, Fi Zhilal Al Quran, Juz II, hal 712

[11] Ibnul Qayyim, Al Qawaid, hal. 183

[12] Syed Qutb, Fi Zhilal Al Quran, Juz IX, hal. 2098-2099


Rakaez Dakwah – Tadhiyah (Pengorbanan)

$
0
0

Rakaezud Dakwah (Konsep Dasar Gerakan Dakwah)

Oleh – Dr. Majdi Al-Hilali

 

TADHIYAH (PENGORBANAN)

 

Suhaib telah berkata:

Apa bila aku hendak berhijrah dari Mekah kepada Rasulullah saw. , orang Quraish telah berkata kepada aku: “Wahai Suhaib, engkau telah datang kepada kami dengan tanpa engkau memiliki harta sedangkan engkau hendak keluar dengan harta engkau. Demi Allah engkau tidak akan dapat berbuat demikian.”  Aku berkata kepada mereka: ” Bagaimana sekiranya aku serahkan harta aku kepada kamu dan kamu tidak akan mengganggu aku lagi?” Mereka menjawab: “Ya, boleh.” Aku pun menyerahkan harta aku kepada mereka  mereka tidak mengganggu aku lagi. Aku pun telah keluar sehingga sampai ke Madinah. Perkara itu telah diketahui oleh Rasulullah saw., lalu baginda bersabda: “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib, sebanyak dua kali.” Padanya dan orang yang sama sepertinya telah diturunkan ayat:

Maksudnya: Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata, dan Allah pula Amat Belas Kasihan akan hamba-hambaNya. (Al Baqarah: 207)

 

Pengorbanan Tanda Tajarrud.

Kami telah menyebut tentang pengertian tajarrud iaitu setiap dari kita hendaklah mengosongkan hatinya dari kecintaan terhadap dunia dan keinginan dirinya serta menjadikannya semata-mata cintakan Allah, dakwah dan jihad di jalanNya.

Dalil amali yang membuktikan tajarrud terhadap Allah ialah pengorbanan. Setiap dari kita hendaklah bersedia untuk berkorban dengan segala sesuatu untuk agamanya samada ianya merupakan jiwa, harta, pangkat, keluarga dan lain-lainnya.

Allah berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu , dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih dari pada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka) (At Taubah: 24)

Ustaz Syed Qutub berkata: Allah telah meletakkan segala kemewahan dan kenikmatan di dalam satu bekas dan aqidah serta persoalannya yang terdiri daripada cintakan Allah, RasulNya dan jihad di jalanNya di dalam bekas yang lain; Jihad dengan segala persoalan dan kesulitannya. Jihad dengan segala bebanan, kesukaran, kepedihan, pengorbanan, luka, syahid … jihad yang tidak akan dapat sebutan orang ramai. Jihad yang sunyi dari bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk…sunyi dari perasaan penduduk bumi, perhatian mereka dan hendak dipersaksikan oleh mereka.

Ia adalah suatu yang besar… ia adalah suatu kesusahan, akan tetapi hanya itu sahaja … Sekiranya tidak dilakukan, maka nantilah balasan Allah. Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Allah tidak mentaklifkan perkara ini ke atas sekumpulan orang yang beriman kecuali Dia mengetahui bahawa fitrah mereka mampu melaksanakannya. Sesungguhnya Allah tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang diluar kemampuan mereka.

Adalah daripada rahmat Allah kepada hambaNya bahawa Dia memberikan keupayaan yang tinggi kepada fitrah manusia untuk bertajarrud kepada Allah dan memikul bebanan dan diberikan kepada mereka perasaan kelazatan yang tinggi terhadap tajarrud yang tiada bandingnya dengan kelazatan dunia seluruhnya… kelazatan berhubung dengan Allah, kelazatan mengharapkan keredhaan Allah, kelazatan dapat mengatasi perasaan berat badan, kelemahan dan menuju ke ufuk yang bersinar.

Bukanlah yang dimaksudkan dengan pengorbanan seseorang itu memutuskan hubungan dengan keluarga, anak-anak, harta, kerja  dan kenikmatan serta dia lari dari nikmat kehidupan yang lain. Akan tetapi akidah ini mahukan dia supaya meengosongkan hatinya  dari mengasihinya dan mencintainya.

Apabila semuanya ini telah sempurna maka tidak menjadi kesalahan kepada seseorang mukmin berseronok dengan benda-benda yang baik di dalam kehidupan dengan syarat dia bersedia melepaskannya ketika mana ia bertentangan dengan tuntutan-tuntutan akidah.

 

Tidak Ada Kerehatan Bagi Mukmin Di Dunia.

Kita di dalam dunia adalah seperti seorang pengembara dan ia merupakan penjara bagi orang yang beriman. Sabda  Rasulullah saw.:    

Maksudnya: Dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir. (Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab zuhud)

Maka berkorbanlah di jalan dakwah kita dengan perkara yang mahal ataupun yang murah. Jangan kita redha diri kita bersama orang -orang yang tertinggal di belakang.

Allah berfirman: 

Maksudnya: Sesungguhnya jalan (untuk mengenakan seksa) hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu sedangkan mereka kaya dan mampu. Mereka suka tinggal bersama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab) itu hati mereka dimeteraikan keatasnya, sehingga mereka tidak dapat mengetahui (perkara yang baik) (At Taubah: 93)

Sesungguhnya Allah telah menutup pintu kesedaran dan pintu ilmu bagi orang -orang tersebut yang telah mengundurkan diri daripada peperangan. Mereka telah merosakkan deria penerimaan mereka disebabkan  mereka lebih redai untuk diri mereka dengan sifat malas, jumud serta mereka terhijab dari aktif dan cergas untuk bergerak.

Keamanan yang hina dan kerehatan yang dusta yang menimpa mereka adalah disebabkan mereka telah mengosongkan jiwa mereka daripada faktor-faktor pendorong, mencoba, mengkaji dan mempelajari. Keamanan yang palsu telah menutup pintu perasaan, mengunci hati dan akal.

Bergerak melakukan kerja dakwah adalah dalil seorang itu hidup. Menghadapi kemerbahayaan akan membangkitkan jiwa dan keupayaan beramal, menguatkan anggota, dan mendedahkan persediaan-pesediaan yang selama ini tersembunyi. Ianya akan terbit apabila ianya diperlukan. Kepayahan juga akan melatih keupayaan manusia untuk berkerja dan mengasahnya untuk menyahut panggilan…Semuanya itu adalah merupakan ilmu dan pengetahuan yang tidak diingini oleh penuntut-penuntut kerehatan yang dusta dan keamanan yang palsu. 1

 

Antara Bentuk- bentuk Pengorbanan.

Di sini kita mengatakan bahawa tidak ada jihad tanpa pengorbanan. Sesiapa ayng menyangka bahawa dia berupaya berjihad di jalan Allah tanpa pengorbanan dengan harta, masa dan jiwa…maka dia telah tersalah anggap dan silap di dalam perkiraan.

Rupa bentuk pengorbanan adalah banyak. Di antaranya ialah pengorbanan dengan harta dan menafkahkannya di jalan Allah. Di antaranya lagi ialah berhijrah meninggalkan kampong halaman. Di antaranya lagi ialah pengorbanan dengan kedudukan dan berpisah dengan keluarga dan saudara-saudaranya. Di ataranya lagi ialah pengorbanan dengan jiwa dengan berjihad di jalan Allah.

Demikianlah Suhaib Ar Romi telah berkata:

Apa bila aku hendak berhijrah dari Mekah kepada Rasulullah saw. , orang Quraish telah berkata kepada aku: “Wahai Suhaib, engkau telah datang kepada kami dengan tanpa engkau memiliki harta sedangkan engkau hendak keluar dengan harta engkau. Demi Allah engkau tidak akan dapat berbuat demikian.”  Aku berkata kepada mereka: ” Bagaimana sekiranya aku serahkan harta aku kepada kamu dan kamu tidak akan mengganggu aku lagi?” Mereka menjawab: “Ya, boleh.” Aku pun menyerahkan harta aku kepada mereka  mereka tidak mengganggu aku lagi. Aku pun telah keluar sehingga sampai ke Madinah. Perkara itu telah diketahui oleh Rasulullah saw., lalu baginda bersabda: “Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib, sebanyak dua kali.” [2]Padanya dan orang yang sama sepertinya telah diturunkan ayat:

Maksudnya: Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata, dan Allah pula Amat Belas Kasihan akan hamba-hambaNya. (Al Baqarah: 207)

Ini dia sahabat yang agung, Dhamrah bin Jundub ketika mendengar ayat :

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat  semasa mereka sedang menginiaya diri mereka sendiri (kerena enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela dirinya ditindas oleh kaum kafir musyrik)  mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.” Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?”  Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaan tempat akhir mereka adalah neraka jahannam, dan nereka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berupaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui satu jalan (untuk berhijrah). (An Nisa’: 97,98)

Ketika mendengar ayat ini beliau sedang berada di Mekah dan belum berhijrah. Beliau telah tua dan tidak berupaya untuk berhijrah, lalu dia berkata kepada anaknya: “Tangunggunglah aku, sesungguhnya aku bukan dari golongan yang lemah dan sesungguhnya aku akan berjalan menuju jalanan. Demi Allah aku tidak akan tinggal di Mekah walaupun semalaman (selepas mendengar ayat ini).

Mereka telah menanggungnya di atas unsungan menuju ke Madinah dan beliau telah meninggal dunia di  Tan’im. Apabila dia merasai akan kematiannya, dia telah menggenggam tangan kanannya ke dalam tangan kirinya dan kemudian berkata: “Ya Allah, ini adalah kerana Engkau dan Rasul Engkau, aku membai’ah Engkau dia atas perkara yang telah dibai’ahkan oleh Rasul Engkau. ” Lalu dia telah meninggal dunia dalam keadaan yang terpuji.

Apabila beritanya sampai ke pengetahuan sahabat-sahabat Rasulullah saw. , mereka telah berkata: “Jika dia meninggal di Madinah nescaya ganjarannya akan lebih sempurna.” Orang muysrikin telah tertawa sambil berkata: “Apakah yang dia perolehi daripada apa yang dituntutnya?” Maka turun ayat     Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah du jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam) , nescaya mereka akan mendapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezki yang makmur, dan sesipa yang keluar dari rumahnya untuk tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati ( di dalam perjalanannya), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (An Nisa’: 100)

Pada suatu hari Mus`ab bin Umair telah keluar kepada beberapa orang muslimin yang sedang duduk di sekeliling Rasulullah saw. . Apabila mereka melihatnya, mereka telah menundukkan kepala dan pandangan mereka serta beberapa orang dari mereka telah menitiskan air mata kerana sedih. Itu adalah kerana mereka melihatnya…memakai jubah yang lama dan usang serta bertampung-tampung. Mereka telah terkenangkan rupa parasnya sebelum dia memeluk Islam, ketika mana pakaiannya adalah seperti bunga-bunga di taman yang sedang mengembang dan baunya sungguh harum sekali. Rasulullah saw. telah teingat keadaannya dan telah bersabda: “Aku telah melihat Mus`ab sebagini rupa sedangkan ketika di Mekah dia adalah seorang pemuda yang mewah di samping dua ibu bapanya. Kemudian dia telah meninggalkan itu semua kerana cintakan Allah dan RasulNya. 2

Khabbab bin Arat telah berkata: “Kami telah berhijrah bersama Rasulullah saw. kerana mencari keredhaan Allah dan ganjaran kami ada di sisiNya. Di kalangan kami ada yang mati dan tidak dapat merasai ganjaran tersebut sedikitpun. Di antara mereka ialah Mus`ab bin Umair yang telah terbunuh di Uhud. Kami tidak mendapati kain untuk mengkafankannya kecuali sehelai kain selimut yang mana apabila kami tutup bahagian kakinya maka akan kelihatanlah bahagian kepalanya dan apabila kami tutup kepalanya akan kelihatanlah bahagian kakinya. Rasulullah saw. telah mengarahkan kami supaya kami menutup bahagian kepalanya dan menutup kakinya dengan kain perca??. Di kalangan kami ada yang telah masak buahnya(sudah dapat merasai ganjaran)dan dia sedang menunggu untuk memetiknya. (Riwayat al Bukhari, Muslim, at Tirmizi dan Abu Daud)

Ibnu Ishak telah meriwayatkan daripada Asma’  bahawa beliau telah berkata: “Apabila Rasulullah saw. telah keluar untuk berhijrah, Abu Bakar telah keluar bersamanya dengan membawa kesemua hartanya bersama lima atau enam ribu dirham. Beliau telah keluar bersama harta dan Rasulullah saw. . Datukku, Abu Qahafah telah datang berjumpa dengan aku dan dia seorang yang buta lalu berkata: “Demi Allah aku telah melihatnya meninggalkan kamu sedangkan hartanya ada bersamanya sekali.” Aku menjawab: “Tidak wahai datukku, sesungguhnya dia telah meninggalkan kepada kami harta yang banyak.” Aku telah mengambil batu yang banyak dan aku telah letakkan di dalam lubang tempat simpanan harta dan kemudian aku telah meletakkan pakaian di atasnya, aku terus berkata: “Wahai datukku, letakkan tanganmu di atas harta ini.” Asma’ berkata lagi: “Lalu dia pun meletakkan tangannya di atas benda tersebut dan berkata: “Tidak mengapa apabila dia telah meninggalkan ini bagi kamu dan dia telah berbuat baik.” Demi Allah dia tidak meninggalkan sesuatu pun bagi kami akan tetapi aku hanya hendak menenangkan hati orang tua dengan melakukan sedemikian.” 3

Daripada Abdullah bin Masud telah berkata: “Apabila turun ayat : Maksudnya: Dan siapakah yang sanggup memberikan pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik? “

Abu Ad Dahdah telah berkata: “Wahai Rasulullah saw. , Allah mahukan pinjaman daripada kami?” Baginda menjawab: ” Ya, wahai Abu Dahdah.” Dia berkata: “Berikan tangan engkau.” Lalu dia menyambut tangan Rasulullah saw. dan berkata,:” Aku telah meminjamkan kepada Tuhanku kebunku ini.” Kebunnya mengandungi 600 pokok tamar. Dia pun pulang ke kebunnya dan Ummu Dahdah sedang berada di dalam kebun itu, lalu dia memanggil: “Wahai Ummu Dahdah!” Dia menjawab: “Ya“. Lalu dia berkata: ” Keluarlah dari kebun itu, aku telah meminjamkannya kepada Tuhanku.” 4

Daripada Yazid As Sakan bahawa Rasulullah saw. telah ditimpa kemalangan yang berat ketika peperangan Uhud di mana baginda telah memakai dua helai baju perang dan musuh telah menghampirinya. Lalu Mus`ab bin Umair telah mempertahankannya sehingga terbunuh dan Abu Dujanah Simak bin Kharsyah telah menggantikannya sehingga dia mendapat luka yang banyak. Muka Rasulullah saw. telah tercedera. Dua batang giginya telah patah, bibirnya telah pecah berdarah dan pipinya telah berdarah juga. Pada ketika itu baginda telah bersabda: “Siapakah daripada kalangan lelaki yang menjualkan dirinya kerana kami?” Lalu berhamburanlah pemuda-pemuda dari golongan Ansar seramai lima orang, di antaranya ialah Ziad bin Sakan. Mereka telah berperang dan terbunuh sehingga yang terakhir sekali ialah Ziad bin Sakan. Dia telah bertempur sehingga tercedera. Kemudian sekumpulan muslimin telah menyerbu ke arahnya lalu  mempertahankannya sehingga mereka berjaya mengusir musuh daripadanya, lalu Rasulullah saw. telah bersabda: “Bawa dia hampir dengan aku, sesungguhnya dia telah ditimpa kecederaan.” Lalu Rasulullah saw. memangku tapak kakinya sehingga dia meninggal dunia. Dialah Ziad bin Sakan. 5

 

Tidak Ada Jihad Tanpa Pengorbanan.

Sesungguhnya dakwah kita tidak mengakui  sekumpulan orang -orang yang pemalas yang melaung-laungkan Islam sedangkan mereka tidak bergerak walaupun selangkah di sebalik itu… ya…dakwah kita adalah dakwah Islam, dakwah syuhada’, dakwah orang yang telah naik ke tali gantung lalu tengkuk mereka telah dijerut dan hancurlah badan-badan mereka. Bagaimana seorang yang hanya mementingkan isteri, anak-anak, membina rumah yang besar dan mencari wang seribu, dua ribu dan berpuluh-puluh ribu boleh mengaku melakukan kerja dakwah ini? 6

Sesungguhnya engkau wahai saudaraku adalah ahli dakwah. Engkau dikehendaki mewujudkan  satu uamt dan membina sebuah daulah. Engkau dituntut untuk berjihad untuk meninggikan dasar-dasar dakwah dengan mengorbankan harta, kerehatan, masa dan darah engkau di jalannya. 7

 

Di Antara Tuntutan Pengorbanan.œ

Rasulullah saw. telah bersabda : Maksudnya: Hiduplah dengan tidak bermewah-mewahan, kerana kenikamtan tidak akan kekal. 8

Seorang al akh muslim hendaklah mengembalikan dirinya kepada kehidupan yang tidak mewah dan mengurangkan dari mengecapi nikmat dunia sehingga memperolehi kesabaran di atas menanggung bebanan jalan dakwah.

Daripada Abu Musa telah berkata: Sekiranya kamu melihat kami dan Nabi kami, nescaya kamu akan menyangka bahawa bau kami adalah bau kambing. Pakaian kami adalah bulu kibas dan makanan kami adalah tamar dan air. [10]

Daripada Abi Talhah telah berkata: Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw. tentang kelaparan kami. Kami telah mengangkat pakaian kami dan jelas ada seketul batu di perut kami (untuk menahan lapar). Lalu Rasulullah saw. telah mengangkat bajunya dan nampak dua ketul batu di perutnya. (Riwayat At Tirmizi)

Daripada Muhammad bin Sirin telah berkata: Lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah saw. telah tidak mendapat makanan selama tiga hari lalu dia mengambil kulit dan dipanggangnya dan dimakan. Sekiranya dia tidak ada sesuatu, dia akan mengambil batu dan mengikatnya di perutnya. 9

Para tentera mestilah dilatih menanggung kesusahan, berhadapan dengan kesulitan dan menghadapi kegentingan untuk menguatkan keazaman, kesabaran dan memadukan kehendak mereka.

Allah berfirman:  

Maksudnya: Kemudian apabila Thalut keluar bersama-sama tentaranya, berkatalah dia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai  airnya maka dia adalah dari pengikutku kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya.”  (Sesudah di ingatkan sedemikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya) kecuali sebahagian kecil dari mereka. (Al Baqarah: 249)

Thalut telah berhadapan dengan pertempuran dan bersamanya sekumpulan umat yang tertindas yang telah termaklum dengan ketewasannya demi ketewasan. Dia dan tenteranya berhadapan dengan umat yang gagah. Ini sudah tentu memerlukan satu kekuatan yang tersembunyi yang tidak akan didapati kecuali pada keazaman yang jitu. Keazaman yang mengawal syahwat dan keinginan, sanggup menghadapi kesukaran dan kesusahan dan sanggup menghadapi cobaan demi cobaan…

Pemimpin yang terpilih sekarang ini perlu menguji tenteranya tentang keteguhan dan kesabarannya: teguhnya di dalam menghadapi keinginan dan syahwat dan sabarnya menghadapi kesukaran dan bebanan… mereka adalah seperti setengah riwayat dalam keadaan dahaga, untuk mengetahui siapa yang sabar bersamanya dan siapa yang  berpaling ke belakang.

Maksudnya: Lalu mereka meminum daripadanya kecuali sedikit daripada mereka.

 

Pentingnya Pentarbiahan ke Atas Akhlak Mujahid.

Allah berfirman:

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al Baqarah: 155)

Pertarbiahan jiwa untuk menghadapi bala adalah sangat perlu. Perlu kepada ujian keteguhan untuk menghadapi pertempuran diantara kebenaran dengan kebatilan dengan menghadapi ketakutan dan kesengsaraan, dengan lapar, kekurangan harta, jiwa dan buaha-buahan… sudah pasti perlu kepada ujian ini supaya orang -orang yang beriman mampu memikul bebanan aqidah. Supaya akidah menjadi teguh di dalam jiwa mereka mengikut kadar pengorbanan yang mereka berikan untuknya. Orang yang mempunyai akidah yang murah dan tidak berkorban menunaikan bebanannya, ianya akan mudah terongkai apabila mereka berhadapan dengan ujian buat pertama kalinya.

Tugas-tugas di sini adalah satu nilai untuk meneguhkan akidah di dalam diri tuannya sebelum ia kukuh di dalam jiwa orang lain. Setiap kali mereka merasakan kepahitan dan setiap kali mereka berkorban kerananya, akidah mereka akan menjadi kukuh.

Inilah jalan pentarbiahan yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah saw. .

Baginda mendidik mereka supaya bekalan mereka di dunia ini hanya sedikit sahaja. Rasulullah saw. telah bersabda: 

Maksudnya: Memadai bagi kamu bekalan daripada harta dunia seperti bekalan penunggang kuda (pengembara). 10

Daripada Jabir bin Abdullah telah berkata: Rasulullah saw. telah mengutuskan kami  dan melantik Abu Ubaidah sebagai ketua untuk kami menyekat angkatan dagang Quraish. Baginda telah membekalkan kepada kami beberapa tangkai tamar tanpa benda selain daripada itu. Lalu dia ditanya: “Bagaimana engkau hendak melakukan dengannya?” Dia berkata: “Kami menghisapnya sebagaimana hisapan bayi kemudian kami minum air, ini memadai bagi kami hingga ke malam dan kami memukulnya dengan kuat kemudian kami membasahkannya dengan air kemudian kami memakannya. (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Mereka seramai tujuh orang telah menghadapi kelaparan, lalu Rasulullah saw. telah memberikan kepada aku tujuh biji tamar, setiap seorang sebiji tamar. (Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan)

Daripada Abu Musa Asy Syaari telah berkata: Kami telah keluar bersama Rasulullah saw. pada satu peperangan dan kami seramai tujuh orang. bersama kami ada seekor unta yang kami ekori. Tapak-tapak kami telah berlubang dan tapak kaki aku juga telah berlubang serta kuku aku telah tercabut. Kami hanya meenyalut kaki kami dengan kain perca. Peperangan ini telah dinamakan dengan (Dzat ar-Riqaa’) Peperangan yang mempunyai tampalan’ kerana kami telah membalut kaki kami dengan dengan kain perca.

Abu Buraidah berkata: Abu Musa telah menyebut hadis ini dan kemudian telah mengengkarinya, seolah-olah dia tidak mahu amalannya memasyhurkan namanya. (Riwayat Muslim)

Seorang al akh mestilah menceraikan dirinya daripada dunia. Manusia manakah yang hidup di dalam dunia dengan mengaut kekayaannya mampu untuk menanggung dan bersabar di atas bebanan-bebanan jalan dakwah.

Daripada Aisyah telah berkata: Bala’ pertama yang berlaku kepada umat ini selepas kewafatan Nabi mereka ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum apabila perutnya telah kenyang, badannya akan menjadi gemuk lalu hatinya akan lemah dan syahwatnya akan bergelora.”

Daripada Hasan telah berkata: Umar telah masuk menemui anaknya Abdullah dan di sisinya ada daging, lalu dia bertanya: ” Daging apakah ini?” Anaknya menjawab: “Aku inginkannya.” Dia berkata: “Apakah setiap kali engkau inginkan sesuatu makanan engkau akan memakannya. Sudah cukup seseorang itu telah bersifat berlebihan apabila dia memakan segala yang diingininya.” 11

Daripada Ibnu Umar telah berkata: Umar bin Al Khattab telah mengetahui bahawa Yazid bin Abu Sufyan memakan berbagai jenis makanan. Umar telah berkata keapda budak suruhan Yazid yang di panggil Yarfa’:” Apabila engkau mengetahui bahawa dia telah mengadap makanannya maka beritahulah pada aku.” Apabila Yazid telah mengadap makanannya dia telah memberitahu Umar, dan Umar telah mendatanginya. Dia memberi salam dan meminta izin lalu diizinkan. Dia telah dihidangkan dengan daging dan Umar telah makan bersamanya. Kemudian tukang panggang daging telah membawa daging lalu Yazid menadah tangannya dia hendak mengambilnya, lalu Umar menahan tangannya dan berkata: “Allah! Wahai Yazid bin Abu Sufyan, adakah engkau makan makanan demi makanan. Demi zat yang Umar adalah di tanganNya, sekiranya kamu mencanggahi cara hidup mereka (orang ramai ) nescaya engkau akan mencanggahi jalan mereka.”

 

Janji Adalah Syurga.

Di dalam sahih Bukhari dan Muslim dari hadis Barra’ telah berkata: Rasulullah saw. telah dihadiahkan dengan sehelai pakaian sutera lalu mereka merasa kagum dengan kelembutannya. Rasulullah saw. telah bersabda: “Adakah engkau kagum dengan pakaian ini?” Sapu tangan Saad bin Muaz di dalam syurga adalah lebih baik dari pakaian ini.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

Ibnu Qayim berkata: Sesungguhnya orang yang paling sempurna di akhirat kelak ialah orang yang paling menjaga dirinya di dunia ini dari perkara yang haram. Sebagaimana sesiapa yang meminum arak di dunia, dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak. Sesiapa yang makan di dalam pinggan emas di dunia, dia tidak akan dapat makan di dalamnya di akhirat. Sebagaimana Rasulullah saw. telah bersabda; “Sesungguhnya ia adalah untuk orang kafir di dunia dan bagi kamu adalah di akhirat.”

Sesiapa yang telah cukup kebaikan dan kelazatannya di dunia ini, ia akan diharamkan bagi mereka di akhirat. Sebagaimana Allah telah memperingatkan orang yang mengaut segala kemewahan dan kenikmatan yang ada di dunia ini dan berseronok dengannya . Oleh itu para sahabat dan orang-orang yang selepas mereka adalah amat takut kepada perkara itu. 12

Tabrani telah meriwayatkan dari Abi Barzah telah berkata: Kami sedang di dalam peperangan dan kami telah berjumpa dengan sekumpulan orang muysrikin lalu kami usir mereka dari tempat pembakar roti dan kami duduk di situ dengan memakan rotinya. Sedangkan kami telah mendengar ketika zaman jahiliah dahulu bahawa sesiapa yang memakan roti dia akan menjadi gemuk. Apabila selesai sahaja kami makan, salah seorang dari kami ada yang saling menunjukkan salah satu bahagian tubuhnya, sambil berkata, “Apakah aku gemuk?” 13

 




Notes:

  1. Syed Qutb, FI Zilal Al Quran, 3/1695

  2. Khalid Muhammad Khalid, Rijar Haula Ar Rasul, ms. 45-46

  3. Hayatu Ash Shahabah, 2/151, hadith ditakhrij oleh Ahmad dan Thabrani

  4. Dari kitab Hayatu Ash Shahabah, 2/149, Al Haitsami berkata, ianya diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan at Tabrani, dan rawinya siqqah.

  5. Abdullah Al Mubarak. Al Jihad, ms. 10

  6. Mamarratu At Tarbiah Islamiyah, ms. 81-82

  7. Ibid

  8. Terdapat riwayat dengan memaki lafaz “Tama’dadu” dan “ikhsyausyanu”, Al Haitsami berkata ianya diriwayatkan oleh At Tabrani dalam buku “Al Kabir wa Al-Ausath” dan dalam sanadnya terdapat Abdullah bin Said bin Abi Said Al Magribi dia adalah rawi yang lemah.

  9. Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam kitab Al-Juu’ dengan sanad yang baik begitu juga dalam kitab Targhib

  10. Riwayat At Tabrani daripada hadis Khabbab, Ibnu Majah dalam bab Zuhud dan Imam Ahmad.

  11. Abul Faroj bin al Jauzi, Sejarah Umar al Khattab, ms. 202

  12. Ibnu Qayyim al Jauziah, Hady Al Arwah ila Biladi Al Afrah, ms. 226

  13. Hadith riwayat Thabrani, riwayatnya adalah sohih, demikian dikatakan dalam kitab At Targhib

Rakaez Dakwah – Hakikat Bai’ah

$
0
0

Rakaezud Dakwah (Konsep Dasar Gerakan Dakwah)

Oleh – Dr. Majdi Al-Hilali

 

HAKIKAT BAI’AH

 

Allah berfirman:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan diri dan harta mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, maka di antara mereka ada yang terbunuh dan dibunuh. (Balasan syurga yang demikian adalah) sebagai janji benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Kitabnya Taurat dan Injil serta Al Quran, dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualannya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At Taubah: 111)

Ustaz Syed Qutub berkata: Hakikat baiah ini (sebagaimana yang di sebutkan oleh Allah sebagai kemuliaan dan kelebihan daripadaNya ) ialah Allah swt telah memilih untuk diriNya jiwa raga orang yang beriman…dan Allah tidak memberi peluang sedikitpun kepada mereka mengenainya..mereka tidak berpeluang meninggalkan sesuatupun tanpa digunakan ke jalan Allah…mereka tidak mempunyai pilihan sama ada untuk berjihad atau tidak..Sekali-kali tidak..ia hanya khusus untuk Allah yang menjadi sebagai pembeli.

Pembelinya boleh melakukan menurut apa yang dikehendakiNya dengan menepati apa yang telah digariskannya. Penjualnya pula tidak mempunyai pilihan kecuali terus berjalan di atas jalan yang telah digariskan. Tidak boleh lari dan tidak boleh memilih, tidak boleh membantah dan tidak boleh membangkang. Dia tidak boleh berkata apa-apa kecuali mentaati, bekerja dan menyahut menerima.

Nilai harga adalah syurga. Jalannya adalah jihad, membunuh dan dibunuh. Penyudahnya adalah kemenangan ataupun syahid. Sesiapa yang menjual diri dan harta di atas jalan ini, maka dia adalah seorang mukmin…orang-orang yang beriman adalah mereka yang dibeli oleh Allah lalu mereka menjual.

Di antara rahmat Allah, Dia telah memberikan nilai harga pada jual beli ini. Kalaupun Allah swt tidak meletakkan nilai yang tinggi ini , Dia tetap merupakan pencipta kepada jiwa manusia dan harta yang dijual itu. Ia merupakan jual beli yang menakutkan akan tetapi ia tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang mukmin yang berupaya kecuali dengan keluputan imannya.

Ayat-ayat Allah ini telah mengetuk pintu hati generasi yang awal dahulu di zaman Rasulullah saw. lalu secara langsung ia berpindah dari hati-hati yang beriman kepada realiti kehidupan mereka dan tidak setakat perasaan yang dirasai di dalam hati mereka . Mereka menerima ayat-ayat al Quran untuk terus melaksanakannya, untuk mengubahnya kepada gerak-geri yang dapat disaksikan…. bukan kepada gambaran yang hanya diamat-amati di dalam pemikiran.

Begitulah yang telah dilakukan oleh Abdullah bin Ruwahah di dalam perjanjian Aqabah Kedua. Muhammad bin Kaab Al Kurzi dan lain-lainnya berkata: Abdullah bin Ruwahah telah berkata kepada Rasulullah saw.  ( iaitu di malam perjanjian Aqabah): “Syaratkan untuk Tuhanmu dan untuk dirimu menurut apa yang engkau kehendaki.” Baginda bersabda: “Aku syaratkan untuk Tuhan ku supaya engkau menyembahNya dan tidak menyengutukanNya dengan sesuatu, dan aku syaratkan bagi diriku pula supaya engkau mempertahankan aku sebagaimana engkau mempertahankan diri dan harta engkau.” Dia menyambung dengan berkata: “Apakah yang kami perolehi apabila kami lakukan sedemikian?” Baginda menjawab: “Surga..” Mereka berkata: “Jualan telah beroleh keuntungan, kami tidak akan membatalkannya  dan tidak akan minta dibatalkannya.”

Di dalam peperangan Badar Rasulullah saw. telah bersabda: “Demi Zat yang Muhammad ada di tanganNya tidak ada seorang pun yang berperang pada hari ini lalu dia terbunuh dengan sabar, mengharapkan balasan Allah, maju kehadapan tanpa lari, melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.” Baginda bersabda untuk menggalakkan mereka berperang: “Majulah ke arah syurga yang luasnya seperti langit dan bumi.” Ketika itu Umair bin Humam berkata; “Bakh! Bakh!” Lalu Rasulullah saw. bertanya: “Apakah yang menyebabkan kamu berkata Bakh! Bakh!?”  Dia menjawab: “Demi Allah wahai Rasulullah saw. , aku berharap aku menjadi salah seorang daripada ahlinya.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya engkau adalah salah seorang dari ahlinya.” Dia mengeluarkan beberapa biji tamar dari kantungnya hendak memakannya, kemudian dia berkata “Sekiranya aku masih hidup sehingga aku habis memakan tamar ini maka ia adalah satu kehidupan yang panjang. Lalu dia mencampakkan tamar yang masih ada di tangannya dan terus berperang sehingga terbunuh syahid. (Riwayat Muslim)

Daripada Anas berkata: Sesungguhnya bapa saudaraku Anas bin Nadhir tidak turut sama berperang bersama Rasulullah saw. di Badar. Ia merasakan satu kerugian yang besar, lalu dia berkata: “Aku tidak bersama di dalam peperangan yang pertama yang dihadiri  oleh Rasulullah saw. . Demi Allah sekiranya Allah memperlihatkan kepada aku peperangan bersama Rasulullah saw. selepas ini, maka Allah akan dapat melihat bagaimana aku bertindak.” Lalu dia diberitau tentang satu peperangan. Dia telah hadir bersama Rasulullah saw. di peperangan Uhud di tahun berikutnya  Saad telah menemuinya dan Anas berkata kepadanya: “Wahai Abu Amru aku telah mendapati bau syurga pada engkau.” Lalu dia berperang hingga terbunuh. Telah didapati pada tubuhnya lebih kurang tujuh puluh kesan tikaman, panahan dan tusukan. Emak saudaraku ar Rabi’ bin Nadhar berkata: “Aku tidak dapat mengenali saudaraku kecuali dengan jarinya.” Lalu diturunkan ayat:

Maksudnya: Di antara orang -orang yang beriman itu ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah  (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al Ahzab: 23) 1

Daripada Akramah budak suruhan Ibnu Abbas telah berkata: Amru bin Jamuh adalah seorang tua dari kalangan kaum Ansar. Apabila Rasulullah saw. telah keluar ke Badar dia telah berkata kepada anak-anaknya: “Bawalah aku keluar berperang.” Mereka telah melarangnya. Mereka telah mengadu kepada Rasulullah saw. tentang keadaan ayah mereka lalu baginda mengizinkannya tidak keluar.

Apabila sampai hari peperangan Uhud dan orang ramai telah keluar untuk berperang, dia berkata kepada anak-anaknya: “Bawalah aku keluar berperang.” Mereka telah berkata: “Rasulullah saw. telah memberikan keringanan kepada engkau dan mengizinkan engkau tidak keluar berperang.” Dia berkata: “Tidak, kamu telah menghalang aku dari memperolehi syurga di Badar dan kamu hendak menghalang aku di Uhud pula.” Lalu diapun keluar.

Apabila dia bertemu dengan orang ramai dia telah berkata kepada Rasulullah saw. : “Adakah engkau melihat apabila aku berperang pada hari ini aku akan memperolehi syurga dengan kepincangan aku ini?” Baginda menjawab: ” Ya “. Dia berkata lagi: “Demi Zat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran aku akan menjejaki syurga dengan kepincangan aku ini denan izin Allah.

Dia berkata kepada hambanya yang bersamanya: “Kembalilah kepada keluarga engkau.” Hambanya menjawab: “Bolehkah aku memperolehi kebaikan bersama engkau pada hari ini?” Dia menjawab: “Silakan.” Hambanya telah maju berperang sehingga terbunuh dan dia pun telah maju sehingga terbunuh sebagai syuhada’. 2

Telah diriwayatkan daripada Said bin Hilal bahawa Sulaiman bin Aban  menceritakan kepadanya bahawa ketika Rasulullah saw. keluar ke Badar, Saad bin Khaisamah dan ayahnya hendak keluar bersama. Mereka telah memberitahu perkara itu kepada Rasulullah saw. lalu baginda mengarahkan supaya salah seorang dari mereka sahaja yang keluar.

Kedua-duanya telah menjalankan undian lalu Saad telah terpilih. Bapanya berkata: “Berilah aku peluang wahai anakku.” Dia berkata: Wahai bapaku, sesungguhnya ia adalah syurga, kalau ianya perkara lain  aku akan memberikannya kepada engkau.”

Lalu keluarlah Saad bersama Rasulullah saw. dan berperang sehingga terbunuh. Kemudian Khaisamah pula telah terbunuh di dalam peprangan Uhud di tahun yang  berikutnya.

Ini adalah bebrapa contoh yang telah dilakukan oleh para sahabat Rasulullah saw. yang membayangkan kepada kita kecintaan mereka kepada syahid dan rindukan syurga. Mereka telah mengelokkan akad baiah mereka dengan Allah.

Maksudnya: Maka bergembiralah dengan pjual beli yang kamu lakukan itu dan itulah kejayaan yang besar. (At Taubah:111)

Mereka bergembira dengan keihkhlasan hati dan harta mereka kepada Allah dan mengambil syurga sebagai ganti dan harga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah.

Apakah yang hilang?

Apakah yang hilang daripada seorang mukmin yang menyerahkan jiwa dan hartanya kepada Allah dan mempergantikannya dengan syurga? Demi Allah dia tidak kehilangan sesuatu pun. Setiap diri kita akan berakhir dengan kematian. Syurga adalah suatu yang diusahakan. Usaha yang tidak ada imbalan pada hakikatnya.

 

Mari Menuju Ke Jalan Syurga.

Mari wahai tentara-tentera Ar Rahman marilah bersama kami bersegera berbaiah dengan Allah, semoga kita memperolehi syurga. Umar bin Abdul Aziz telah berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai satu keinginan. Sekiranya aku inginkan kepada satu darjat aku akan memperolehinya. Tetapi aku menuju kepada satu darjat  yang lebih tinggi daripadanya sehingga sampai kepada satu darjat yang tidak ada darjat yang lebih tinggi daripadanya. Sesungguhnya hari ini aku telah inginkan kepada syurga.”

Sesiapa yang mengingati syurga dan nikmatnya , maka dunia akan menjadi mudah kepadanya.

Dari Umar bahawa Rasulullah saw. telah bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling  rendah ialah sama seperti orang  yang memandang kepada taman-taman, isteri-isteri, nikmat, khadam, katil-katilnya selama seribu tahun. (Riwayat At Tirmizi)

Ini keadaan ahli syurga yang paling rendah.

Tiadakah yang bercita-cita untuk kesyurga.

Telah diriwayatkan bahawa Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah  saw  telah bersabda:

Maksudnya: “Apakah tidak ada yang bercita-cita untuk memasuki syurga..Sesungguhnya syurga mempunyai perkara yang tidak pernah terlintas dihati tentangnya..Syurga itu demi Pemilik ka’bah adalah cahaya yang bergemerlapan, angin yang bertiupan, istana yang tersergam, sungai yang mengalir, buah-buahan yang ranum, isteri yang baik dan cantik, tempat tinggal yang abadi dan sejahtera, buah-buahan, sayur-sayuran hijau, perhiasan dan kenikmatan dengan pakaian yang baharu dan tinggi nilainya. “

Maka para sahabatpun menyahut: “Ya wahai Rasulullah  kami bercita-cita untuk memasukinya” maka sabda Rasulullah saw. Katakanlah `In sya Allah’ maka merekapun berkata `In sya Allah’. 3

Alangkah menakjubkannya syurga itu, maka, bagaimana kita dapat terlelap kalau benar mengharapkannya, dan bagaimana mahar pinangannya tidak kita setujuinya! Apa ertinya kenikmatan hidup di dunia ini setelah kita mendengar cerita tentang syurga itu? Bagaimana dapat ditahan orang-orang yang rindu pada kepastian tanpa memeluk bidadari-bidadari syurga? Bagaimana hidup tanpanya bagi mata perindu? Bagaimana dapat bersabar darinya bagi jiwa-jiwa yang yakin? Bagaimana hati sebahagian besar manusia penghuni bumi dapat berpaling darinya? Dan dengan apakah jiwa orang-orang yang menentang dapat menggantikan keindahana syurgawi?

Al Imam Muslim telah meriwayatkan di dalam kitabnya daripada Suhaib berkata: Rasulullah saw telah membaca firman Allah swt:

Maksudnya:  “Bagi orang-orang yang berbuat adalah balasannya baik (syurga) dan tambahan-tambahannya” (Yunus: 26)

Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Apabila ahli syurga memasuki syurga dan ahli neraka memasuki neraka maka berserulah penyeru: ” Wahai ahli syurga, sesungguhnya untuk kamu ada janji daripada Allah yang ingin ditunaikan kepada kamu”. Maka merekapun berkata:” apakah dia ?, bukankah telah di beratkan timbangan kebaikan kami, telah diputihkan wajah kami, dimasukkan kami kedalam syurga dan di jauhkan kami daripada neraka? Lalu tersingkaplah pendinding, maka merekapun melihat kepada Allah dan tidaklah dikurniakan sesuatu yang lebih disukai oleh mereka lebih daripada melihat kepada Allah..dan itulah tambah- tambahannya.”

 

Marilah menuju kesyurga Adn,sesungguhnya itulah rumahmu yang pertama, disanalah tempat tinggal…

Tetapi kita ditawan musuh, tidakkah kamu mahu kita pulang dengan selamat kenegeri kita.




Notes:

  1. Daripada kitab Al Jihad, oleh Ibnu Mubarak, ms. 8,9.

  2. Ibid

  3. Hady A Arwah, ms. 7

Tajarrud

$
0
0

Assalamualaikum,

Oleh – Wan Ahmad Sanadi

Komitmen terhadap dakwah hingga akhir hayat tidak akan berlaku tanpa adanya tiang tajarrud.

Secara bahasa, tajarrud bermakna :

  1. Mengosongkan.
  2. Membersihkan.
  3. Melepaskan.
  4. Menanggalkan.

Manakala makna syar’ie tajarrud pula adalah :

`Membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan segala sikap berpihak selain kepada Allah’.

Menurut Imam Hasan Al Banna, tajarrud adalah :

 

“Engkau mesti tulus pada fikrahmu dan membersihkannya dari prinsip-prinsip lain serta pengaruh orang lain kerana ia adalah setinggi-tinggi dan selengkap-lengkap fikrah”.

 

Manakala menurut Ustaz Fathi Yakan di dalam kitabnya ”Apa erti saya menganut Islam”:

 

“Tajarrud bermakna saudara mestilah ikhlas terhadap fikrah yang saudaradukung”.

 

Seorang pendakwah pula mengatakan bahwa tajarrud :

 

“Adalah ketulusan dan kesinambungan amal jihadi yang kita lakukan sehingga Allah meringankan dakwah ini dan hingga kita berjumpa denganNya kelak. Bagi aktivis dakwah yang sudah berkeluarga, tajarrud adalah melibatkan keluarga dalam dakwah dan jihad dan bukan meninggalkan mereka sehinggaterabai hak-haknya”. 

 

Jadi secara umumnya, Tajarrud adalah :

Mengkhususkan diri untuk Allah swt dan berlepas diri dari segala sesuatu selain Allah. Yakni menjadikan gerak dan diam serta yang rahsia dan yang terang-terangan untuk Allah swt semata-mata, tidak dicampuri oleh keinginan jiwa, hawa nafsu, undang-undang, kedudukan, dan kekuasaan”.

Maka oleh sebab itu, ketika kita menyeru atau mendakwahkan Islam kepada manusia, kita menyeru semata-mata hanya kerana Allah swt bukan untuk kepentingan kelompok, organisasi atau parti semata-mata kerana kita menginginkan agar umat mendapat, memahami dan mengamalkan pemikiran dan idea-idea Islam.

Kelompok hanya sebagai wasilah dan bukanlah tujuan. Oleh kerana itu, kita tidak seharusnya menyeru umat hanya demi kelompok iaitu dengan mengajak mereka untuk bergabung dengan kelompok kita.

Tajarrud menuntut kita untuk:

PERTAMA : MEMBEBASKAN DARI KETERIKATAN DAN KESETIAAN KEPADA SELAIN ALLAH DAN PIHAK-PIHAK YANG DINYATAKAN OLEHNYA.

Ini adalah sebagaimana yang dicontohkan oleh para Nabi, di antaranya Nabi Musa as yang bertajarrud dari Firaun.

Ketika Allah swt memerintahkan Nabi Musa untuk menyampaikan seruan kepada Firaun, Firaun menjawab :

“Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu”. (QS Asy Syua’ara’ : 18)

Tapi itu tidak menjadi penghalang bagi Nabi Musa untuk tetap menyampaikan kebenaran dan mengajak Firaun untuk bertaubat dan beriman kepada Allah kerana kesetiaan Nabi Musa bukanlah kepada Firaun.

Nabi Musa malah mengatakan :

“Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperhambakan Bani Israil” (QS Asy Syua’ara’ : 22)

Ini menunjukkan bahwa tidak ada perasaan berpihak atau terikat sama sekali antara Nabi Musa dengan Firaun.

Rasulullah saw juga diperintahkan oleh Allah agar bertajarrud dari orang-orang kafir yang memujuknya untuk mengusap-usap patung-patung mereka. Mereka berjanji jika itu dilakukan, mereka akan masuk Islam.

Allah swt menjelaskan perkara itu :

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia. Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati) mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah, Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolongpun terhadap Kami.”(QS Al Isra’ : 73-75)

KEDUA: MEMBEBASKAN DIRI DARI SEGALA PENGARUH SELAIN PENGARUH SHIBGHAH (CELUPAN) ALLAH SWT.

Perlu kita fahami bahwa tidak cukup hanya bertajarrud dari orangnya TANPA tajarrud dari :

  1. Ideologi.
  2. Akhlak.
  3. Pemikiran.
  4. Pengaruh.
  5. Rayuan-rayuannya.

Apa ertinya kita membenci Zionis jika kita terus menyimpan perilaku-perilaku Zionis dalam diri kita ?

Apa ertinya kita membenci orang-orang yang menghalang dari penerapan Syari’at Islam, sementara kita sendiri tidak menunjukkan keseriusan untuk menjalankannya dalam kehidupan nyata ?

Hanya dengan menerima sepenuhnya celupan Allah yang berupa :

  1. Aqidah.
  2. Ibadah.
  3. Akhlak.

dan menolak segala celupan selain itu, barulah manusia itu benar-benar menjadi hamba Allah swt.

FirmanNya :

“(Pegang teguhlah) celupan Allah. Dan siapakah lagi yang lebih baik celupannya selain dari celupan Allah.” (QS Al-Baqarah : 138)

Terlalu banyak rintangan dalam dakwah yang boleh menyebabkan seorang pendakwah tersungkur dari jalan dakwah.

Lebih-lebih lagi apabila yang dibawa dalam dakwah itu bersifat sempurna, menyeluruh dan lengkap melengkapi.

Dakwah dengan corak ini menghadapi tentangan berat dan berisiko tinggi serta tidak disukai terutama oleh orang-orang yang :

  1. Menyengutukan Allah.
  2. Benci bila tauhid tegak di muka bumi.
  3. Merasa terancam bila syari’at Allah berlaku dalam kehidupan nyata.

Firman Allah swt :

“Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada (agama)Nya orang yang kembali (kepadaNya).” (QS Asy-Syura :13)

Seorang pendakwah yang bertajarrud tidak akan terjebak dalam logik dan cita-cita berikut :

“Yang penting semua orang boleh menerima dakwah saya, tanpa ada yang tersinggung dan tanpa konflik.”

Jika itu yang menjadi cita-cita, maka seorang pendakwah hanya akan mencari suasana aman dalam dakwahnya yang akan mengakibatkan dia tidak segan-segan menyembunyikan ayat-ayat Allah swt.

Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahwa pendakwah itu bukan lagi sedang mempertahankan risalah Islam melainkan hanya mempertahankan risalah dirinya melalui kemasyhuran dan penerimaan masyarakat.

KETIGA : MEMPERSEMBAHKAN JIWA DAN HARTA SECARA MUDAH HANYA UNTUK ALLAH SWT DAN HANYA DALAM RANGKA MENCARI RIDHANYA.

Rasulullah saw bersabda :

“Allah telah menjamin bagi orang yang berjihad di jalan Allah, tidak ada yang mendorongnya keluar dari rumah selain jihad di jalanNya dan membenarkan kalimat-kalimatNya untuk memasukkannya ke syurga atau mengembalikannya ke tempat tinggal semula dengan membawa pahala atau ghanimah.” (HR Bukhari dan Muslim)

Para sahabat memahami perkara ini dan melaksanakannya dalam diri mereka. Maka kesannya pun terserlah dalam perilaku mereka.

Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw lalu beriman dan mengikutinya.

Orang itu mengatakan :

“Aku akan berhijrah bersamamu.”

Maka Rasulullah saw membawa orang itu kepada para sahabatnya. Ketika berlakunya perang Khaibar, Rasulullah saw memperolehi ghanimah (harta rampasan perang) lalu baginda membahagi-bahagikannya dan menyimpan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat.

Orang Arab dusun itu sedang menggembalakan haiwan ternaknya. Ketika ia datang, para sahabat pun menyerahkan kuota ghanimahnya.

Maka orang itu pun berkata, “Apa ini?”

Lalu dia berkata lagi :

“Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu (Rasululah) semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggoroknya), lalu aku mati lalu masuk syurga.”

Rasulullah saw mengatakan :

“Jika kamu jujur kepada Allah maka Dia akan meluluskan keinginanmu.”

Beberapa waktu kemudian mereka berangkat untuk memerangi musuh dan orang itu terkena panah pada tenggoroknya. Para sahabat mendatangi Rasulullah saw dengan mengusung orang itu.

Rasulullah saw berkata, “Inikah orang itu?”

Mereka menjawab, “Ya.”

Rasulullah saw berujar, “Ia telah jujur kepada Allah maka Allah meluluskan keinginannya.”

Lalu Rasulullah saw mengafaninya dengan jubahnya dan mensolatkannya dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah :

“Allaahumma haadza `abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun alaihi” (Ya Allah, ini adalah hambaMu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalanMu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (HR An-Nasai’e)

KEEMPAT : TAJARRUD UNTUK DAKWAH DAPAT DIKENALI DENGAN SENTIASA MENIMBANG SEGALA SESUATU DARI SUDUT PANDANG DAKWAH DAN SENTIASA MENGARAHKAN SEGALA SESUATU UNTUK KEPENTINGAN DAKWAH.

Jadi, makna tajarrud itu bukanlah meninggalkan segala sesuatu dengan alasan dakwah melainkan justeru melibatkan segala sesuatu untuk mendukung dakwah.

Kadang-kadang berlaku kekeliruan persepsi mengenai makna tajarrud ini, di manaaktivis dakwah merasakan perlu meninggalkan semuanya demi untuk dakwah. Padahal pengertian yang tepat adalah ketulusan pengabdian aktivis dakwah untuk membawa semuanya demi kejayaan dakwah.

Misalnya ketika kemampuan dan kecenderungan seorang aktivis dakwah adalahmembuat analisa dan penilaian dalam bidang ekonomi, maka aktivis tersebut tidak diminta untuk meninggalkan itu semua dan masuk ke fakulti syariah sehingga mampumengajarkan Islam.

Namun, yang diinginkan adalah bagaimana caranya agar kemampuan dan kecenderungan tersebut dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin demi kejayaan dakwah.

Pada masa Rasulullah saw, ketika sedang berlangsungnya berbagai pertempuran, ramaidari para sahabat yang ingin terjun dalam jihad qital ini termasuklah Zaid bin Tsabit.

Pemuda kecil ini ketika diuji kekuatan fizikalnya, gagal sehingga ia begitu kecewa sekaliseolah-olah ia tidak mampu memberikan sumbangan apa-apa demi kejayaan dakwah Islam.

Pada kesempatan ujian berikutnya, ia mencuba lagi tetapi gagal lagi.

Pada ketika rasa kekecewaannya memuncak, Rasulullah saw menganjurkannya untuk mempelajari bahasa.

Ternyata disitulah bakatnya dan disitu pulalah kelebihan kompetitifnya sehingga ia dilantik menjadi setiausaha Rasulullah saw. Di situlah ia menemui jati dirinya keranamampu membawa semua kemampuannya demi kejayaan dakwah meskipun bukan melalui sisi yang popular.

KEKUATAN TAJARRUD

Rasulullah saw adalah pendakwah yang ideal dan memiliki sifat tajarrud yang tinggi. Baginda adalah ikutan dalam segala sisi kehidupan termasuk dalam kehidupannya dengan lingkungan sosial terkecil iaitu keluarganya.

Rasulullah saw dengan segala :

  1. Kesibukan.
  2. Keseriusan.
  3. Kesusahan memikul beban-beban umat.

masih menyempatkan diri bagi membantu beban-beban rumahtangga isterinya.

Dari Al-Aswad, ia berkata ;

“Aku bertanya kepada Aisyah ra,’ Apa yang Rasulullah saw lakukan untuk keluarganya?’ Ia berkata, `Beliau sentiasa membantu urusan rumah tangga dan apabila datang waktu solat, beliau bergegas menunaikannya’.” (HR Bukhari)

Salman Al Farisi juga tidak kehilangan tajarrudnya dengan mengusulkan taktik pertahanan Khandaq iaitu benteng yang digali yang biasanya dibuat oleh bangsa Parsi.

Ummu Salamah juga tetap dalam keutuhan tajarrudnya ketika menceritakan patung-patung yang dilihatnya di negeri Habsyah dan Rasulullah saw tidak pernah meragui Ummu Salamah dengan ‘çita rasa’ seninya yang tinggi.

Begitu juga Rasulullah saw tidak pernah meragui keimanan Umar bin Al Khattab yang membawa selembar Taurat dari teman Yahudinya.

Oleh yang demikian, pendidikan tajarrud yang kita dapati dari berbagai peristiwa sejarah telah mengajarkan kita betapa aspek ini tidak boleh dipandang secara ringan, apalagi secara main-main.

KESIMPULAN

Sebuah peribadi yang Tajarrud mempunyai sifat :

1.      Tulus dan Ikhlas dalam dakwah.

2.      Sentiasa menilai orang lain, organisasi dan segala sesuatu dengan timbangan dakwah (melakukan sesuatu sesuai dengan kapasiti)

3.      Mempersembahkan jiwa dengan mudah (tanpa rasa takut) di jalan Allah.

4.      Menegakkan Islam di dalam hatinya.

5.      Sentiasa tawakkal secara mutlak kepada Allah.

Ya Allah, bersihkanlah tujuan dan matlamat kami semata-mata keranaMu serta tetapkanlah orientasi kami supaya kami sentiasa berada di dalam celupanMu. Bebaskanlah kami dari segala ikatan-ikatan dan pergantungan selain dari ikatan dan pergantungan kepadaMu. Jadikanlah segala usaha kami semata-mata untuk kepentingan dakwah kepadaMu.

Syuro, Keperluan, Cara Melaksanakan dan Jangkauannya Dalam Usrah

$
0
0

Oleh - Prof. Dr Taufiq Yusuf Al-Wa’iy

Artikel Asal - Al-Quduratu Adz-Dziniyatu wadz-Dazatiyatu lil murobbi wa Da’iyati

  

Syura’ berasal dari kalimat syara al-’Asal, yang artinya “madu itu dibersihkan”. Syurrat Ad’Daabah maksudnya adalah engkau menarik seekor ternak untuk mengetahui atau menguji kekuatannya. Maka, Asy-Syura’ ialah menarik pendapat yang beragam dan berbeza-beza, lalu mengujinya untuk mendapatkan pemikiran yang lebih baik dan utama untuk dilaksanakan.

Secara hukum, syura’ berarti mencari kebenaran melalui kesungguhan dan kerja keras, komitmen terhadap manhaj Allah dengan tujuan meningkatkan ketakwaan.

Definisi lain tentang syura’ ialah saling tukar pendapat dan pemikiran di antara anggota atau antara kelompok pada tema tertentu untuk mendapatkan hasil yang disepakati bersama-sama atau disepakati oleh majoriti peserta, dan menjadi kewajiban semua pihak untuk melaksanakannya.

Al-Istisyarah atau meminta saran dan pendapat adalah perkara yang sifatnya ditujukan kepada peribadi dan menjadi tanggung jawab seorang pelaksana atau eksekutor di lapangan. Seorang pemimpin atau yang mempunyai kebutuhan, mengajukan pertanyaan kepada orang lain yang ia perrcayai ilmu, agama, dan ketakwaannya kepada Allah, walaupu hal itu bukan sebuah kewajiban, kerana mereka yang meminta saran dan masukan itu masih mesti mempertimbangkan segala yang ia dengar sebelum mengambil keputusan.

Al-Masyurah artinya nasihat dan disampaikan oleh seseorang secara sukarela tanpa diminta atau ditanya. Hal ini boleh dilakukan oleh seorang seorang prajurit kepada panglima perangnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh Khabbab terhadap Rasulullah saw. pada perang Badar. Boleh juga antara sesama kawan atau nasihat dan saran seorang pemimpin perang kepada prajuritnya ketika ia membebankan padanya sebuah tugas.Agar saran dan nasihat itu dapat membantunya dalam melaksanakan tugas dan kewajibannya.

 

Hukum Syura’

I.   Dalil Al-Qur’anul Karim

1. Firman Allah

…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka (Asy’Syuura’: 38)

Tentang ayat ini, Ustadz Sayyid Quthb dalam Zhilalnya berkata bahwa ungkapan ini membuat seluruh urusan mereka berada dalam syura’, di mana kehidupan mereka terbentuk dengan cetakan ini. Sebagaimana kami katakan bahwa ayat ini Makki (turun di Makkah) sebelum berdirinya negara Islam. Maka, model ini sesungguhnya lebih luas dan universal dalam kehidupan setiap muslim. Inilah ciri sebuah jamaah islamiyah dalam setiap situasi dan keadaan yang mereka alami, walaupun negara, dengan maknanya yang khusus, belum berdiri setelah diturunkannya ayat ini. Pada realitinya, negara di dalam Islam tidak lain dari sebuah klasifikasi alami bagi sebuah jamaah dan segala keistimewaannya. Jamaah mengandung makna daulah yang bangkit bersama negam untuk merealisasikan manhaj islami dan kekuasaannya terhadap segala kehidupan sebagai individu atau kelompok. Dengan demikian, model syura’ dalam jamaah muncul di awal waktu, di mana maksud dan tujuannya lebih luas dan dalam daripada batas jangkauan sebuah negara dan pemerintahan.Itulah bentukan khusus bagi kehidupan Islam dan cirinya yang istimewa terhadap jamaah yang dipilih untuk menata kehidupan manusia. Syura’ adalah kriteria khusus yang mesti melekat dalam sebuah jamaah. Adalah layak untuk disebutkan bahwa nash Al-Quran menyebutkan pilar pertama dalam Islam, dua kalimat syahahadat kerana peranannya yang sangat besar. Kemudian asas yang kedua menegakkan solat, yang diikuti dengan syura’ sebelum menyebutkan tentang zakat. (Ringkasan dari Kitab Zhilal)

2. Allah Azza wajalla. berfirman,

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya

(Al-Imran: 159) 

Ustadz Sayyid Quthb berkata dalam Zhilalnya, “Dengan nash yang sangat tegas ini ‘dan bermusyawaradah dengan mereka dalam urusan itu , Islam menetapkan prinsip ini dalam sebuah hukum pemerintahan, sehingga Rasulullah saw. memimpin langsung aplikasi syura’, dan Ini merupakan dalil defenitif yang menimbulkan keyakinan dalam diri kaum Muslimin bahwa syura’ merupakan prinsip mendasar, dimana aturan-aturan Islam takkan tegak kecuali bila berlandaskan pada asas ini.”

Beliau juga berkata bahwa nash ini datang setelah lahirnya hasil syura’ yang menimbulkan bencana sangat besar. Di mana kaum Muslimin berbeda pendapat ketika mereka menghadapi musuh pada perang Uhud, apakah mereka menyongsongnya di luar Kota Madinah, atau bertahan di dalamnya. Sebagian dari kelompok pasukan muslimin sangat bersemangat berperang melawan musuh di luar Kota Madinah, sementara yang lain berpendapat agar mereka bertahan di dalam kota, sehingga mereka dapat membunuh dengan mudah musuh-musuhnya di mulut-mulut gang kota Madinah. Adanya perbezaan tersebut menimbulkan kekisruhan dalam barisan mereka, apalagi ketika Abdullah bin Ubai bin Salul bersama rombongannya yang terdiri dari sepertiga jumlah pasukan muslimin keluar dari barisan. Inilah peristiwa besar yang menimbulkan kegoncangan dalam diri para prajurit, sementara musuh-musuh telah mengepung mereka. Dari peristiwa ini juga mereka mengetahui bahwa rencana pertama yang telah disepakati (bertahan di kota Madinah) ternyata bukan rencana paling baik dari sisi ketenteraan, kerana bertentangan dengan apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka dalam mempertahankan kota Madinah—sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Ubai. Kaum muslimin akhirnya melakukan apa yang bertentangan dengan pendapat Abdullah bin ubai dalam perang Ahzab, yakni tetap bertahan di dalam kota dan menggali parit di sekelilingnya. Walaupun demikian, sesungguhnya Rasulullah saw. bukannya tidak mengetahui bahwa akan muncul bahaya yang lebih besar jika mereka menghadapi musuh di luar kota Madinah.

Rasulullah saw. sesungguhnya menyaksikan adanya kebenaran dalam mimpinya.Ia dapat merasakan bahwa beberapa keluarga dan sahabatnya akan gugur dan kota Madinah akan dikelilingi oleh benteng yang kokoh. Adalah haknya untuk menolak kesepakatan majoriti menyongsong musuh di luar kota Madinah,walaupun itu hasil syura’. Beliau tetap menjalankan apa yang telah disepakati walaupun ia mengetahui bahwa di sebalik itu semua akan ada kepedihan, kerugian, dan pengorbanan. Namun, menjalankan prinsip, mendidik jamaah, dan ummat, jauh lebih besar daripada kerugian sementara yang dialami.

Adalah menjadi hak pengurusan kenabian untuk meletakkan seluruh prinsip-prinsip syura’—setelah terjadinya peperangan tersebut—untuk berdepan setiap peristiwa yang menyebabkan munculnya perpecahan dan kekisruhan dalam barisan kaum Muslimin dan untuk menghadapi kenyataan pahit sebagai hasil dari kesepakatan bersama setelah peperangan selesai. Tapi, seperti itulah agama yang kita anut ini, membangun, mendidik, dan mempersiapkan umat untuk menata kehidupan manusia.

Dan sesungguhnya, Allah Azza wajalla Maha tahu bahwa scbaik baiknya saranan pendidikan ummat adalah melalui pendidikan syura’. Melatih mereka membawa beban dakwah, walau mereka melakukan kesalahan besar dan menuai kenyataan pahit. Dengan kesalahan itu, mereka dapat menemukan kebenaran di dalamnya. Mereka takkan merasakan adanya kebenaran, kecuali setelah melakukan kesalahan dan mendapatkan kerugian. Semua itu tidaklah berarti apa-apa bila buah dari pengalaman dijadikan saranan untuk membangun umat yang tahu dan mampu mempertanggungjawabkan segala yang mereka lakukan. Meminimakan kesalahan dan kerugian dalam kehidupan ummat takkan bererti apa-apa apabila hal itu tidak menghasilkan manfaat bagi mereka, dan bila umat ini tetap melakukan kesalahan yang sama, serta senantiasa lalai, bagaikan anak kecil yang bergantung pada kedua orang tuanya.

Pada situasi dan keadaan seperti di atas, kerugian material tentu dapat dihindari sebagaimana ia dapat diraih. Tetapi, yang dirasakan kerugian pada sisi psikologi, eksistensi, pendidikan, dan kerugian dalam mendidik mereka bagi menghadapi realiti kehidupannya.Hal demikian ini sama seperti anak kecil yang dilarang untuk berjalan, kerana kita mesti mempersiapkan kelengkapannya, kasut,sandal dan sebagainya.

Agama Islam datang untuk membangun ummat,mendidik,dan mempersiapkannya bagi menata kehidupan manusia.Sebagaimana yang dikatakan sebelumnya. Agama ini takkan menemukan adanya peluang untuk mengarahkan dan membimbing mereka, sementara ia tidak mengawasi gerak kehidupannya agar terlatih mengikuti jalan kehidupan Rasulullah saw.

Andai saja keberadaan pemimpin yang lurus melarang adanya syura’ dan tidak membiasakan umat ini menghadapi kenyataan hidup yang sarat dengan ancaman bahaya dan bencana sebagaimana yang terjadi dalam perang Uhud. Perang yang menegaskan eksistensi perjalanan umat yang tetap tumbuh dan berkembang walau dikelilingi oleh bahaya dan ujian yang sangat berat sekalipun. Dan, andai saja keberadaan pengurusan dakwah di tengah umat cukup dan mampu mem-back up eksistensi syura’ dalam menghadapi setiap ancaman bahaya, maka kehadiran Muhammad saw,bersama dengan wahyu ilahi yang diturunkan padanya cukup untuk meniadakan syura’ di tengah Jamaah Muslimah pada saat itu. Apalagi ketika hasil yang diperoleh ternyata demikian pahit dan mengancam pertumbuhan umat serta kelangsungan dakwah ke depan.

Namun, diutusnya Muhammad saw sebagai Rasul akhir zaman yang disertai dengan wahyu-wahyu ilahi dan terjadinya peristiwa yang berbuah kesedihan, serta berbagai bahaya yang terjadi di sekelilingnya, tidak menjadi penyebab dicabutnya hak syura’, kerana sesungguhnya Allah swt. Maha Mengetahui hikmah dibalik ini semua. Syura’ mesti tetap dilakukan dalam berbagai masalah penting yang terjadi di tengah umat, walaupun hasil yang dicapai tidak sesuai dengan harapan, membawa kerugian dan bencana, menciptakan kekisruhan dalam barisan jamaah, mengmestikan adanya pengorbanan berat, dan lahirnya berbagai ancaman yang membahayakan mereka.

Semua kenyataan pahit di atas hanya masalah kecil yang takkan berdiri tegak di hadapan umat yang lurus, terlatih menghadapi segala problem kehidupannya, dan sebagai kesan logik atas pemikiran dan karya-karya yang mereka ciptakan. Itulah umat yang sedar dan bertanggung jawab atas hasil gagasan dan amal yang mereka lakukan. Dan, pada saat itulah perintah ilahi kembali terdengar, “Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarhlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Ali -Imran: 159)

 

II.  Amalan Rasulullah saw.

Selain dari adanya perintah syura’ setelah terjadinya perang Uhud, kita juga menemukan bahawa pada beberapa situasi dan keadaan Rasulullah saw. meminta saranan dan pendapat sahabat-sahabatnya. Beberapa contohnya dapat kita sebutkan sebagai berikut.

  1. Rasulullah saw. meminta saranan dan pendapat sahabat-sahabatnya dalam menerima tawaran tebusan tawanan perang Badar.
  2. Dalam perang Khandaq (Ahzab), Rasulullah saw. bermusyawarah dengan Sa’ad dalam proses perjanjian damai dengan suku Ghathafan dengan balasan setengah dari hasil kebun kota Madinah.
  3. Rasulullah saw. juga bermusyawarah dengan pasukannya dalam kasus pembagian ghanimah (harta rampasan perang) Hawazin setelah perang Hunain. Ketika itu, utusan dari suku Hawazin datang kepada Rasulullah saw untuk meminta  ghanimah. Beliau melontarkan masalah ini kepada para pahlawan perang untuk dimusyawarahkan. Beliau kemudian menyatakan persetujuannya yang diikuti oleh kaum Muhajirin dan Anshar. Namun hal tidak disetujui oleh al-Aqra’ bin Habis dari bani Tamim dan al- Abbas bin Mirdas dari bani Salim. Rasulullah saw. kemudian berkata kepadu utusan tersebut, “Sesungguhnya kami tidak tahu siapakah yang dapai mengabulkan permintaan kalian di antara orang-orang yang tidak menyetujuinya. Kembalilah kalian sehingga pemimpin kalian membicarakan hal ini kepada kami. Mereka pun kembali dan menyampaikan keputusan tersebut kepada pemimpin mereka. Setelah itu mereka kembali kepada Rasulullah saw dan menyampaikan padannya bahwa pemimpin mereka menyetujui keputusan itu.” (Fat’hul Baari, Syarah Shahih Al’Bukhari)
  4. Rasulullah saw. bermusyawarah dengan para sahabatnya dalam menentukan cara mengajak kaum Muslimin untuk menunaikan solat. (lihat kisah awal mulanya azan dikumandangkan)
  5. Beliau juga bermusyawarah dalam masalah peperangan, kesepakatan pembagian ghanimah, perkara sosial, dan politik. Seluruh masalah ini adalah unsur-unsur mendasar bagi sebuah negara Islam.

 

III. Amalan Khulafaur Rasyidin 

Syura’ adalah ciri mendasar dan merupakan bagian dari asas penegak masyarakat muslim pada masa Khulafaur Rasyidin. Seorang daie yang berasal dari India, Amir Ali berkata, “Sesungguhnya Khalifah terdahulu meminta bantuan dalam urusan ketatancgaraan kepada majelis khusus yang terdiri dari para Syuyukh (orang tua yang kaya pengalaman) dari kalangan sahabat, pemuka dan tokoh-tokoh Kota Madinah dan pemimpin kabilah.”

Imam Bukhari berkata, “Setelah Rasulullah saw. wafat, para pemimpin meminta saranan dan nasihat kepada orang-orang yang dapat dipercaya dari kalangan ilmuwan dalam berbagai masalah yang bersifat umum, agar mereka dapat mengambil yang mudah untuk diterapkan. Apabila masalah tersebut dijelaskan secara tegas oleh Al-Qursan dan Sunnah, maka mereka tidak melampaui keduanya untuk mengambil hal yang lain.” (lihat, Al-Islam wa audha’una As-Siyasiyah. Asy-Syahid Abdul Qadir Audah)

Imam Bukhari juga menyampaikan apa yang dikatakan oleh ibnu Abbas, “Para Qurra’ (Cendikiawan) yang berada dalam majlis Umar bin Khaththab terdiri dari para orang tua yang sudah sepuh atau kalangan pemuda.” Muhammad Amir Ali ‘Azad juga berkata, “Salah satu jejak yang ditinggalkan oleh Abu Bakar ialah membentuk Majlis Syura’ sebagai tempat untuk mengajukan berbagai masalah yang tidak ada kejelasan nash tentangnya dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.” (Lihat, Al’Mujtama’ Al’lslami wa Ushul Al’Hukmi, Muhammad Ash-Shadiq)

Beberapa Contoh Muusyawarah Khulafaur Rasyidin

  1. Abu Bakar bermusyawarah dengan para sahabat tentang warisan seorang nenek, dan ketika Mughirah bin Syu’bah mengatakan bahwa ia pernah mendengar hukum tentang hal itu dari Rasulullah saw. yang disaksikan oleh sebagian sahabat, Abu Bakar pun kemudian mengikuti Nash tersebut.
  2. Tatkala beberapa sahabat mengusulkan perlunya penentuan gaji Abu Bakar sebagai Khalifah, masalah ini pun kemudian dilontarkan kepada sahabat lainnya dan ahlul masjid yang selanjutnya menyepakati gaji beliau sebesar 3 dirham per hari.
  3. Ketika Umar bin Khaththab bertekad untuk memimpin pasukan perang kaum Muslimin menuju Persia dan mengajukan keinginan tersebut untuk dimusyawarahkan, ternyata majoriti kaum Muslimin menginginkan agar beliau tetap di Madinah dan diwakili oleh Sa’ad bin Abi Waqqash.
  4. Juga meminta saran dan masukan kepada para sahabat tentang hukuman bagi peminum khamar dan keinginannya untuk memperberat hukuman tersebut dengan 80 kali cambukan.
  5. Dalam kisah wanita dari Persia yang masih perawan lalu berzina. la kemudian memberitahukan apa yang telah ia lakukan tanpa merasa bahwa ada hukuman atas perilakunya itu. Perkara ini kemudian disampaikan Umar bin Khaththab ra. kepada para sahabat untuk dimusyawarahkan. Majoriti sahabat sepakat bahwa wanita ini mesti direjam, namun Ustman bin Affan ra. berpendapat bahwa wanita ini belum mengetahui bahwa zina adalah haram. Oleb kerana itu, tidak wajib atasnya hukuman tersebut. Pendapat ini didasarkan pada hukum syar’i yang mengatakan bahwa tidak ada hukuman bagi yang tidak mengetahui hukum, maka hukum syar’i tersebut sebagai pedoman/pengawal terhadap syura’ yang mesti diikuti.
  6. Diriwayatkan bahwa Umar bin Abdul Aziz membentuk sebuah majlis syura yang terdiri dari 77 orang dari kalangan fuqaha, ulama dan hakim. Dan ia tidak memutuskan satu perkara pun selain meminta izin kepada mereka.
  7. Menghilangkan syubhat. Pada kes yang terjadi pada masa Abu Bakar ra ketika beliau bertekad untuk memerangi kaum murtad sementara majoriti sahabat tidak menyetujui hal itu. Ada yang berkata bahwa beliau menentang keputusan syura’. Tentang hal ini ada beberapa catatan sebagai berikut.

Pertama, ada nash (dalil) mengenai hal ini, dan alasan Hukum yang ia utarakan sangat kuat.

Kedua, Allah Azza wajalla melapangkan hati para sahabat dan akhirnya menerima pendapat Abu Bakar ra. Hal ini juga sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Umar ra, “Saya masih kukuh dengan pendapatku (tidak memerangi kaum murtad) sehingga Allah melapangkannya dan menumbuhkan keyakinan dalam diriku bahwa pendapat yang disampaikan oleb Abu Bakar ra. adalah benar.

 

Perlunya Syura’

  1. Mengaplikasikan salah satu sifat orang-orang beriman: “Dan mereka bermusyawarah atas urusan mereka”
  2. Komitmen atas kewajiban Islam. “Kerana itu maafkanlah mereka,mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Al-Imran: 159)
  3. Mengaplikasikan sistem Islam dan keunggulannya dalni kehidupan individu dan jamaah.
  4. Mengajar jamaah, mendidik umat dan mempersiapkan mereka untuk menata kehidupan manusia kepada jalan yang lurus, serta mampu memikul tanggung jawab.
  5. Menghindari terjadinya sifat diktator dalam proses pengambilan keputusan penting yang memiliki pengaruh signifikan dalam masyarakat.
  6. Adanya ketenangan atas semua orang bahwa mereka berada di atas jalan yang lurus. Kerana setelah pengambilan keputusan tersebut yang dilakukan secara musyawarah dan mufakat, akan meneguhkan kepercayaan terhadap pengurusan dakwah, dan menumbuhkan loyalitas terhadap jamaah.

 

Bagaimana Melaksanakan Syura’

Dalam bukunya At-Tasyri Al-Jinaai, juz pertama, Ustadz Abdul Qadir Audah—semoga Allah merahmatinya—berkata, “Syariat berfungsi lebih integral dengan menjadikan syura’ sebagai prinsip umum dan mempersembahkannya kepada para pimpinan dalam sebuah jamaah untuk mereka jadikan sebagai bagian dari asas-asas kekuatannya yang mesti direalisasikan, kerana asas-asas ini sesungguhnya akan mengalami perbezaan aplikasi mengikuti perubahan tempat, waktu, dan keadaan jamaah. Maka, para pimpinan mesti mengetahui pendapat yang berkembang di tengah masyarakat melalui ketua usrah atau wakil ketua kelompok, atau mendengar pendapat beberapa individu yang memiliki beberapa kriteria khusus yang dipilih melalui undian atau aklamasi. Para pimpinan jamaah semestinya berusaha melakukan berbagai macam cara dan kaedah yang lebih baik dan efektif untuk mengetahui pendapat jamaah, dengan syarat semua cara yang dilakukan itu tidak berbahaya dan menimbulkan mudharat terhadap keshalihan setiap individu, eksistensi jamaah, dan aturan-aturan umum yang ada di dalamnya.”

Adapun kaedah-kaedah mendasar dan khusus untuk menerapkan dan melaksanakan prinsip-prinsip syura’ jumlahnya tidak banyak, dan ini pun telah dijelaskan hukum-hukumnya oleh syariat serta tidak diserahkan secara penuh kepada para pimpinan, kerana hukum yang berlaku di dalamnya mesti sesuai dengan prinsip syura’ yang tidak dapat dimodifikasi atau diubah, kerana kaidah ini berasal dari nash-nash khusus yang tidak tidak dapat diubahsuai.

Salah satu bagian dari kaedah-kaedah mendasar yang mesti diikuti dalam penerapan prinsip syura’ ialah kalangan minoriti mesti segera merealisasikan pendapat majoriti,melaksanakannya dengan ikhlas dan menganggapnya sebagai satu kewajiban yang mesti dipatuhi, serta membelanya sebagaimana kalangan majoriti melakukan pembelaan terhadapnya.

Pada tahap ini, pihak minoriti tidak lagi memiliki ruang untuk mendebat atau mendiskusikan sesuatu yang telah didiskusikan dan menjadi keputusan syura’ atau ragu dalam mengaplikasikannya. Ini adalah salah satu Sunnah Rasulullah saw. Yang beliau contohkan bagi umatnya dan mewajibkan mereka untuk mentaatinya, sebagaimana firman Allah Azza wajalla, “Apa yang diberikam Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.” (Al Hasyr: 7)

Ustadz Abdul Qadir Audah ra. berpedoman pada apa yang terjadi dalam perang Uhud, yang menjadi keputusan syura’ adalah pendapat majoriti yang sepakat untuk berdepan dengan musuh di luar kota Madinah. Dalam hal ini beliau berkata, “Dan Rasulullah saw. adalah yang pertama kalinya menjadikan pendapat kalangan majoriti sebagai keputusan yang mesti segera dilaksanakan. Ketika itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit dari tempat duduknya, masuk ke dalam rumah lalu mengenakan baju besinya. Beliau kemudian keluar untuk memimpin mereka yang (pendapatnya) minoriti dan majoriti sekaligus untuk berdepan musuh di luar Kota Madinah. Apa yang beliau lakukan sebagai bukti bahwa Rasulullah bersegera merespon dan merealisasikan pendapat majoriti walaupun bertentangan dengan pendapat lain, yang pada akhirnya menjadi bukti bahwa sesungguhnya pendapat minoriti itulah yang layak diikuti.”

Beliau juga menjelaskan apa yang terjadi dalam perang riddah (perang melawan kaum murtad) pada zaman Abu Bakar ra. “Adapun pendapat majoriti pada awalnya sangat cenderung untuk memerangi kaum murtad dan tidak melakukan rekonsisliasi dengan mereka. Tapi, pendapat minoriti yang dipimpin oleh Abu Bakar as-Shiddiq bertekad untuk tetap memerangi orang-orang murtad itu dan tidak toleran terhadap mereka sedikit pun. Diskusi itu akhirnya berakhir dengan beralihnya pendapat majoriti peserta musyawarah ke dalam pendapat Abu Bakar setelah beliau mampu memberikan penjelasan yang memuaskan mereka. Tatkala kesepakatan itu hendak laksanakan maka mereka yang bertentangan dengan pendapat ini adalah orang yang pertama yang berusaha segera melaksanakannya, mengorbankan segala yang mereka miliki, harta anak-anak  dan diri mereka sendiri.

Keteladanan agung yang menyempurnakan prinsip-prinsip syura’, pada masa kita sekarang ini akan menjadi terapi kukuh untuk meruntuhkan kekuatan demokrasi. Kerana kita dapat melihat realiti yang terjadi bahawa demokrasi telah mengalami kegagalan besar dalam menerapkan prinsip-prinsip syura’. Sebab utamanya adalah sistem demokrasi tetap memberi peluang kepada pendapat minoriti untuk mendikusikan (mendebat) kembali pendapat majoriti yangsudah menjadi keputusan melalui syura’, menciptakan keraguan, pesimis terhadap hasil dan manfaat yang akan dicapai, dan mengelak dari perasaan turut bertanggungjawab.” (At-Tasyri’ Al-Jinaai, juz pertama, hlm. 93-41)                                                                                                                               

Ustadz Sayyid Quthb rahimahullah menegaskan pentingnya segera melaksanakan keputusan yang telah menjadi kesepakatan. Beliau berkata, “Sebuah hakikat yang terdapat dalam aturan-aturan Islam adalah takkan sempurna, kecuali bila kita menerapkan ayat yang lainnnya. Oleh kerana itu, kita melihat bahwa syura’ tidak selamanya berakhir pada keputusan yang lebih kuat, dan tak pernah cukup untuk sentiasa bertawakkal kepada Allah sebagai akhir perjalanannya syura’ yang dilakukan. Allah berfirman, ‘Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.’” (Al- Imran: 159)

Peranan syura’ sesungguhnya ialah menggali setiap pendapat yang ada kemudian memilih satu atau lebih dari beberapa pendapat yang disampaikan. Apabila pendapat itu telah menjadi keputusan bersama (secara majoriti), maka peranan syura’ itu pun telah selesai,dan selanjutnya beralih kepada tahap pelaksanaan yang mesti dilakukan dengan penuh kesungguhan, semangat, disertai dengan tawakkal kepada Allah atas hasil akhir yang Ia berikan, kerana Dialah yang berhak menentukan buah dari hasil kerja manusia. Itulah pendidikan rabbani yang diajarkan oleh Rasulullah saw. tentang syura’,cara mengutarakan pendapat dan gagasan, serta kerelaan untuk menerima segala akibat dari pelaksanaannya, walau itu membawa ancaman besar terhadap kehidupan ini. Beliau juga memperlihatkan sebuah keteladanan dalam proses pelaksanaan hasil syura’, bertawakkal kepada Allah, dan berserah diri atas keputusan yang Ia berikan. Maka, beliau pun segera keluar meninggalkan kota Madinah,berdepan musuh di medan Uhud.

Dalam tema yang lain, Ustaz Sayyid Quthub berkata “Adapun bentuk kesempurnaan sebuah syura’,maka ia sesungguhnya tidak tercetak dalam sebuah cetakan besi yang tak dapat berubah sedikit pun, tapi senantiasa beradaptasi dan menyesuaikan diri dengan setiap ruang dan waktu, sehingga cetakan itu dapat melekat dalam kehidupan jamaah islamiyah. Aturan-aturan Islam sesungguhnya bukan aturan yang kaku, dan bukan pula nash-nash yang mesti diterjemahkan secara harfiah. Tapi, dia adalah semangat yang tumbuh dari hakikat keimanan yang berakar dalam hati, di mana perasaan dan jiwa secara langsung beradaptasi dengan hakikat ini. Mencari bentuk-bentuk aturan Islam tanpa peduli terhadap hakikat keimanan yang ada di balik ini semua, maka ia takkan mendapatkan hasil sedikit pun. Ini bukanlah ucapan membabi-buta tanpa kontrol, sebagaimana menampaknya ketakutan pada wajah-wajah orang yang tidak mengetahui hakikat keimanan terhadap aqidah islamiyah.”

Beliau juga berkata bahwa, “Tatkala kaum Muslimin memperoleh kebenaran dan menemukan hakikat iman yang bersemayam dalam hati mereka, maka aturan-aturan Islam itn akan bangkit dengan sendirinya. Akan muncul sebuah potret kehidupan yang sesuai dengan kaum Muslimin, lingkungan dan keadaan mereka. Dan, pada saat itulah seluruh prinsip-prinsip Islam akan terealisasi dengan baik.”

 

Beberapa Syarat yang Mesti Dipenuhi bagi yang Melakukan Syura’

  1. Adanya iman yang jujur, kerana syura’ adalah aplikasi nilai-nilal keimanan yang terkait dengan shalat dan respon terhadap seruan dan perintah Allah.
  2. Mengetahui manhaj Allah.
  3. Pengetahuan yang cukup mengenai segala permasalahan atau topik yang terkait dengan syura’.
  4. Tujuan syura’ yang jelas, bahwa itu dilakukan untuk mencari kebenaran melalui segala usaha yang dilakukan oleh setiap orang beriman yang komitmen terhadap manhaj Allah. Tujuan sesungguhnya bukan hanya semata-mata kerana benarnya keputusan yang diambil, tapi yang jauh lebih penting dari itu ialah diperolehnya keberkahan dan ini adalah ibadah yang mendekatkan kita kepada ketaqwaan.
  5. Kita juga hendaknya dapat memahami bahawa, sesuatu yang benar boleh saja tidak menjadi kesepakatan majoriti. Tapi, kita tidak boleh menentang hasil yang dicapai scbagai keputusan syura’. Semua pihak mesti lega menerima keputusan itu dan selalu bersedia untuk pengambilan keputusan lain sesuai dengan prinsip-prinsip syura’.
  6. Semestinya kita mengetahui jangkauan syura’ yang mungkin skalanya dapat diperluas atau dipersempit sesuai dengan tema yang akan dimusyawarahkan dan keadaan yang dialami oleh jamaah.

 

Beberapa Masalah yang Terkait dengan Pelaksanaan Syura’

1.      Hal apakah yang dimusyawarahkan?

Dalam tafsir al-Jashash dijelaskan bahwa meminta saran atau nasihat berlaku pada masalah dunia dan agama yang tidak ada wahyu Allah tentang itu. Adapun caranya dikembalikan kepada Allah dan Rasub Nya saw. Atau sesuai dengan manhaj Allah, sehingga tak satu pun hasil yang disepakati bertentangan dengan manhaj Allah Azza wa Jalla.

2.      Apakah Peserta Syura Dipilih atau Ditentukan?

Kedua hal ini dapat dilakukan dan ditentukan oleh pihak penanggung jawab syura’ sesuai dengan pengetahuan yang ia miliki terhadap kemampuan individu, situasi, dan tempat, tapi menjadi persyaratan pada setiap situasi dan keadaan. Hendaknya mereka yang dipilih untuk terlibat dalam syura’ memenuhi kriteria dan syarat-syarat yang telah disebutkan sebelumnya.

3.    Apakah Penanggung Jawab Syura Diangkat Melalui Musyawarah
atau ditentukan?

  • Penanggung jawab umum (Pemimpin atau Khalifah) terlebih dahulu mesti dibai’at.
  • Penanggung jawab cabang dapat diangkat melalui kedua cara di atas, sesuai dengan keadaan, situasi, dan sepengetahuan penanggung jawab umum terhadap keahlian setiap pribadi, serta kemampuannya memikul peran dan tanggung jawab yang dibebankan padanya.

Ustadz Abdul Qadir Audah menulis dalam bukunya Al-Ahkaam As’Sukhaniah dengan kalimat berikut. “Tugas para hakim dalam menetapkan undang-undang ialah mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw. dalam menjaga kemuliaan agama ini dan memimpin dunia. Scorang hakim juga dinamakan sebagai imam (pemimpin) dalam terminologi ahli fiqih.” Beliau selanjutnya berkata, “Imamah dan khilafah—sebagaimana yang dikatakan oleh para fuqaha adalah akad resmi yang takkan terjalin erat, kecuali dengan keredhaan atau ikhtiar. Dengan adanya akad ini, seorang imam atau hakim mesti bertanggungjawab atas segala permasalahan yang terjadi dalam kehidupan internal dan eksternal masyarakat yang terkait dengan kemaslahatan mereka.” Oleh kerana itu, kita tidak pernah melihat seorang dari Khulafaur Rasyidin yang diangkat sebagai Khalifah, kecuali setelah mereka dibai’at oleh kaum Muslimin. Dan sesungguhnya syariat memberi peluang, bahkan mewajibkan bagi umat ini untuk mencabut seorang pemimpin dari kerusi kepemimpinannya, apabila ia tidak menunaikan syarat dan kewajiban-kewajiban yang telah digariskan untuknya.

Seorang Khalifah selayaknya membantu tokoh masyarakat dan pimpinan pasukan, atau berkonsultasi dengan mereka. Dialah yang berhak menilai mereka, atau mencabutnya dari jabatannya kerana pertanggungjawabannya kepada Allah terletak di atas bahunya atas tugas dan pekerjaan yang mereka lakukan. Maka, pertanggung-javvaban mereka dapat disamakan dengan pertanggungjawaban satu kelompok panitia, syu’bah, usrah, atau kelompok rihlah (rekreasi).

 

Medan Syura dalam Usrah

Kita ingin mengatakan bahwa syura’ bukan ilmu yang dipelajari atau sebuah wawasan pengetahuan yang dapat dinikmati oleh akal kita tapi dia adalah informasi dan kaedah yang mesti diikuti dan diterapkan agar ia mewujud menjadi sebuah tradisi serta sifat yang melekat secara individu maupun jamaah. Oleh kerana itu, kita mesti memperhatikan pendidikan syura’ di dalam usrah, agar ia tidak dianggap sekadar pengetahuan, tapi diaplikasikan secara ilmiah dalam setiap keadaan yang menwajibkan untuk itu, misalnya pada acara-acara berikut ini.

  1. Pertemuan Usrah
    • Pertemuan usrah yang dilakukan secara rutin diawali dengan proses syura’ yang menyepakati segala hal yang terkait dengannya, yakni waktu pertemuan, lokasi, tentatif program, tempoh masa pertemuan, dan cara melaksanakan program-program kerja yang direncanakan. Dan, kita tidak dapat berijtihad sendiri untuk menentukan sistem atau bentuk pertemuan.
  2. Rihlah (rekreasi)
    • Setelah murabbi menentukan pengurus rihlah, maka langkah berikutnya ialah melakukan syura’ yang membahas tentang waktu pelaksanaan rihlah, rentang masa rihlah, tentatif program,pengangkutan, dan penginapan, serta bentuk pelaksanaan program.Pengurus rihlah juga berperanan sebagai ketua dalam perlaksanaannya.
  3. Demikian pula pada acara-acara yang lain, seperti mabit bersama, usbu’ ruhi, seminar, dan sebagainya. Semuanya dapat terlaksana dengan baik  apabila  di awali dengan proses syura’.
  4. Komitmen terhadap apa yang telah menjadi kesepakatan dalam syura’, dan segera melaksanakannya.
  5. Syura juga dilakukan guna menyelesaikan segala permasalahan dan rintangan yang menjadi salah satu agenda usrah, di mana hal-hal semacam ini dapat dibincangkan bersama dengan anggota usrah lainnya bila situasi memungkinkan.
  6. Apabila murabbi menentukan beberapa program kerja agar dapat dilaksanakan oleh salah seorang anggota usrah, maka hendaklah ia mematuhinya dengan segera melaksanakannya. Apabila ia memiliki pendapat lain, maka hendaklah ia menyampaikannya dengan cara yang pantas. Sebagaimana kita semua mengetahui bahwa tak ada kewajiban taat kepada manusia (pimpinan) dalam kemaksiatan, tapi ketaatan hanya pada yang ma’ruf(baik).
  7. Apabila ada tema yang menjadi bahasan syura’, maka mereka yang berada pada level pimpinan, murabbi atau naqib, semestinya tidak memilik saham pengaruh dalam proses syura’ (diskusi) yang sedang berlangsung, apakah ia terlebih dahulu melontarkan gagasan dan pendapatnya sehingga yang lain terpengaruh, atau memberi komen terhadap pendapat seorang ikhwah sebagai bentuk persetujuan atau penolakannya, juga tidak menentang pendapat mereka selama gagasan tersebut berada dalam bingkai syariat. Yang mesti mereka lakukan ialah mendengarkan dengan saksama pendapat setiap mutarabbi dan tidak menyela pembicaraannya sehingga ia menyelesaikan penjelasannya.
  8. Setiap anggota jamaah mesti berani menyampaikan pendapat dan gagasannya yang aktual serta bermanfaat setelah ia mendengar penjelasan kawan-kawannya yang lain. Semoga apa yang ia utarakan semakin memperjelas topik yang didiskusikan.
  9. Apabila terjadi perbezaan pendapat saat berdiskusi, maka semua peserta syura’ hendaknya memahami dengan baik seni dan etika berbeza pendapat. Perbezaan itu hendaknya tidak merosakkan cinta terhadap sesama ikhwah. Persaudaraan bagi kita jauh lebih penting dan utama dibandingkan dengan keberhasilan kita mencapai kesepakatan pada satu masalah tertentu.
  10. Masalah yang didiskusikan dinnggap selesai apabila ada kata muafakat atau persetujuan. Bila tidak, maka mesti dilakukan undi yang membuat semua pihak mematuhi hasil suara majoriti. Dan apabila suara kedua belah pihak seimbang, maka pendapat murabbi yang akan menentukan keputusan akhir.
  11. Dalam perspektif amal jamaie menyatakan bahawa syura’ mesti tetap dilakukan dalam setiap keadaan atau semuanya wajib melibatkan diri dalam syura’ pada proses pengambilan keputusan, apakah itu dalam level usrah atau pada level yang lebih tinggi. Apabila seorang anggota memiliki catatan dan input, maka hendaklah ia mengajukannya sesuai dengan cara yang seharusnya,

 

Rukun Ke-3 – Amal

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Ketiga- Amal

 

FIRMAN ALLAH SWT:

               MAKSUDNYA: “DAN KATAKANLAH: BEKERJALAH KAMU, MAKA ALLAH DAN RASULNYA SERTA ORANG-ORANG MUKMIN AKAN MELIHAT PEKERJAANMU ITU, DAN KAMU AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH YANG MENGETAHUI YANG GHAIB DAN YANG NYATA, LALU DIBERITAKANNYA KEPADA KAMU APA YANG TELAH KAMU KERJAKAN.” (Surah At Taubah: 105)

               AMAL SOLEH MELAZIMI IMAN DAN MEMBENARKANNYA. KEDUA-DUANYA ADALAH SEBAB KEMENANGAN DAN KEKUASAAN DI MUKA BUMI SERTA  KEBAHAGIAAN DAN KENIKMATAN DI AKHIRAT.

               BERAMAL DALAM MEDAN DAKWAH KEPADA ALLAH, AGAR AGAMANYA TEGAK BERKUASA DAN MENDIRIKAN NEGARA ISLAM ADALAH BIDANG AMAL SOLEH YANG PALING AFDHAL DAN MULIA.

 

PENDAHULUAN:

               Al-Imam asy-syahid sejak awal-awal lagi amat menghendaki supaya peribadi-peribadi ikhwan muslimin menjadi rijal yang  bekerja bukan berteori dan petah bercakap, beliau menganjurkan mereka bekerja keras dalam setiap bidang serta meninggikan cita-cita dan keazaman. Sesungguhnya masa untuk tidur sudahpun berakhir. Menjadi kewajipan ke atas akh muslim untuk beramal bersungguh-sungguh tanpa mengenal lelah dan jemu. Oleh itu tidak ada tempat dalam saf Ikhwan bagi pemalas yang lemah.

1- Al-Imam asy-syahid telah menerangkan nilai amal dimana beliau menjadikan amal buah dari ilmu dan ikhlas. Maka ilmu yang  sahih akan sentiasa berkurang dan terbatas selama mana ia tidak menolak tuannya kearah bekerja yang positif dan membina. Niat yang baik tidak mencukupi untuk mencapai matlamat sekiranya tidak disertai dengan usaha dan amal yang bersungguh-sungguh bagi mencapai sesuatu tujuan.

               Sesungguhnya ilmu dan ikhlas tanpa amal seperti pokok tidak berbuah.

               Kearah amal wahai Ikhwan! Agar disempurnakan binaan dari segi bentuk dan juga kandungan dalaman dan luaran. Tunggulah ketika itu balasan pahala yang besar.

               Firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At Taubah: 105)

               Berhati-hatilah kamu dari menyerupai orang-orang yang  melaungkan slogan-slogan palsu, dakwaan-dakwaan kosong dan suka  berangan-angan. Renunglah satu syair Arab:

لاتكن عبد المنى

فالمنى رؤس أموال المفاليس

Maksudnya: “Jangan kamu menjadi hamba angan-angan. Sesungguhnya angan-angan itu adalah modal orang muflis.”

               Kupasan ajaib yang disebut oleh Al-Imam asy-syahid pada sifat-sifat akh yang benar, meletakkan petunjuk di hadapan pendidik-pendidik dan juga peribadi-peribadi untuk beramal yang perlu dilaksanakan dan diambil berat.

               Sifat-sifat ini menjelaskan kepada kita keistimewaan didikan madrasah Ikhwan Muslimin, di mana ia tidak meninggalkan satu sudut dari sudut-sudut yang penting melainkan difokuskannya. Ianya bukan angan-angan, bahkan jamaah telah mengambil berbagai-bagai wasilah dan manhaj bagi mencapai tujuannya iaitu melahirkan peribadi muslim seperti yang diterangkan oleh Al-Imam asy-syahid. Sesungguhnya realiti telah membuktikannya dan akan terus membuktikan keadaan tersebut dengan izin Allah.

2- Sifat-sifat yang sepuluh pada akh muslim hanya semata-mata untuk mengumpul, bukan susunan tersebut berdasarkan keutamaan ataupun kedudukan. Walaupun begitu, susunan tersebut kadang-kadang tidak lari dari faedah.

               Dimulakan dengan kuat tubuh badan, untuk mengingatkan tentang perkara penting yang dilupai oleh sebilangan besar dari ‘amilin (pekerja) untuk Islam. Bagaimanakah begitu sedangkan kebenaran mesti ada kekuatan yang melindunginya.

Sabda Rasulullah saw:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير

Maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi di sisi Allah swt dari mukmin yang lemah. Dari pada kedua-duanya ada kebaikan“. (HR Muslim)

Sesungguhnya Al-Imam asy-syahid telah menggariskan kepada akh muslim jalan bekerja yang dituntut darinya. Beliau telah menerangkan langkah-langkah dan peringkat-peringkatnya. Bagi kita disini terdapat beberapa perhatian iaitu:

3- Susunan yang teliti ini bermula dari permulaan hingga kesudahannya.

               Amal-amal yang dituntut dari umat Islam adalah besar dan ia merupakan amanah yang berat. Untuk menunaikan amanah, mencapai cita-cita dan melaksanakan amal tidak dapat tidak mestilah memerlukan peribadi-peribadi yang ditarbiyyah dengan tarbiyyah yang betul, saling melengkapi, seimbang, suci, polsitif dan `rabbani.

4- Penumpuan ke atas peribadi muslim dengan menerangkan sifat-sifat yang wajib dihiasi olehnya supaya menjadi batu-bata yang kukuh dalam menegakkan bangunan Islam yang akan dibina.

               Di sini kita berhenti sejenak untuk menerangkan perkara penting tentang martabat yang pertama (membaiki diri). Muslim yang dikehendki ialah mereka yang memiliki tenaga diri yang menolaknya ke arah bergerak secara bersungguh-sungguh, pengkajian yang berterusan dan kedepan dalam mendaki tangga ketinggian. Beliau membaiki dirinya sendiri dan tidak menunggu orang lain menolaknya untuk bergerak dan membaiki keadaannya.

               Ini adalah masalah penting yang semestinya para murabbi mengambil berat iaitu masalah penanaman (zatiah) sebagai penolak dalam diri individu-individu supaya mereka menjadi pemberi-pemberi selepas menerima. Agar menjadi penolong-penolong yang membawa dakwah selepas mereka itu menjadi individu-individu yang dibawa.

 

Kedudukan amal

               Sesungguhnya Al-Imam asy-syahid sangat-sangat mengambil berat dalam masalah amal. Sehingga beliau menjadikannya satu rukun dari rukun bai`ah yang sepuluh. Ketika beliau membincangkan wasilah-wasilah umum, beliau berkata: “Ia adalah iman yang mendalam, pembentukan yang teliti dan amal yang berterusan. 1

               Beliau telah menyebut di tempat yang lain tentang keistimewaan dakwah Ikhwan Muslimin iaitu: Melebihkan sudut amal dari propaganda dan iklan kerana bimbang riya` akan meresapi amal-amal ini dan merosakkannya. Beliau telah menjelaskan nilai kemampuan amal dan kedudukannya seraya berkata: “Ramai orang mudah berkhayal, tetapi tidak semua khayalan yang bermain di benak fikirannya itu mampu untuk digambarkan melalui percakapan lisan. Ramai orang mampu untuk mengungkapkan perkataan tetapi

sedikit dari mereka mampu memikul bebanan jihad dan amal yang berat. Sehingga para mujahidin dari kalangan Ansar yang terdiri dari orang-orang pilihan pun kadang-kadang tersilap memilih jalandan tidak dapat mengenai sasaran kalaulah tidak diselamatkan oleh rahmat Allah swt. “

               Kesah Tolut menjelaskan apa yang saya nyatakan. Maka persiapkanlah diri kamu dengan tarbiyyah yang sahih dan ujian yang teliti. Ujilah ketahanannya dengan amal yang berat lagi dibenci oleh nafsu. Pisahkan jiwa kamu dari syahwat (keinginan), kesukaan dan adat kebiasaannya.

               Pandangan yang jelas, mantap, bernas dan teliti ini memang sesuai dengan tujuan besar yang sedang diperjuangkan oleh jamaah yang terbesar untuk mencapainyanya. Medan amalnya  pula luas dan banyak. Ia berhajat kepada masa yang panjang, nafas yang panjang, usaha oyang berlipat ganda dan kesabaran yang tidak luntur. Benarlah firman Allah :

Maksudnya: “Oleh itu bersabarlah kamu. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan janganlah kamu digoncangkan oleh orang-orang yang tidak mengetahui.” (Surah Ar-Ruum: 60)

               Al-Imam asy-syahid menjelaskan maksud rukun amal dengan katanya: “Aku maksudkan dengan amal ialah, buah dari ilmu dan ikhlas.

Maksudnya: “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At Taubah: 105)

               Kemudian beliau menjelaskan peringkat-peringkat amal yang dituntut daripada akh muslim yang sebenar.

 

Peringkat pertama: Memperbaiki diri sehingga menjadi:

1) Kuat tubuh badan

2) Ampuh akhlak

3) Fikiran yang berilmu pengetahuan

4) Mampu bekerja dan berusha

5) Sejahtera ‘aqidah

6) Sahih ibadat

7) Mujahadah diri

8) Menjaga waktu

9) Bersistem dalam urusan

10)Bermanfaat untuk orang lain

               Perkara-perkara tersebut wajib ke atas setiap akh muslim sekaligus.

               Inilah peribadi muslim yang kami kehendaki, bentuknya terserlah. Maka berusahalah sehingga sempurna sudut-sudut yang kurang dan curahkan tenaga semampu boleh.

Peringkat kedua: Membina keluarga muslim.

               Iaitu dengan beliau membawa ahli keluarganya untuk menghormati fikrahnya dan menjaga adab-adab Islam pada setiap sudut lahiriah kehidupan rumahtangga, bijak memilih bakal isteri, mengajarkan hak dan kewajipan isteri, mendidik anak-anak dan khadam dengan baik dan membesarkan mereka diatas asas-asas Islam.

               Itu merupakan kewajipan setiap akh muslim secara sekaligus. Bersungguh-sunguhlah supaya keluarga saudara sampai ke peringkat ini. Setiap ahli keluarga mengetahui apakah hak untuknya dan apakah kewajipannya mengikut kacamata Islam.

Peringkat ketiga: Membimbing masyarakat.

               Iaitu dengan menyebarkan dakwah dan kebaikan dalam masyarakat, memerangi keburukan dan kemungkaran, memberi peransang kepada amal kebajikan, amar makruf, berlumba-lumba ke arah perbuatan kebajikan, membawa pandangan umum terhadap fikrah Islam dan mewarnakan kebudayaan hidup ummah dengan Islam setiap ketika. Itu adalah kewajiban setiap peribadi secara sekaligus dan juga kewajiban jamaah sebagai institusi yang beramal. 2

Masyarakat muslim yang kita kehendaki ialah yang mematuhi perintah Allah, menyerahkan dirinya kepada Allah, menerima seruan kebaikan, memerangi keburukan dan kemungkaran serta mencernakan kehidupannya dengan Islam.

 

KOMENTAR:

              Jelas dari kata-kata Al-Imam asy-syahid dalam peringkat ini bahawa sesungguhnya bebanan ini tidak akan dapat dipikul dan dilaksanakan melainkan mereka yang mengikat tempat kembali dan masa depan mereka dengan dakwah ini. Mereka mempertaruhkan hidup untuknya, rela menanggung kususahan perjalanan, bersegera melakukan kebaikan dan berlumba-lumba kearahnya, bersedekah dalam keadaan hati mereka gementar kerana mereka akan kembali kepadan Tuhan, sentiasa memperelokkan amalan dengan harapan agar diterima, mencari keredhaan Allah swt dan tidak menunjuk-nunjuk.

               ‘Amal ini tidak dapat dilaksanakan secara sempurna melainkan oleh golongan ‘amiliin dari jenis tersebut. Ia tidak dapat dijalankan oleh pelakon, orang upahan atau orang yang mencari kepentingan diri sekalipun dicurahkan mata benda dunia di hadapan mereka. Manakan sama perempuan yang menangis kerana kematian anak dengan perempuan yang diupah menangis, sebagaimana yang tersebut dalam perumpamaan Arab.

               Tetapi akh yang bekerja, akan menggunakan apa yang beliau miliki samada waktu, tenaga, harta, ilmu dan jiwa untuk jalan dakwah ini dan dia sedikitpun tidak kedekut dari semua itu sebagai menunaikan janjinya dengan Allah. Benarlah firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa dan harta-harta mereka dengan balasan syurga. Iaitu mereka yang berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh dan dibunuh, sebagai satu perjanjian yang benar yang disebut di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Lantaran itu, sesiapa yang menyempurnakan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian itulah kemenangan yang besar“. (Surah At-Taubah: 111)

              Dalam firmannya yang lain:

Maksudnya: “Katakanlah: Jika sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-mara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut rugi dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu terlebih kasih di sisi kamu dari Allah, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan urusanNya, kerana Allah tidak akan memimpin kaum yang fasik“. (Surah At-Taubah: 24)

               Al-Imam asy-syahid seterusnya menyambung lagi tentang martabat-martabat amal yang dikehendaki seraya berkata:

Peringkat Keempat: Membebaskan negara (watan)

Iaitu dengan membebaskannya dari cengkaman kuasa asing yang bukan Islam samada di sudut politik, ekonomi ataupun rohani.

Peringkat Kelima

               Membetulkan kerajaan sehingga menjadi kerajaan Islam yang sejati. Dengan itu ia melaksanakan tugasnya sebagai khadam dan orang yang disewa oleh ummah.

Perkara ini menjelaskan kewajiban pemerintah dalam Islam. Tersebut di dalam Risalah Siasah Syar’iyyah karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.a. m/s 14, cetakan Dar Zuhur Al-Fikr: “Abu Muslim Al-Khawalaani masuk mengadap Mu’awiyah bin Abu Sufyan seraya berkata: Selamat sejahtera ke atas kamu wahai orang yang diupah. Pembesar-pembesar yang berada di dalam majlis itu lantas berkata: Wahai Abu Muslim! Katalah “wahai amir”. Mu’awiyah berkata: Biarkan Abu Muslim, sesungguhnya dia lebih tahu apa yang diucapkannya. Abu Muslim berkata: Kamu hanyalah orang yang diupah, Tuhan kambing-kambing ini telah mengupah kamu untuk memeliharanya. Jika kamu mengubati yang sakit darinya dan mengurung semuanya, tuan kamu akan membayar upahnya. Tetapi jika kamu tidak mengubati yang sakit darinya dan tidak mengurung semuanya, tuan kamu akan menghukum kamu”. Ini adalah satu pendirian yang jelas. Kerana makhluk adalah hamba Allah s.w.t dan pemerintah adalah orang yang diamanahkan oleh Allah swt untuk menjaga hamba-hambanya serta menjadi pekerja untuk menjaga kemaslahatan mereka. Kerajaan Islam ialah kerajaan dianggotai oleh pemimpin-pemimpin yang muslim, menunaikan kewajipan-kewajipan yang difardhukan oleh Islam, tidak membiarkan maksiat berlaku dalam masyarakat dan menegakkan hukum-hukum Islam dan ajarannya.

               Tidak mengapa meminta pertolongan dari orang-orang yang bukan Islam untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika keadaan memerlukan pada perkara yang tidak bersangkutan dengan jawatan-jawatan wilayah umum. Tidak kiralah bentuk dan jenis kerajaan yang diambil itu, asalkan ianya bertepatan dengan kaedah-kaedah umum dalam sistem pemerintahan Islam.

               Di antara sifatnya kerajaan Islam: Merasa bertanggungjawab, bersifat kasihan belas kepada rakyat, berlaku adil di kalangan manusia dan mengawal diri dari mengambil harta awam serta bijak berekonomi padanya.

               Di antara kewajibannya ialah: Menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, menyebarkan ilmu pelajaran, menyediakan kekuatan, menjaga kesihatan dan manfaat awam, melaburkan kekayaan, mengawal harta, menguatkan akhlak dan menyebarkan dakwah.

               Di antara haknya apabila ia melaksanakan kewajibannya ialah wala’, taat dan membantunya dengan jiwa dan harta. Apabila ia cuai pula ialah menasihat, menunjuk-ajar, kemudian memecat jika petunjuk dan nasihat tidak memberi kesan kerana tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah swt.

Peringkat Keenam

               Beliau menyebut tentang martabat yang keenam dalam ‘amal yang dituntut:

               Mengembalikan kedudukan universal umat Islam dengan membebaskan watannya, menghidupkan kemegahannya, pendekatan budaya dan persatuan sehingga membuka jalan kepada mengembalikan khilafah yang hilang dan kesatuan yang mahu dibina.

Peringkat Ketujuh

              Menjadi pemimpin dunia dengan menyebarkan dakwah Islam di segenap pelusuknya.

Maksudnya: “Sehingga tidak terdapat lagi fitnah dan agama itu semuanya menjadi milik Allah.” (Surah An-Anfaal: 39)

Maksudnya: “Allah enggan melainkan untuk menyempurnakan cahayaNya.” (Surah At-Taubah: 32)

               Kemudian Al-Imam asy-syahid mengakhiri perbincangannya mengenai rukun amal sambil berkata: “Empat martabat yang akhir ini merupakan kewajipan ke atas jamaah dan juga setiap akh yang menjadi anggota di dalamnya secara sekaligus. Alangkah besarnya tanggungjawab, alangkah beratnya tugas. Manusia melihatnya sebagai khayalan, namun akh muslim melihatnya sebagi hakikat. Sekali-kali kita tidak akan berputus asa. Kita menaruh harapan yang penuh kepada Allah swt. Firman Allah swt:

               Maksudnya: “Allahlah yang menguasai urusannya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Yusuf: 31)

 

KOMENTAR:

Kami akan mendedahkan beberapa keadaan umum yang berbeza antara individu di sudut kemampuan amal yang mereka curahkan untuk dakwah. Keadaan ini kedang-kadang membawa kepada ketidakseimbangan.

1) Mestilah sentiasa memperseimbangkan di antara amal Islami dengan kerja-kerja mencari nafkah kehidupan, tuntutan keluarga dan rumah.

2) Seseorang muslim dituntut untuk beramal di medan dakwah.

3) Dalam masa yang sama dia menghubungkannya dengan kerja-kerja keduniaan yang lain seperti pekerjaannya atau pun perniagaannya.

4) Islam menggalakkannya sentiasa bekerja dalam kedua-dua bidang di samping menjaga tertib (aulawiyyat) kepentingan, dengan ia mendahulukan kepentingan dakwah kemudian diikuti secara lansung dengan kepentingan sumber rezeki dalam kehidupan.

5) Islam menjadikan amal untuk dunia sebagai ibadat sekiranya disertakan niat yang betul, ibadat tidak terbatas dalam amal dakwah semata-mata.

6) Al-Akh muslim sentiasa menjadikan amalnya, kehidupan dan seluruh urusannya terikat kuat dengan dakwah dan kepentingannya.

7) Kami tegaskan bahawa Islam menggalakkan seseorang muslim mencari rezeki yang halal. Islam tidak menerima orang muslim yang menjadi bebanan kepada orang lain.

8) Oleh itu kita melihat Al-Imam asy-syahid menyebut bahawa di antara ciri-ciri individu muslim yang dikehendaki ialah mampu untuk bekerja. Dia sangat zuhud dalam jawatannya dan mengaggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit dan sangat suka kerja bebas yang produktif.

9) Bersungguh-sungguh menegakkan agensi-agensi ekonomi adalah sebahagian dari kegiatan Ikhwan bagi membantu harakah Islamiah dan membina ekonomi masyarakat jauh dari kuman-kuman riba dan semua mu’amalah yang haram.

10) Apabila terdapat mukmin yang memahami agamanya, didapati bersamanya tanpa ragu-ragu lagi seluruh wasilah kejayaan. Menjadi perkara biasa baginya menggunakan setiap tenaga, ilmu, seluruh harta, masa dalam amal yang berfaedah untuk deen, dakwah dan dunianya. Sejarah dakwah terdahulu tidaklah jauh dari kita. Al-Imam asy-syahid telah membahagaikan amal agar tercapainya matlamat yang besar kepada beberapa peringkat iaitu:

              Individu, keluarga, masyarakat, kemudian kerajaan selepas dibebaskan watan, seterusnya daulah, khilafah dan akhirnya ustaz kepada alam.

               Beliau menyatakan bahawa sesungguhnya jalan ini panjang lagi susah, tetapi tidak ada jalan lain darinya. Beliau telah mengambilnya dari seerah Rasullah saw.

               Nyatalah bahawa peribadi muslim merupakan asas bagi peringkat-peringkat yang seterusnya iaitu keluarga, masyarakat, kerajaan dan negara. Seterusnya beliau menyebut tentang sepuluh ciri ini. Perbincangan usrah, katibah, rehlah, mu’askar, badan-badan riadah dan lain-lain lagi, semuanya itu wasilah-wasilah untuk menyediakan peribadi muslim yang dikehendaki.

               Setengah orang cuba menimbulkan keraguan pada jalan ini, pada kemampuan ia mencapai matlamatnya. Kita tidak harus terpengaruh dengan tuduhan ini. Asas binaan yang kuat terdiri dari peribadi muslim, keluarga dan masyarakat. Maka binaan itu akan tetap tegak dan berterusan dengan pertolongan Allah. Binaan bermula dari asas, bukannya dari atas dengan cara rampasan kuasa secara tentera tanpa persediaan dan penyusunan.

               Seterusnya masyarakat muslim: Al-Imam asy-syahid tidak bermaksud menukarkan masyarakat semuanya menjadi Ikhwan Muslimin yang ‘amilin, tetapi kita membentuk pandangan umum masyarakat menjadi Islam, yakin dengan keperluan memerintah dengan melaksanakan undang-undang yang diturunkan oleh Allah swt, seterusnya setiap orang mewajibkan dirinya untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Islam samada ibadat, akhlak dan lain-lain lagi.




Notes:

  1. Risalah Di Antara Hari Ini Dan Semalam m/s: 108 dari Majmu’atur Rasaail.

  2. Lihat Risalah Ta’alim – Majmu’atur Rasaail – Cetakan  Darul Da’wah: 394

Rukun Ke-4 – Jihad

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Empat– Amal

 

               IMAM ASY-SYAHID BERKATA: “JIHAD YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI IALAH: SATU KEWAJIBAN YANG BERTERUSAN HINGGA KE HARI QIAMAT, SEPERTI MAKSUD SABDA RASULULLAH S.A.W:

               MAKSUDNYA: “SESIAPA YANG MATI SEDANG BELIAU TIDAK PERNAH BERPERANG (BERJIHAD) DAN TIDAK PERNAH BERNIAT UNTUK BERPERANG, BELIAU MATI DALAM JAHILIAH.”

               PERINGKAT JIHAD YANG PERTAMA IALAH MENGINGKARI DENGAN HATI DAN PERINGKAT YANG PALING TINGGI IALAH BERPERANG DI JALAN ALLAH. DI ANTARA KEDUA-DUA PERINGKAT JIHAD ITU TERDAPAT JIHAD LISAN, TULISAN, TANGAN DAN MENYATAKAN KEBENARAN KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM. DA’WAH TIDAK AKAN HIDUP TANPA JIHAD. SEJAUHMANA KETINGGIAN DAN RUANG LINGKUP DA’WAH PADA JALAN ALLAH , BEGITULAH JUGA KETINGGIAN DAN KELUASAN RUANG LINGKUP JIHAD PADA JALAN ALLAH. BEGITULAH JUGA MAHAL HARGA YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTU PERJUANGAN DA’WAH DAN BESAR PULA PAHALA BAGI MEREKA YANG BERAMAL. FIRMAN ALLAH SWT:

               MAKSUDNYA: “BERJIHADLAH KAMU DI JALAN ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR JIHAD.”

               DENGAN ITU KAMU MEMAHAMI SLOGAN YANG SAUDARA LAUNGKAN SEPANJANG MASA: “JIHAD JALAN KAMI”.

 

KETERANGAN:

1- Jihad dengan makna khas dan am

Ibnu Abbas r.a. berkata: “Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela“. 1

               Ibnu Muqatil berkata: “Beramallah kerana Allah dengan sebenar-benar amal dan sembahlah Allah dengan sebenar-benar ibadat“. 2

               Ibnu Mubarak berkata: “Iaitu mujahadah nafsu dan hawa“. 3

               Dr. Said Ramadhan Al-Butti berkata: “Jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuannya pula ialah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk `Daulah Islamiah’ yang sebenar.” 4

               Al-Ustaz Maududi r.a. berkata mengenai jihad: “Maknanya: Kamu mempunyai semangat Islam, cemburu kepada iman dan cintakan agama serta memberi nasihat yang benar kepada saudara seIslam. Di antara semangat Islam ini ialah berjihad di jalan Allah dengan maknanya yang khas iaitu peperangan yang dilakukan oleh muslimin menentang musuh-musuh Islam, bukan dengan sebab lain melainkan mencari keredhaan Allah dan tidak mencari kepentingan duniawi.” 5

               Dengan ini jelaslah bahawa jihad dengan maknanya yang khas ialah berperang pada jalan Allah. Adapun maknanya yang am pula ialah kehidupan kita dari awal hingga ke akhirnya adalah jihad. Ia mempunyai marhalah-marhalah dan pusingan-pusingan. Setiap pusingan jihad menyediakan pusingan yang lain pula. Imam Ibnul Qayyim ketika memperkatakan tentang marhalah-marhalah ini, memulakannya dengan jihad nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad beramal dengannya, kemudian jihad bersabar di atas bebanan amal tersebut. Semua ini dikira sebagai jihad. Mana-mana kekurangan pada marhalah-marhalah ini atau tergopoh-gapah kadang-kadang tidak membawa kepada amal yang dituntut.

               Sesungguhnya jalan ini panjang, tempat gelincirnya banyak. Sesiapa yang mahu mengharunginya mestilah mempersiapkan dirinya dengan tarbiyyah, sabar dan sifat tahan lasak, dan dalam masa yang sama berusaha dengan seluruh kemampuannya menyeru orang lain ke jalan yang betul ini.

 

2- Serangan ke atas jihad:

               Di manakah dari perkara yang telah kami sebutkan tentang makna jihad dan matlamatnya, orang-orang zalim dari musuh-musuh Islam menyebarkan fitnah bahawa Islam tersebar dengan mata pedang dan ia adalah syariat permusuhan. Seterusnya mereka mengambarkan lakaran gambaran mujahid muslim semuanya dalam bentuk yang menggerunkan, menakutkan; ia adalah manusia ganas, pedang terhunus di tangannya, bunga api kejahatan berkilau di matanya, pemikirannya yang hanya tertumpu kepada pembunuhan dan merampas, apabila melihat orang kafir dia terus menerkam untuk membunuhnya. Mangsa itu mempunyai dua pilihan, samada melafazkan kalimah syahadah maka dia selamat, ataupun tidak maka lehirnya akan dipenggal.

               Kromer, salah seorang mubaligh kristian, penjajah dan benci kepada Islam berkata: “Jihad adalah fikrah permusuhan semata-mata. Islam telah memberinya bentuk syara’ supaya orang muslim mempertahankan dirinya dari serangan orang bukan Islam. Tetapi dalam waktu yang aman terhadap diri, harta dan marwahnya, ia adalah idea khianat dan manggalakkan permusuhan.”

               Mereka yang menyerang jihad, walaupun ramai jumlahnya, tidak ada seorang pun berani menyebut kepada kita satu peristiwa pun dalam sejarah yang membuktikan dakwaan atau memperkuatkan sangkaan mereka, seperti kata pepatah: “Lempar batu sembunyi tangan“.

               Sebenarnya sejarah telah membuktikan sehingga hari ini, umat Islam di segenap tempat menjadi mangsa pengkhianatan, penindasan, penyiksaan dan pengganasan.

               Tetapi menghalakan tohmahan ini kepada jihad dan mujahidin adalah perancangan jahat dari mereka. Saya yakin perkara itu mereka datangkan untuk mencapi maksud di sebalik tuduhan itu iaitu agar orang muslimin meninggalkan jihad. Sehingga terdapat setengah mereka mengatakan bahwa jihad hanya untuk mempertahankan diri sahaja. Ada setengah yang lain mengatakan: “Apa kena-mengena kita dengan jihad? Kita menyeru dengan cara hikmah, berbincang dengan baik.” Setengahnya pula menggugurkan jihad sama sekali dari fikirannya. Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam iaitu menjauhkan muslimin dari kewajiban yang berterusan hingga ke hari Qiamat ini. Tetapi … Alhamdulillah harakah islamiah mengembalikan rukun ini ke tempatnya.

 

3- Kedudukan rukun ini:

               Tersebut di dalam sahih:

Maksudnya: Bahawa Mu’az r.a berjalan bersama Rasulullah saw lalu baginda bersabda: “Jika kamu mahu, aku akan ceritakan kepada kamu tentang kepala agama ini dan “gah”nya (Kalau pada unta: Bahagian berbonggol di atas belakangnya.)

Kepala agama ini ialah “Tidak ada Tuhan melainkan Allah, tidak ada sekutu baginya dan Muhammad itu hamba dan RasulNya”. Tiangnya ialah mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Gahnya pula ialah berjihad pada jalan Allah. Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa tidak ada sekutu baginya dan Muhammad itu hamba dan RasulNya. Apabila mereka melakukan perkara-perkara tersebut, mereka selamat. Begitu juga darah dan harta mereka melainkan dengan cara yang sebenar dan urusannya terserahlah kepada Allah. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam genggamanNya, tidaklah pucat satu muka dan tidak berdebu satu kaki kerana beramal untuk mencari darjat-darjat syurga selepas sembahyang fardhu, sama seperti berjihad pada jalan Allah. Dan tidaklah yang memberatkan timbangan seorang hamba sama seperti seekor binatang tunggangan yang mati pada jalan Allah, atau ditungganginya pada jalan Allah.” (HR Ahmad: 5/245)

               Di dalam As-Sahihaini:

Maksudnya: Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus darjat yang disediakan Allah bagi para mujahidin pada jalan Allah. Jarak di antara satu darjat dengan darjat yang lain seumpama langit dan bumi.” (Fathul Baari: 6/14 no: 2790)

               Al-Quran telah mengakui kelebihan pada rukun ini dengan firman Allah swt:

Maksudnya: “Tidaklah sama antara orang mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwa atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar. Iaitu beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisaa’: 95-96)

Maksudnya: Syarahbiil bin As-Samt berkata kepada Ka’ab bin Murrah: “Wahai Ka’ab! beritahulah kepada kami tentang hadis Rasulullah saw dan berhati-hati. Ka’ab berkata: Aku mendengar baginda bersabda: Sesiapa yang tumbuh seurat uban dalam Islam sedang beliau berjuang pada jalan Allah, uban itu akan menjadi cahaya baginya pada hari Qiamat. Syarahbiil menyambung: Beritahulah lagi kepada kami hadis Rasulullah saw dan berhati-hati. Ka’ab berkata: Aku mendengar baginda bersabda: Panahlah, sesiapa yang panahnya sampai ke pihak musuh, Allah akan mengangkatnya satu darjat. Ibnu An-Niham berkata: Wahai Rasulullah! Apakah darjat itu? Baginda menjawab: Ia bukanlah tangga emak kamu, tetapi jarak di antara dua darjat ialah seratus tahun.” (HR An-Nasaai: 6/27 – Kitab Jihad – Bab: Balasan pahala orang yang memanah pada jalan Allah)

               Inilah beberapa sudut dari kedudukan rukun ini yang tidak dapat lari darinya. Inilah nilai jihad dengan harta dan jiwa pada timbangan Allah. Inilah pandangan agama dan keaslian rukun jihad dalam Islam.

 

4- Jihad adalah kemuliaan kita: 6

Di bawah tajuk ini Al-Imam asy-syahid menulis sambil membataskan makna jihad secara teliti dan menjelaskan usul kefahaman dan ruang lingkup tajuk ini. Beliau berkata: “Ikhwan Muslimin tidak membawa kepada manusia selain dari Islam dan asas-asasnya. Ia tidak berjalan melainkan mengikut manhaj-manhaj Islam dan cabang-cabangnya. Saya telah terangkan kepada saudara tentang solat, zakat dan apa yang mereka mahu dari diri mereka dan manusia seluruhnya iaitu tunggak agama dan tiangnya. Maka sekarang saya akan terangkan pula tentang Ikhwan Muslimin yang berjihad. Apa yang mereka kehendaki dari diri mereka sendiri dan juga manusia. Iaitu berjihad pada jalan Allah yang merupakan kemuncak gah Islam.

               1) Di antara jihad dalam Islam wahai saudaraku ialah: Perasaan yang hidup lagi unggul, meluak-luak keinginan kepada kemuliaan Islam dan keagungannya, bersegera dengan penuh keinginan kepada kekuasaan dan kekuatannya. Ia akan menangis sedih melihat muslimin ditimpa kemunduran dan kehinaan. Ia akan menderita di atas situasi ini. Situasi yang tidak diredhai Allah, tidak diredhai Rasul, juga tidak diredhai oleh jiwa muslim dan hati mukmin seperti yang terdapat dalam athar yang masyhor.

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.”

               Dalam satu rangkap syair:

لمثل هذا يذوب القلب من كمد

إن كان في القلب إسلام وايمان

Maksudnya: “Kerana hal yang seperti inilah hati menjadi luluh kerana tersiksa, jika sekiranya di dalam hati masih terdapat Islam dan Iman. “

               2) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah: Kemahuan dan keinginan yang berterusan yang membawa saudara berfikir keras mencari jalan penyelamat, menghabiskan waktu yang panjamg berfikir secara mendalam mencari jalan ‘amal dan bermacam-macam helah untuk menyelamatkan umat ini. Sesungguhnya niat seseorang lebih baik dari amalannya kerana Allahlah yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada.

               3) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah: Mengorbankan sebahagian dari waktu, harta dan keperluan diri kamu demi untuk kebaikan Islam dan orang-orang muslimin. Sekiranya kamu sebagai pemimpin, maka dalam tugas kepimpinan kamu curahkan. Begitu juga sekiranya kamu sebagai pengikut, maka dalam memberi bantuan angkatan daei’. Semuanya adalah kebaikan. Firman Allah:

               Maksudnya: “Allah janjikan kepada masing-masing (orang yang menafkahkan harta dan berperang pada jalan Allah) balasan yang lebih baik.” (Surah Al-Hadiid: 10)

               Dan firman Allah lagi:

Maksudnya: “Tidak sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang tinggal di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah saw (pergi berperang) dan tidak patut pula mereka mencintai diri mereka lebih dari mencintai diri Rasulullah saw. Yang demikian itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula memijak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana terhadap musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan mereka tidak menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak pula yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan ditulis bagi mereka amal soleh juga, kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”(Surah At-Taubah: 120-121)

               4) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah: Menyeru dengan makruf dan menegah dari kemungkaran, menasihat bagi Allah, RasulNya, KitabNya, pemimpin-pemimpin muslimin dan orang awam di kalangan mereka. Kamu menyeru pada jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmat dan peringatan yang baik. Tidaklah sesuatu kaum meninggalkan nasihat melainkan mereka ditimpa kehinaan, dan tidaklah mereka mengabaikan amar ma’ruf dan nahi mungkar melainkan mereka akan tersisih. Allah berfirman:

Maksudnya: “Orang-orang kafir dari kalangan Bani Israel dilaknat pada lisan nabi Daud dan Isa Ibnu Maryam. Yang demikian itu adalah kerana mereka membuat maksiat dan tidak mencegah kemungkaran yang dilakukan. Amat buruklah apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Maaidah: 79)

               5) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah: Menentang sesiapa juga yang menentang agama, memutuskan hubungan dengan sesiapa yang memusuhi Allah dan RasulNya. Tidak ada lagi hubungan dan muamalah antara kamu dan dia. Tidak lagi makan minum bersamanya. Di dalam hadis menyebut:

Maksudnya: “Sesungguhnya kerosakan yang pertama masuk ke dalam Bani Israel ialah: Seorang lelaki bertemu dengan seorang yang lain lalu berkata: Wahai saudara, takutlah kepada Allah, dan tinggalkanlah apa yang kamu lakukan ini kerana ia adalah haram. Kemudian dia bertemu sekali lagi pada keesokan harinya dan orang itu masih lagi melakukan perbuatan yang sama, namun lelaki itu menjadikannya teman untuk makan minum dan duduk. Apabila mereka melakukan perkara tersebut Allah lagakan di antara hati-hati mereka.” (HR Abu Daud: 4/119 no: 4336)

               6) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah:

Menjadi tentera Allah, mewakafkan jiwa dan harta kamu untuknya. Jangan tinggalkan sedikitpun dari semua itu. Apabila keagungan Islam dicabar dan kemuliaan Islam diperlekehkan dan terdengar seruan untuk mengembalikan keagongan Islam, kamulah orang pertama menyahut seruan itu dan yang pertama maju untuk jihad. Benarlah firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)

               Di dalam Rasulullah saw menyebut:    

من مات ولم يغز ولم يحدث به نفسه مات على شعبة من نفاق

Maksudnya: “Sesiapa yang mati sedangkan beliau tidak pernah berperang pada jalan Allah dan tidak pernah berniat untuk berperang, beliau mati dalam satu cabang nifaq.” (HR Muslim: 3/1517 no: 1910)

               Dengan demikian akan tercapailah apa yang dikehendaki oleh Allah iaitu menyebarkan Islam ke sehingga melata di seluruh pelusuk muka bumi ini.

               7) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah:

Berkerja untuk menegakkan mizan keadilan, memperbaiki keadaan makhluk (manusia), membantu orang yang dizalimi dan bertindak ke atas penzalim sekalipun dia mempunyai kedudukan dan kekuasaan.

               Tersebut di dalam hadis:

أفضل الجهادكلمة عدل عند سلطان جائر أو أمير جائر

Maksudnya: “Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.” (HR Al-Bukhari dan Abu Daud: 4/119 no: 4344)

               Di dalam hadis lain:

Maksudnya: “Penghulu orang mati syahid ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan seorang lelaki yang berhadapan dengan pemimpin yang zalim, lalu dia menyuruh dan melarangnya, maka dia dibunuh.” Majma’ Az-Zawaaid: 9/271

               8) Di antara jihad di jalan Allah wahai saudaraku ialah:

Jika kamu tidak mampu melakukan sedilitpun dari semua perkara di atas, kamu hendaklah mengasihi mujahidin dengan sepenuh hati dan menasihat mereka dengan pandangan yang ikhlas. Allah akan mencatatkan kebajikan untuk kamu dengan perbuatan tersebut dan melepaskan dari tanggungjawab. Jangan menjadi yang lain dari itu kerana Allah akan menutup pintu hati kamu dan membalasnya dengan azab yang pedih.

               Allah berfirman:

Maksudnya: “Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan tiada pula dosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”, lalu mereka kembali sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan. Sesungguhnya jalan untuk menyalahkan hanyalah terhadap orang-orang yang meminta izin kepadamu, padahal mereka itu orang-orang kaya. Mereka rela berada bersama-sama orang-orang yang tidak ikut berperang dan Allah telah mengunci mata hati mereka, maka mereka tidak mengetahui (akibat perbuatan mereka).” (Surah At-Taubah: 91-93)

               Selepas Al-Imam asy-syahid membentangkan secara detail tentang bantuk-bentuk jihad dan menerangkan martabat-martabatnya, beliau membincangkan pula mengenai Ikhwan, dimanakah kedudukan mereka dalam darjat-darjat ini. Beliau berkata;

               “Adapun mereka bersedih terhadap nasib yang telah menimpa umat Islam, berdukacita di atas suasana tersebut, maka Allahlah yang mengetahuinya. Ada di antara mereka, keadaan tersebut menghancur luluhkan hatinya, mengoyak perasaannya dan menghalangnya dari banyak menghabiskan masa bergembira dengan ahli keluarga dan saudara-maranya dan dari mengecapi setiap kenikmatan yang ada.”

               “Manakala mereka berfikir mencari jalan penyelamat, maka Allah mengetahui sesungguhnya tidak ada fikrah yang menguasai fikiran mereka, tidak ada rancangan yang menguasai perasaan mereka dan tidak ada perkara yang menyelubungi benak pemikiran mereka seperti fenomena ini. Perkara inilah yang menguasai kepala dan hati mereka.”

               “Begitu juga mereka belanjakan pada jalan ini waktu dan juga harta. Cukuplah kalau saudara menziarahi satu kelab dari kelab-kelab mereka, saudara dapat melihat mata-mata yang layu kerana berjaga malam, muka-muka yang pucat kerana berjihad, tubuh-tubuh yang kurus kerana keletihan. Mereka adalah pemuda-pemuda kuat dengan ‘aqidahnya.”

               Di sana ada titik pertemuan di dalam kefahaman di antara para pemimpin amal Islami kini, walaupun jarak yang jauh antara keduanya. Saudara merasakan bahawa mereka mengambil dari sumber yang satu. Ini adalah bukti kebenaran.

               Abul Hasan An-Nadwi berkata:

               “Kita mestilah memberi perhatian kepada tiga faktor di bawah agar dakwah memperolehi kejayaan iaitu:

               (i) Marhalah dakwah dan penanaman asas-asas iman di lubuk hati didahulukan dari yang lain. Dengan panjangnya marhalah ini, berterusannya kerja rijal dakwah yang dan berjihad pada jalannya, marhalah-marhalah lain akan berjaya dan mengeluarkan buah yang masak mekar serta sedap dimakan.

               (ii) Melahirkan rijal yang menegakkan dakwah yang sentiasa memenuhi setiap ruang kosong. Setiap pergerakan atau dakwah atau badan-badan sekalipun kuat, sekiranya tidak ada berterusan melahirkan rijal, maka ia terdedah kepada bahaya. rijalnya akan beransur-ansur pupus dan akan mengundur diri pada bila-bila masa.

               (iii) Memberi makanan kepada hati dan ruh dengan makanan yang dapat menjaga kecergasan dan semangat rijal dakwah dan memulihkan semula tenaga yang mereka dicurahkan. Sesungguhnya rijal adalah seperti pelita, apabila minyaknya habis ia akan padam. Jadi perkara tadi penting, kalau tidak jiwa akan berhenti di pertengahan jalan dan semangat menjadi sejuk dan terus mundur ke belakang. Oleh itu tidak cukup dengan semangat dan thiqah dengan pengorbanan semata-mata. Mestilah istiqamah yang berterusan. Ianya tidak dapat dicapai dengan tarbiah ruhiah dan memberi santapan hati dengan iman dan zikir.

               Syabab muslim mestilah mengawal semangat dan tindak-takduknya kerana lelaki yang bercakap lain dari lelaki yang beramal, lelaki yang beramal berbeza dari lelaki yang berjihad semata-mata, dan lelaki yang berjihad semata-mata bukanlah lelaki yang berjihad yang produktif dan bijaksana serta menghasilkan keuntungan yang besar natijah yang baik.

               Pengarang Fi Zilalil Quran menyebut:

               “Sesungguhnya manusia yang paling bersemangat dan maju kedepan, kadang-kadang adalah orang yang paling pengecut dan mundur apabila berhadapan dengan sesuatu peristiwa. Bahkan ini mungkin boleh dijadikan kaedah. Ini adalah kerana terlalu bersemangat dan maju kedepan kebiasaannya berpunca dari tidak tahu menilai hakikat sesuatu tugas, bukannya berpunca dari sifat berani dan tahan lasak. Ianya juga berpunca dari sikap tidak tahan menanggung kesempitan dan derita, lalu sifat tidak sabra itu mendorongnya bergerak ke hadapan untuk mengalahkan musuh tanpa menilai kekuatan dan ketahanan diri sendiri. Jadi apabila mereka berhadapan dengan realiti dan mendapati bahawa tugas itu lebih berat dari yang disangka, mereka menjadi saf yang pertama mundur dan tumbang. Tetapi orang yang tahan lasak dan tidak mundur ialah orang yang dapat mengawal diri, sabar menanggung kesempitan dan derita pada beberapa ketika serta membuat persiapan dan pandai menilai hakikat tugas harakah. Sejauh mana kesabaran jiwa menanggung tugas-tugas ini, maka mereka akan bersabar, tidak gopoh dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Orang-orang yang terlalu bersemangat maju kedepan tadi mungkin tidak bersetuju dengan cara ini dan menganggapnya sebagai kelemahan. Di dalam peperangan barulah terbukti manakah di antara dua golongan tadi lebih tahan lasak dan lebih jauh pandangannya.” Fi Zilaalil Quran: 5/712

               Mudah-mudahan saudara sudahpun memahami apa yang dimaksudkan oleh Ikhwan tentang rukun jihad, gambaran dan darjat-darjatnya. Inilah dia kefahaman yang sahih dan syamil terhadap Islam, fardhu-fardhu dan rukun-rukunnya.

               Abdullah bin Al-Mubarak mengungkapkan kata-katanya tentang jihad:

               Wahai ‘abid di Al-Haramain!

               Jika saudara melihat kami

               Nescaya saudara tahu bahawa

               Saudara hanya bermain-main dengan ibadat

              Kalau pipi saudara dibasahi airmata

               Leher kami pula dibasahi darah

               Kalau kuda saudara penat di dalam kebatilan

               Kuda kami pula penat di medan perang

               Wangi-wangian adalah untuk kamu

               Wangian-wangian kami pula adalah debu-debu

               akibat hentakan kaki kuda

               Di antara perhatian penting yang bersangkutan dengan rukun jihad ialah soal keimanan yang benar. Perniagaan ini tidak akan mencapai keuntungan melainkan jika sekiranya saudara bersifat dengan sifat-sifat mukmin yang sejati. Allah S.W.T berfirman:

               Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membalas syurga.” (Surah At-Taubah: 111)

               Kemudian Allah swt telah menjanjikan pertolongan, bantuan, kemenangan dan kekuasaan kepada orang-orang mukminin. Kita mestilah bersifat dengan sifat-sifat mukminin untuk mendapat janji tersebut.

               Berpaling dari rukun jihad berlaku apabila duduk dan tidak menyahut seruan jihad. Allah swt telah memberi amaran kepada mereka yang tidak menyahut seruan jihad dengan azab yang pedih. Kalau kita takdirkan kebanyakan umat tidak menyahut seruan tersebut, maka natijahnya ialah kehancuran uamt Islam, musuh-musuh akan menguasai dan membuat fitnah di dalam agama mereka. Begitu juga orang yang berpaling mundur ke belakang ketika berhadapan dengan musuh. Kalau kita takdirkan kebanyakan umat berpaling lari, maka umat Islam akan hancur juga. Allah swt berfirman:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah)” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah At-Taubah: 38)

               Perkara-perkara menarik yang membuatkan seseorang merasa berat untuk berjihad hanyalah kenikmatan dunia yang sementara. Akh muslim mestilah berusaha mengikisnya agar ia tidak menjadi batu penghalang kepadanya dalam berjihad di jalan Allah yang menyebabkannya ditimpa azab Allah yang amat pedih.




Notes:

  1. Lihat Zaadul Ma’aad karangan Ibnul Qayyim.                               

  2. Lihat Zaadul Ma’aad

  3. Lihat Zaadul Ma’aad

  4. Fiqhus Seerah karangan Al-Buuti.

  5. Asas-asas Islam: 118-119

  6. Majmu’atur Rasaail: – Adakah kita kaum yang beramal: 80

Rukun Ke-5 – Pengorbanan

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Kelima– Pengorbanan

 

            “PENGORBANAN YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: MENGORBANKAN JIWA, HARTA, MASA, KEHIDUPAN DAN SEGALA SESUATU UNTUK MENCAPAI MATLAMAT. TIDAK BERLAKU JIHAD DI DUNIA INI TANPA PENGORBANAN BERSAMANYA. SEBARANG PENGORBANAN UNTUK MEMPERJUANGKAN FIKRAH KITA TIDAK AKAN SIA-SIA, MALAH MENDAPAT GANJARAN YANG BESAR DAN PAHALA YANG BAIK DARI ALLAH SWT. SESIAPA YANG TIDAK MAHU BERKORBAN

BERSAMA KITA BELISU TELAH BERDOSA. FIRMAN ALLAH SWT:

            MAKSUDNYA: “SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBELI DARI ORANG-ORANG MUKMININ JIWA-JIWA MEREKA DAN HARTA-HARTA MEREKA…”

            MAKSUDNYA: “KATAKANLAH: JIKA SEKIRANNYA BAPA-BAPA KAMU, ANAK-ANAK KAMU ….”

            MAKSUDNYA: “YANG DEMIKIAN ITU ADALAH KERANA MEREKA TIDAK PERNAH DITIMPA DAHAGA DAN KELETIHAN…”

            MAKSUDNYA: “JIKA KAMU TAAT, ALLAH AKAN MENGURNIAKAN KEPADAMU BALASAN YANG BAIK…”

            DENGAN ITU SAUDARA MEMAHAMI SLOGAN SAUDARA YANG ABADI: “MATI PADA JALAN ALLAH ADALAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI.”

 

KETERANGAN:

            Allah telah memikulkan ke atas umat Islam sebesar-besar amanah dan seberat-beratnya. Firman Allah swt:

            Maksudnya: “Demikianlah Kami jadikan kamu umat pertengahan untuk menjadi saksi ke atas manusia, dan Rasul pula menjadi saksi
ke atas kamu
.” (Surah Al-Baqarah: 143)

            Agar mereka menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan tanggung jawab, Allah telah menfardhukan jihad pada jalannya, jihad dengan maknanya yang luas lagi menyeluruh sehingga dakwah terus hidup.

            Mereka dituntut memberikan pengorbanan pada jalan Allah dengan tujuan menolong agamaNya. Rasulullah saw telah mentarbiah para sahabatnya untuk berjihad pada jalan Allah dan mengorbankan setiap yang berharga dan bernilai bagi memenangkan agama ini. Rasulullah s.a.w adalah Imam kepada mereka dalam jihad dan pengorbanan. Dengan sebab itu, Al-Imam asy-syahid menyeru Ikhwan kepada jihad yang berterusan dan pengorbanan yang berharga bagi menolong agama Allah. Sesungguhnya umat ini tidak akan baik melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi baik, dan sekali-kali mereka tidak akan menjadi mulia melainkan dengan perkara yang menyebabkan umat dahulu menjadi mulia.

            Sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah, keagungan dan kemuliaan tanpa jihad dan pengorbanan, maka beliau bermimpi di siang hari.

Sepotng syair Arab ada menyebut:

ومن طلب العلا من غير كد

فقد أضاع العمل في طلب المحال

            Maksudnya: “Sesiapa yang mengejar ketinggian tanpa berpenat lelah maka dia telah mensia-siakan kerjanya dalam  menuntut sesuatu yang mustahil.”

 

Pengorbanan yang dituntut:

            Setiap orang yang meredhai Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul, dituntut darinya melakukan pengorbanan. Setiap orang yang bernazar dan berjanji kepada Tuhannya untuk bekerja untuk Islam dan berjihad untuk Islam dituntut darinya kesungguhan dan pengorbanan yang berharga. Hakikat ini mestilah jelas dengan sejelas-jelasnya dihadapan akh muslim. Menjadi kewajipan ke atasnya menyiapkan diri dan menyediakannya bagi perngorbanan tersebut. Jadi, apakah dia pengorbanan yang dituntut itu?

            Al-Imam asy-syahid telah menjelaskan dengan katanya:

            “Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”. Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari akh muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah saw.

            Allah berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)

Maksudnya: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)

            Apabila Abu Ad-Dahdah mendengar ayat ini, dia merasakan tidak ada pilihan lain melainkan bersedekah dengan hartanya yang paling dikasihi lagi berharga. Lihat Tafsir Ibnu Kathiir: 1/299 – cetakan Dar Al-Ma’rifah, Beirut.

            Begitulah kita lihat tarbiyyah nabawiyyah yang dikecapi oleh para sahabat secara praktikal.

Abu Bakar r.a telah mengorban dan membelanjakan seluruh hartanya. Rasulullah saw bertanya kepadanya: “Apakah yang telah kamu tinggalkan kepada keluarga kamu?” Lalu beliau menjawab: “Aku telah tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”.

Suhaib telah mengorbankan seluruh apa yang beliau miliki demi untuk menolong agama Allah. Lantas Allah menurunkan untuknya dan orang yang sepertinya ayat Al-Quran yang dapat dibaca. Firman Allah:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. (Surah Al-Baqarah: 207)

            Rasulullah s.a.w menyambutnya seraya bersabda:

Mermaksud: “Beruntunglah perniagaan kamu wahai Suhaib.”

Mus’ab pemuda yang kaya lagi manja mengorbankan semua yang ada padanya dan menjadi satu tanda dari bukti-bukti jihad kepada syabab muslim pada setiap zaman.

Begitu juga para sahabiyyaat yang melakukan pengorbanan untuk Islam. Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma’ …. Mereka semua mempunyai sikap yang telah termaklum, kehidupan yang dimakmurkan dengan melakukan pengorbanan yang bernilai. Sejarah para sahabat dipenuhi dengan kisah-kisah pengorbanan dengan harta dan jiwa demi memenangkan agama Allah.

 

Tidak ada jihad tanpa pengorbanan

            Inilah hakikat yang mesti disedari dengan jelas dan nyata. Dengan sebab itu Al-Imam asy-syahid telah memberitahu  petunjuk jalan dan tuntutan-tuntutannya supaya setiap akh mempersiapkan diri.

            Sesiapa yang mendakwa bahawa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk membawa panji-panji dakwah, sedangkan dia kedekut dengan roh, harta, waktu dan setiap benda yang dimilikinya, maka dia hendaklah muhasabah diri. Bacalah kandungan kitab Allah sebaik-baiknya, perhatikan kepada sirah Rasulullah s.a.w dan lihatlah kepada sejarah. Sudah pasti dia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas dari matahari di siang hari iaitu: Dakwah tidak akan hidup melainkan dengan jihad. Dan jihad tidak berlaku melainkan dengan pengorbanan.

 

Pengorbanan yang diberi ganjaran.

            Di antara perkara yang menenangkan hati mukmin dan mendorongnya untuk berbelanja dan berkorban ialah beliau mengetahui bahawa apa yang dia lakukan tidak akan sia-sia  bahkan akan dibalas dengan kebaikan, sebesar-besar balasan dan sebanyak-banyak pemberian dari Allah swt. FirmanNya:

Maksudnya: “Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baik pemberi rezeki“.

Maksudnya: “Dan jika kamu mati atau dibunuh pada jalan Allah, tentunya keampunan dan rahmat Allah lebih baik (bagimu) dari harta rampasan yang mereka kumpulkan“. (Surah Ali ‘Imraan: 157)

            Setiap apa yang dibelanjakan oleh akh muslim akan diberi balasan samada ia kecil atau besar. Al-Imam asy-syahid telah mendatangkan firman Allah untuk menjelaskan makna ini:

Maksudnya: “Yang demikian itu adalah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak pula memijak suatu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana terhadap musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan mereka tidak menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak pula yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan ditulis bagi mereka amal soleh juga, kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah At-Taubah: 120-121)

            Setiap apa yang seseorang hulurkan dari menanggung kelaparan dan dahaga, kesakitan dan kepenatan, langkah-langkah yang diatur dengan sebab dakwah yang menimbulkan kemarahan kepada golongan kufur dan taghut dan setiap saham yang diberikan untuk memenangkan Islam samada sedikit atau banyak, kecil atau besar, Allah akan menjaminnya dan tidak akan dipersia-siakan. Setiap kebaikan akan dibayar dengan sepuluh kali ganda kepada tujuh ratus kali ganda dan berlipat ganda yang banyak.

            Maka, tahniah kepada orang yang memberi pengorbanan dengan pemberian rabbani ini. Tahniah kepada mereka kerana mengecap kebahagiaan jiwa. Tahniah kepada mereka dengan apa yang sedang menanti mereka dari kemuliaan dan penghormatan akhirat.

 

Dosa mereka yang tidak berkorban.

            Sesungguhnya dakwah Allah adalah mahal. Sesiapa yang bekerja untuknya, dia akan dimuliakan kerana ketika itu beliau merasakan kewujudannya dan identitinya. Beliau akan menjadi seorang yang mempunyai mizan dan nilai, mencapai ketinggian dan kemuliaan serta mengecapi kemanisan ketenangan dan keselesaan.

            Oleh itu rijal yang sebenar tidak dapat hidup tanpa dakwah. Begitu juga dakwah berhajat kepada rijal.

            Oleh kerana dakwah tidak akan hidup melainkan dengan jihad, dan tidak ada jihad tanpa pengorbanan, maka mestilah ada pengorbanan dan diharamkan duduk dan bakhil. Orang yang tidak turut serta dan bakhil akan mendapat dosa.

            Ini telah disebut oleh Al Quran dalam firman Allah:

Maksudnya: “Katakanlah: Jika sekiranya bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-mara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu dapati, perniagaan yang kamu takut rugi dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu terlebih kasih di sisi kamu dari Allah, RasulNya dan jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan urusanNya, kerana Allah tidak akan memimpin kaum yang fasik“. (Surah At-Taubah: 24)

            FirmanNya lagi:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: Berangkatlah kamu (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni’matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kenudharatan kepadaNya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu“.

Maksudnya: “Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak kepadanya. Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu.” (Surah Muhammad: 38)

            Allah berfirman menyuruh Rasulnya berkata kepada orang-orang yang tidak ikut berperang.         

Maksudnya: “Jika sekiranya kamu taat (ikut berperang), Allah akan mengurniakan kepada kamu balasan yang baik dan jika kamu berpaling sebagaimana kamu berpaling sebelum ini, nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih“. (Surah Al-Fath: 16)

            Al-Imam asy-syahid telah dapat mengesan makna-makna ini. Beliau mengetahui akibat buruk yang menanti golongan yang duduk sahaja tidak berjuang. Oleh itu beliau telah menyatakan secara berani dan terus terang bahawa sesiapa yang tidak memberikan pengorbanan bersama kita, beliau telah berdosa. Bagaimana tidak? Sedangkan Allah telah memberi amaran kepada mereka dan menyifatkan mereka sebagai fasik.

            * Ini adalah noktah yang penting dan perlu kepada perhatian terhadap kata-kata Al-Imam asy-syahid “Sesiapa yang tidak memberi pengorbanan bersama kita, maka beliau berdosa“.

            Beliau mahu mengatakan: “Kita Ikhwan Muslimin berkorban demi
memenangkan agama Allah dan begitu juga orang yang lain dari kita yang terdiri dari umat Islam yang sebenar. Maka syukur Alhamdulillah di atas taufik dari Allah. Adapun muslim yang tidak berkorban seperti mana kita lakukan bahkan duduk dan tidak bersama dalam membelanjakan harta dan berkorban, maka dia berdosa
“.

            Beliau sekali-kali tidak bermaksud untuk membataskan pengorbanan yang dikira, kepada diri dan anggota jamaahnya. Dan beliau tidak menuduh pengorbanan orang yang lain dari jamaah Ikhwan sia-sia, dan tidak menghukum mereka sebagai berdosa. Beliau banyak memuji para ‘amilin untuk Islam di mana-mana juga tempat dengan mana-mana cara pun dan berharap mereka akan mendapat kebaikan, sentiasa mengharapkan taufik untuk mereka.

Beliau seringkali mengulang-ulangkan firman Allah:

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia mengadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan“.(Surah Al-Baqarah: 148)

            Ini di samping keyakinan beliau terhadap ketinggian fikrahnya, sejahtera manhajnya, ketelitian tindakan-tanduknya berbanding dengan gerakan yang lain. Namun, ini bukan untuk bermegah-megah.

 

Sikap-sikap praktikal:

            Al-Imam asy-syahid telah mendidik Ikhwan supaya menjadi para ‘amilin bukan golongan yang pandai berteori dan berbahas serta mendendangkan slogan-slogan kosong. Oleh itu ikhwan telah diuji dengan ujian yang baik di sudut pengorbanan dengan membelanjakan setiap benda berharga dan bernilai, dengan jiwa, harta benda, masa dan setiap perkara. Mereka mampu bertahan untuk meninggikan panji-panji Islam dan memikul bebanan yang berat sedangkan kebanyakan mereka bukanlah orang yang berada dan kuat.

            * Ada yang menjual basikalnya untuk disahamkan harganya bagi membina pejabat Ikhwan dan masjid mereka di Iskandariah. Selepas itu beliau berjalan kaki setiap malam sejauh enam kilometer pergi dan balik tanpa beliau menyebut perkara tersebut kepada seorang pun.

            * Seorang Ikhwan petani mendaftarkan namanya dalam katibah sukarelawan. Tidak cukup dengan itu bahkan dia menjual kerbaunya -sedangkan jika dinisbahkan kepada petani ia merupakan modal bagi usahawan- untuk membeli senjata dengan duit tersebut, untuk beliau gunakan dalam berperang di Palestin. Ketika ketua kawasan berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, tinggalkanlah kerbau kepada keluargamu. Cukuplah saudara berkorban dengan diri saudara”. Petani itu menjawab secara selamba: “Adakah Allah hanya membeli dari kita diri sahaja atau diri dan harta seluruhnya untuk mendapat ganjaran syurga”?

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dan membalasnya dengan syurga“. (Surah At-Taubah: 111)

            Bolehkah kita menerima barang tanpa kita membayar harganya?

            * Tanyalah bumi Palestin dan bandar-bandar di Terusan Suez. Ia akan menceritakan kepada kamu tentang kisah-kisah kepahlawanan serta peristiwa-peristiwa pengorbanan serta kelakian Ikhwan. Lihat buku “Ikhwan Muslimin dalam Perang Palestin” karangan Kamil Asy-Syarif.

Sepatutnya pemuda hari ini mengetahui bagaimanakah pengorbanan golongan Ikhwan yang terdahulu. Al-Imam asy-syahid berkata: “Tidak ramai orang mengetahui bahawa di kalangan para dai’e Ikhwan ada yang kadang-kadang keluar dari kerjanya di pejabat pada waktu Asar hari Khamis. Di waktu Isya’ beliau berada di Almania memberi ceramah kepada orang ramai dan waktu sembahyang jumaat beliau memberi khutbah di Soohaj. Apabila waktu asar ia memberikan ceramah di Asyuut dan selepas isya’ memberi ceramah di Soohaj, kemudian kembali ke tempatnya. Apabila awal pagi beliau berada di tempat kerjanya di Kaherah sebelum pekerja-pekerja yang lain.

            Empat perjumpaan ramai dihadiri oleh salah seorang da’ie dari para duat ikhwan di tempat-tempat berlainan selama 30 jam, kemudian dia kembali ke tempatnya dalam keadaan tenteram jiwa dan tenang hati. Beliau memuji Allah kerana dapat menjalankan tugasnya. Keadaannya itu tidak disedari melainkan para pendengar ceramahnya. Sumbangan tenaga ini kalau dilakukan oleh orang yang lain dari Ikhwan, nescaya dia akan memenuhi dunia dengan suara-suara kebanggaan dan publisiti.   Tetapi Ikhwan mementingkan agar manusia tidak melihat mereka melainkan bekerja. Sesiapa yang tertarik dengan amal, maka alangkah baiknya. Tetapi orang yang tidak tertarik dengan amal, dia tidak akan dapat diberi petunjuk dengan kata-kata.

Kadang-kadang seorang akh menghabiskan masanya sebulan atau dua berjauhan dari keluarga, rumah, isterinya dan anak-anaknya kerana berdakwah. Waktu malam beliau berceramah dan waktu siang beliau bermusafir. Beliau menyampaikan lebih dari 60 muhadharah di timur dan barat negara. Kadang-kadang dia menyertai perayaan dan menyampaikan ceramah kepada ribuan manusia dari berbagai peringkat. Kemudian selepas itu ia berpesan agar majlis itu jangan dijadikan untuk tujuan publisiti. 1

 

Saudaraku seIslam:

            Itulah pengorbanan yang dituntut dan inilah kedudukannya yang tinggi. Ia juga amat besar pahalanya dan berdosa orang meninggalkannya. Maka buatlah persediaan bagi tujuan itu. Jadikan dakwah lebih utama selalu. Jelmakan setiap sesuatu untuk dakwah dan lakukanlah setiap perkara kerana dakwah. Berkorbanlah pada jalanNya dengan diri-diri saudara, harta-harta saudara, masa-masa saudara, kerja-kerja saudara dan segala suatu, nescaya Allah akan memberkatinya.

            Adapun tentang halangan-halangan dalam dakwah, perbicaraan mengenainya panjang kerana ia terlalu banyak. Halangan-halangan ini pasti akan mengganggu orang yang melaluinya untuk menghalangnya, melemahkan  semangat dan keazamannya, mengganggu fikirannya dan memalingkannya dari dari jalan dakwah ini.

            Akh muslim dengan kerjanya di medan dakwah berada dalam perniagaan yang menguntungkan dengan Allah. Modal dalam perniagaan itu ialah semua nikmat yang Allah kurniakan kepadanya, boleh ia mengorbankannya di medan dakwah seperti masa, ilmu, harta benda, kesihatan, tenaga dan semua perkara. Akh muslim mestilah memastikan bahawa beliau tidak mensia-siakan sedikitpun dari masanya tanpa mengorbankan nikmat-nikmat tadi. Waktu itu adalah kehidupan dan kewajipan lebih banyak dari waktu. Lebih-lebih lagi perniagaan ini mungkin akan terhenti bila-bila masa apabila sampainya ajal.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan perniagaan yang menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu dengan kamu beriman kepada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu….”. As-Saff: 10-11

 




Notes:

  1. Majmu’atur Rasaail: Risalah Muktamar Kelima: 163-164


Rukun Ke-6 – Ta’at

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Keenam– Ta’at

 

                Al-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:

                “TAAT YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: MEMATUHI PERINTAH DAN MELAKSANKANNYA DENGAN SEGERA, BAIK DI WAKTU SENANG DAN SUSAH, DALAM PERKARA YANG DISUKAI DAN DIBENCI. INI ADALAH KERANA PERINGKAT DAKWAH ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA PERINGKAT:

                1- PERINGKAT TA’RIF: DENGAN MENYEBARKAN FIKRAH UMUM DI KALANGAN ORANG RAMAI. SISTEM DALAM PERINGKAT DAKWAH INI MERUPAKAN SISTEM PERSATUAN YANG BERSIFAT PENTADBIRAN. TUGASNYA IALAH MELAKUKAN AMAL KEBAJIKAN UMUM. WASILAH YANG DIGUNAKAN DALAM PERINGKAT INI IALAH MEMBERIKAN KESEDARAN DAN BIMBINGAN, JUGA DENGAN MEWUJUDKAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG BERFAEDAH DAN WASILAH-WASILAH LAIN YANG PRAKTIKAL…..

                2- PERINGKAT TAKWIN: DENGAN MEMILIH ANASIR-ANASIR YANG LAYAK UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB JIHAD DAN MENGGABUNGKAN ANASIR-ANASIR TERSEBUT…..

                3- PERINGKAT TANFIZ: DAKWAH DALAM PERINGKAT INI ADALAH JIHAD YANG TIDAK MENGENAL TAWAR-MENAWAR, AMAL YANG BERTERUSAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT, CUBAAN DAN BALA YANG TIDAK MAMPU DIHADAPI OLEH MEREKA MELAINKAN DENGAN KETAATAN YANG SEMPURNA”.                

 

KETERANGAN

                Al-Imam asy-syahid berkata: “Taat yang saya maksudkan ialah: Mematuhi perintah dan melaksanakannya dengan segera, baik di waktu senang dan susah, dalam perkara yang disukai dan dibenci.

              Ini adalah kerana peringkat dakwah itu terbahagi kepada tiga peringkat.

                Peringkat ta’rif: Dengan menyebarkan fikrah umum di kalangan orang ramai. Sistem dalam peringkat dakwah ini merupakan sisitem persatuan yang bersifat pentadbiran. Tugasnya ialah melakukan amal kebajikan umum. Wasilah yang digunakan dalam peringkat ini ialah memberikan kesedaran dan bimbingan, juga dengan mewujudkan institusi-institusi yang berfaedah dan wasilah-wasilah lain yang praktikal.

                Semua cawangan Ikhwan yang wujud sekarang memainkan peranan dakwah dalam peringkat ini. Sistem yang mengaturnya ialah “Kanun Asasi” yang dihuraikan dalam risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam peringkat ini adalah dakwah umum.               

                Semua orang boleh berhubung dengan jamaah sekiranya beliau mempunyai keinginan untuk turut serta melakukan kegiatan-kegiatan jamaah dan berjanji akan memelihara prinsip-prinsip jamaah. Ketaatan yang sepenuhnya tidak diwajibkan dalam peringkat ini seperti mana diwajibkan menghormati nizam dan prinsip umum jamaah.

                Peringkat takwin: Dengan memilih anasir-anasir yang layak untuk memikul tanggungjawab jihad dan menggabungkan anasir-anasir tersebut.

                Sistem dakwah dalam peringkat ini ialah sistem sufi tulin dari sudut rohaniah dan ketenteraan tulin dari sudut amaliah. Slogan dalam kedua-dua sudut ini ialah (perintah dan taat) tanpa teragak-agak, tanpa soaljawab, syak dan tanpa keluh kesah. Katibah-katibah Ikhwan sekarang memainkan peranan dakwah di peringkat ini. Sistem yang mengaturkannya ialah Risalah Manhaj dulunya dan Risalah Ta’alim untuk sekarang.

                Dakwah dalam peringkat ini adalah khusus, hanya mereka yang membuat persediaan yang bersungguh-sungguh untuk memikul tanggungjawab jihad yang berterusan dan beban yang banyak, hanya mereka inilah sahaja yang layak berhubung dengan jamaah. Petanda-petanda awal bagi kesediaan ini ialah ketaatan yang sempurna.

                Peringkat tanfiz: Dakwah dalam peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal tawar-menawar, amal yang berterusan untuk mencapai matlamat, cubaan dan bala yang tidak mampu dihadapi oleh mereka melainkan dengan ketaatan yang sempurna. Untuk tujuan inilah saf pertama Ikhwan Muslimin telah memberikan bai’ah pada 5 Rabii’ul Awwal 1359.

                Dan saudara sendiri, dengan kemasukan saudara dalam katibah ini, menerima risalah ini (Risalah Ta’aalim), juga dengan bai’ah yang saudara berikan bererti saudara telah berada di dalam peringkat kedua dan telah hampir kepada peringkat ketiga. Oleh itu saudara mestilah membuat penilaian terhadap tanggungjawab yang saudara pegang dan sediakanlah diri saudara untuk menunaikannya.                

              Maka kita katakan bahawa “penerimaan” dan “ketaatan” merupakan dua perkara yang berpadu. Kedua-duanya pada hakikatnya sebagai tulang belakang bagi manusia pada setiap umat, penentangan terhadap musuh atau kejayaan ketenteraan tidak akan berlaku melainkan apabila “dengar” dan “taat” berakar umbi pada setiap individu umat ini dan umat yang menentang musuh. Umat yang bersepadu dengan kuat dan teguh ialah umat yang mempunyai prinsip serta individu yang menerima dan patuh. Sesungguhnya sesiapa yang membina Armada, membuat kapal terbang dan berusaha mencipta berbagai bentuk senjata, melaksanakan perancangan ummah tetapi tidak mempunyai wakil dalam pendapat, dan dalam mengikut pendapat ahli-ahli perundingan, dia telah membina istana di atas himpunan pasir yang boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja, seterusnya meruntuhkan bangunan yang dibina. Gambarkan bersamaku, setiap bidang kehidupan dan sebaliknya serta setiap sektor di dalam mana-mana negara, andaikan di sana terdapat buah fikiran yang matang, langkah-langkah yang dicipta, perancangan yang dikaji, contoh i’lmi dan amali, kemudian usaha-usaha ini telah diambil oleh telinga-telingga yang tidak mendengar, kewibawaan yang mundur serta hati-hati yang keadaan semulajadinya engkar menyebabkan diri tidak dapat merasai kemanisan selepas melaksanakan kerja-kerja yang mulia tadi. Diri yang teruk dan bersifat putus asa telah menyebabkan matinya usaha-usaha yang agong serta terkuburnya kerja-kerja yang mulia tanpa pengiring-pengiringnya.

                Kerja-kerja yang besar tadi telah lumpuh, dimana kedaulatan negara dan keagongan anak watannya bergantung kepada pelaksanaannya, kadang-kadang ditimpa kemusnahan di peringkat awal lagi sebelum mendapat hasilnya. Kehilangan menimpa kehidupan awam di dalam segenap kehidupannya yang akan memberhentikan penghasilan sumber kehidupan serta mengalami keruntuhan yang teruk. Oleh sebab itu bolehlah kita katakan bahawa “dengar” dan “taat” merupakan dua perkara yang berpadu dan menjadi keperluan hidup samada dalam keadaan aman mahupun perang.

                Memang dimaklumi bahawa Islam merupakan syariat Allah yang maha mengetahui, maka tidak hairanlah ia meletakkan penerimaan dan kepatuhan pada tempat yang sememangnya sangat diperlukan.

              Dengarlah firman Allah Taala:

              Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasululLah dan kepada orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu“. (Surah An-Nisa’: 59)

        Dan lihatlah bagaimana Allah s.w.t. telah mengaitkan ketaatan dengan diriNya (zatNya). Pada masa yang sama dikaitkan dengan hakikat keimanan di dalam dua sudut iaitu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Allah berfirman:

              Maksudnya: “Jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.”

                Keterangan Allah tidak berhenti setakat ini sahaja tetapi Dia meneruskannya serta menegaskan bahawa ini merupakan kebaikan yang sebenarnya. Sesungguhnya orang perseorangan atau jamaah yang mengabaikan perkara ini barang hari tidak akan dapat memetik kebaikan.

              Peperangan Uhud tidaklah begitu jauh daripada kita, dan bagaimana RasululLah s.a.w. mengarah pasukan pemanah agar tidak meninggalkan tempat mereka sekalipun mereka disambar oleh burung, akan tetapi berita kemenangan umat Islam dan kekalahan musyrikin menyebabkan mereka menyangka bahawa peperangan telah berakhir, mereka pun turun dan meninggalkan tempat mereka, menyalahi apa yang diperintahkan oleh RasululLah. Di dalam pertempuran ini orang-orang Islam ditimpa beberapa musibah di samping mengorbankan seramai tujuh puluh orang sebagai syahid, yang demikian itu sebagai pengajaran dalam sejarah yang menguatkan kepada betapa perlunya ketaatan dan mengelakkan dari terjebak ke lembah keengkaran (maksiat).

              Inilah, dua juta daripada barisan tentera Itali di dalam pertempuran “Dua Bendera”, ketika berlakunya peperangan dunia kedua dengan persiapan yang mengatasi kelengkapan pihak musuh, akan tetapi setelah dikeluarkan kepada mereka arahan supaya mara dan maju lalu mereka meniarap ke bumi dengan rasa kecut dan ketakutan. Mereka tidak menyahut arahan tersebut. Bilangan mereka yang banyak dan kelengkapan yang moden tidak sedikit pun menguntungkan. Mereka berada dalam keadaan berpecah dan tidak mentaati perintah, kamudiannya kesemuannya menyerah kepada pasukan lawan. Kita dapat melihat betapa bahayanya tindakan ini sehingga menyebabkan kehancuran dan kemusnahan secara menyeluruh kepada Itali.

                Apabila kita mengetahui semua itu, tahulah kita betapa besarnya pengajaran ini di dalam Al-Quran, dan bagaimana seorang nabi yang mulia telah memberi latihan kepada tenteranya untuk membiasakan “ketaatan” supaya apabila berhadapan dengan musuh bersama tentera yang “dengar” dan “taat” kepada agama dan menjadi tabiatnya yang tulin.

              Dan bukannya mencintai kehidupan dan segala ragamnya. Sesungguhnya tentera yang meletakkan “mati” sebagai cita-cita dan maju dengan gagah ketika di medan, mereka tidak menginginkan sesuatu melainkan menyerah kehidupannya yang mulia.

                Firman Allah Taala:

              Maksudnya: “Kemudian apabila Talut keluar bersama tenteranya, berkatalah dia: sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka dia bukan dari pengikutku….”. (Surah Al-Baqarah: 249)

              Sebab itulah RasululLah s.a.w. bersabda:

              Maksudnya: “Setiap muslim mesti “dengar” dan “patuh” samada dalam perkara yang di sukai atau tidak, melainkan apabila disuruh di dalam perkara maksiat, maka pada ketika itu tidak ada lagi “dengar” dan “patuh“. An-Nawawi ‘Ala Muslim: 12/226

                Adapun keinginan dan kehendak seorang tentera (yang bercanggah dengan apa yang di perintahkan) atau apa yang dialaminya di dalam beberapa keadaan ketika menjalankan ketaatan, maka perkara ini tidak boleh menjadi penghalang untuk taat, bahkan kamu hendaklah “dengar” dan “patuh” samada senang atau susah, sukarela atau terpaksa.

                Memandang kepada diri pemimpin sahaja, tanpa melihat kepada apa yang dilaksanakan merupakan titik tolak kepada penyelewengan dalam “kepatuhan” dan “ketaatan”. Di dalam Islam “dengar” dan “taat” merupakan kawajipan, yang merialisasikan makna ini. Kewajipannya dalam apa keadaan pun bukanlah untuk pertelingkahan jahiliah atau sebahagiannya. Seorang tentera yang mematuhi dengan tujuan pertelingkahan ini hanya menjadikan dirinya barang dagangan di pasaran yang rugi. Kalau begitu tidak ada “kepatuhan” dengan tujuan pangkat atau pingat semata-mata atau dengan tujuan untuk mendapat faedah kebendaan padanya. Maka keadaannya tertolak dengan kemusnahan (kerugian).

              Benarlah sabda RasululLah s.a.w. bahawa “dengar” dan “patuh ” di dalam perkara yang baik dan apa yang disyariatkan oleh Allah, RasulNya dan Ulil Amri, dengan syarat mereka melaksana dan mengutamakan perintah Allah serta larangan-laranganNya. Begitu juga perjalanan (pentadbiran) mereka terhadap rakyatnya, selari dengan siasah ini. Semua yang tersebut adalah ma’ruf yang wajib dipatuhi padanya dan pemimpinnya.

Inilah syarat-syarat kelayakannya:

1) Iman yang kuat

2) Bertaqwa kepada Allah

3) Pengetahuan dan kekuatan

4) Amanah dan ikhlas

5) Tidak kasar dan keras hati

Dan ini pula garis panduannya:

1) Melaksanakan syariat sebagaimana yang diperintahkan.

2) Da’wah yang berterusan kepada Allah sehingga tidak tinggal lagi di muka bumi seorang pun yang tidak mendengar kalimah Allah.

3) Pentabiran ke atas rakyatnya selaras dengan apa yang terkandung dengan amanah ini.

                Pemimpin tadi mesti bersifat dengan sifat-sifatnya demi tercapai matlamat yang berkait dengan kerja dan tugas keseluruhannya, maka tentulah pemimpin dalam Islam mestilah merupakan seorang mu’min yang kuat beriman, bertaqwa, berpengetahuan serta mampu melaksanakannya dengan amanah dan ikhlas. Dia juga tidak boleh bersifat keras hati, akan tetapi hendaklah bersifat lembut (penyabar), lemah lembut serta mengetahui hak-hak rakyat di sekelilingnya dan hak Allah ke atasnya. Begitu juga dia hendaklah menggangap bahawa tidak ada beza di antara kecil atau besar, kaya atau miskin, berkulit hitam atau putih dan cantik atau hodoh. Kita melihat berapa ramai orang yang hodoh dan orang yang tidak dikenali lebih baik dari segala isi bumi serta lebih baik daripada orang yang membawa gelaran, mempunyai kecantikan dan pangkat. Malangnya manusia sering kali melupai semua perkara tersebut. Sesungguhnya orang yang melihat pemimpinnya dari sudut ini, iaitu sudut yang yang hanya dilihat oleh golongan biasa yang telah rosak tabiat dalaman mereka, bergoncang jiwa-jiwa mereka dan nilai-nilai di sekitar mereka, dia mengsia-siakan banyak waktu yang berharga dari jamaahnya dan memusnahkan usaha dan tenaga anak buahnya.

                Dan sesungguhnya, seagong-agong contoh di dalam sejarah Islam yang kita berikan di sudut kepatuhan ialah:

Apa yang dilakukan oleh Khalid ketika mendapat surat perintah daripada Amir Mu’minin, (demi kepentingan yang ditentukan), supaya dia menyerahkan pimpinan tentera kepada Abu Ubaidah Al Jarrah, sedangkan panji-panji dipegang oleh Khalid dan tentera muslimin sedang menghadapai pertempuran yang dahsyat yang sememangnya diketahui di dalam sejarah. Tentera Islam ketika itu tidak lebih 40,000 orang, berhadapan dengan tentera berkuda dan pemanah Rome yang bilangannya tidak kurang daripada 200,000 orang. Dia tidak menghentikan peperangan sekalipun berita yang datang itu adalah suatu perkara yang amat besar ke atas dirinya, malah dia meneruskan peperangan sehinggalah selesai berhadapan dengan musuh-musuh Allah dengan kemenangan kepada tentera-tentara Allah, seterusnya dia tidak pergi ke khemahnya sehingga dia memanggil Abu Ubaidah tampil kehadapan dan menyerahkan panji-panji dan menyerahkan kuasa ketua kepadanya. Kamudian dibaca perintah khalifah. Khalid kamudiannya berkata kepadanya: “Aku hanyalah seorang tentera kamu yang “mendengar” dan “taat” wahai Abu Ubaidah”. Peristiwa ini telah menjadi contoh yang agong di dalam sejarah:

سل قاهر الفرس والرمان هل شفعت

له الفتوح وهل أغنى تواليها

غزى فأبلى وخيل الله قد عقدت

بالنصر والبشرى نواصيها

لم يجز بلدة إلا سمعت ها

الله أكبر تدوى فى نواحيها

وخالد سبيل الله موقدها

وخالد في سبيل الله صاليها

أتاه أمر أبي حفص فقبله

وعزة النفس لم تجرح حواشيها

Maksudnya: Tanyalah panglima yang menundukkan Farsi dan Rom, adakah pembukaan negeri memadai untuknya, dan adakah mencukupi pembukaan berikutnya.

Dia berperang dan diuji, sedangkan kuda-kuda Allah diikat ubun-ubunnya dengan kemenangan dan berita gembira

Dia tidak melewati sebuah negeri pun, melainkan didengar padanya laungan ‘Allahu Akbar’ berkumandang di segenap pelusuknya .

Dan khalid di Jalan Allah penyemaraknya

Dan Khalid di jalan Allah pembakarnya (pemberi semangat)

Telah datang kepadanya perintah ‘Umar lalu diterimanya

kemuliaan diri tidak menjejaskan (melukakan) sudut hatinya.

                Jamaah yang memikul tanggungjawab yang besar tidak mampu mencapainya selagi mana tiada ketaatan kepada pemimpinnya dari orang-orang yang mendokongnya, bukan dalam perkara yang maksiat.

                Kadang-kadang seseorang merasakan bahawa perkara yang dituntut daripadanya supaya dilaksanakan tidak mempunyai alasan dan asas. Namun tidak seharusnya itu menjadi sebab untuk tidak

melaksanakan perintah dan mentaatinya. Qiadah orang yang pertama-tama dipertanggungjawabkan, dia kebiasaannya merupakan orang yang lebih mengetahui situasi sekitar, dorongan dan alasan-alasan yang tidak terdapat pada individu-individu lain.

                Di bawah naungan syura, setiap individu diminta melahirkan pandangan-pandangan mereka dan apabila jamaah telah memutuskan pendapatnya maka berkewajipan kepada semua untuk beriltizam dengannya demi menyatukan kesatuan jamaah dan arah yang dituju. Tidak seharusnya bagi seseorang yang berlainan pendapat atau pandangan memperkatakan pendapatnya selepas itu di dalam barisan jamaah sekalipun percubaan telah menunjukkan bahawa pendapatnya yang tidak diterima itu, lebih benar. Sesungguhnya bersatu jamaah di atas kebenaran lebih baik dari berpecah di sekitar pendapat yang lebih benar. Dalam bersatu di atas kebenaran membolehkan kita sampai kepada yang lebih benar. Manakala seandainya berlaku perpecahan tentunya tidak ada di sana kesatuan di atas kebenaran juga tidak di atas yang lebih benar. 

Rukun Ke-7 – Tsabat

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Ketujuh– Tsabat

 

                AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:

                THABAT (TETAP PENDIRIAN) YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH: AL-AKH MESTILAH SENTIASA BERAMAL DAN BERJIHAD UNTUK MENCAPAI MATLAMAT, SEKALIPUN MATLAMAT TERSEBUT MASIH TERLALU JAUH DAN MEMAKAN MASA BERTAHUN-TAHUN SEHINGGALAH AL-AKH MENEMUI ALLAH DALAM KEADAAN BERAMAL DAN BERJIHAD. DENGAN ITU BELIAU TELAH MENDAPAT SALAH SATU DARI DUA KEBAIKAN, SAMADA BERJAYA MENCAPAI MATLAMAT ATAU MATI SYAHID PADA AKHIR HAYATNYA.

FIRMAN ALLAH S.W.T.

                MAKSUDNYA: “DI KALANGAN ORANG-ORANG MUKMIN ITU ADA ORANG YANG MENEPATI APA YANG TELAH MEREKA JANJIKAN KEPADA ALLAH, MKA DI ANTARA MEREKA ADA YANG GUGUR. DAN DI ANTARA MEREKA ADA (PULA) YANG MENUNGGU-NUNGGU DAN MEREKA TIDAK SEDIKITPUN MERUBAH

JANJINYA“. (Surah Al-Ahzab: 23)

                WAKTU DI SISI KITA, ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES RAWATAN, DAN BAGI KITA PERJALANANNYA TERLALU JAUH, BANYAK MARHALAHNYA SERTA BANYAK PULA RINTANGANNYA, TETAPI INILAH SATU-SATUNYA JALAN YANG DAPAT MENYAMPAIKAN KITA KEPADA MATLAMAT, DI SAMPING GANJARAN PAHALA YANG BESAR DAN BALASAN YANG BAIK.

                OLEH YANG DEMIKIAN, TIAP-TIAP SATU DARI WASILAH KITA YANG ENAM MEMERLUKAN KEPADA PERSEDIAAN YANG BAIK, MENUNGGU PELUANG YANG BAIK DAN MELAKUKAN PERLAKSANAAN YANG TELITI.      

YANG DEMIKIAN ITU IALAH KERANA TIAP-TIAP WASILAH DARIPADA WASILAH-WASILAH KITA YANG ENAM MEMERLUKAN KEPADA PERSIAPAN YANG BAIK, PENUNGGUAN YANG MEMAKAN MASA DAN PELAKSANAAN YANG RAPI. SEMUANYA ITU BERGANTUNG KEPADA MASANYA.

                MAKSUDNYA: “DAN MEREKA BERKATA: BILAKAH KEMENANGAN ITU? KATAKANLAH: MUDAH-MUDAHAN IA SUDAH HAMPIR“. (Surah Al-Isra’: 51)

 

KETERANGAN:

                Untuk menjamin dakwah kepada Allah ini terus hidup dan berkembang, ia berhajatkan kepada rijal-rijal yang terbentuk daripada takwin yang khas, lelaki-lelaki yang ikhlas, bekerja, berjihad dan berkorban serta sentiasa berada di dalam keadaan yang sedemikian, tetap hati berhadapan dengan segala halangan dan ujian serta ancaman-ancaman dan sabar di atas segala kesusahan serta mampu untuk melepasi halangan-halangan. Semuanya dihadapi tanpa merasa lemah dan tawar hati terhadapnya, tidak berundur

diri dan tidak gugur di pertengahan jalan.

                Ya, sesungguhnya thabat rijal di dalam jangka masa yang panjang merupakan asas terhadap kejayaan dakwah-dakwah dan pekerjaan-pekerjaan. Oleh kerana itu Al-Imam asy-syahid telah menjadikan thabat sebagai salah satu rukun daripada rukun-rukun bai’ah, kerana mengambil tunjuk ajar dengan petunjuk al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

                Firman Allah:

Maksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung“. (Surah Ali-’Imraan: 200)

Maksud: “Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang yang bertaqwa“. (Surah Al-Baqarah: 177)

Maksudnya: “Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesensaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya “Bilakah lagi datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat“. (Surah Al-Baqarah: 214)

                Tersebut dalam hadis Rasulullah saw:

Maksudnya: “Daripada Abi Abdullah Khabbaab bin Al-Aratt r.a. berkata : Kami mengadu kepada Rasulullah saw ketika baginda sedang bertelekan berbantalkan kain selimut dari bulu hitam di bawah bayangan ka’bah. Maka kami pun berkata: Mengapa kamu tidak meminta pertolongan untuk kami, mengapa kamu tidak mendoakan untuk kami. Maka Rasulullah saw pun berkata: Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu, diambil seorang lelaki, kemudian digali sebuah lubang dan dia dimasukkan dalamnya, kemudian di datangi dengan gergaji, lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, disikatkan badannya dengan sikat besi sehingga luruhlah daging dan tulangnya. Namun itu semua tidak menghalangnya daripada berpegang dengan agama Allah. Demi Allah, Allah pasti akan menyempurnakan agama ini sehingga seorang penunggang dapat berjalan daripada San’aa ke Hadramaut, dalam keadaan tidak takut selain dari Allah, dan serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu semua adalah daripada orang yang ingin cepat (tergesa-gesa). ” (HR Ahmad: 5/111)

                Allah swt acapkali menyuruh agar bersabar dan thabat. Ini adalah kerana jalan dakwah dipenuhi dengan berbagai-bagai malapetaka, rintangan, halangan serta selekoh-selekohnya. Maka sekiranya seorang jundi itu tidak menghiasi dirinya dengan sabar dan thabat maka ia akan membawa kepada akibat yang buruk.

 

Thabat Rasul dan para sahabatnya:

                Rasulullah saw adalah satu ikutan yang baik bagi kita. Sesungguhnya baginda sentiasa beramal dan berjihad pada jalan untuk mencapai matlamatnya meskipun menghadapi berbagai-bagi halangan, sekatan, tawaran dan amaran. Orang-orang musyrikin telah menawarkan kepada Rasulullah saw harta, pangkat dan segala kelazatan supaya Rasulullah meninggalkan dakwahnya, tetapi mereka tidak berjaya. Lalu mereka menukar tektik kepada cara yang berbentuk ancaman dan amaran, tetapi mereka tidak juga berjaya. Rasulullah saw telah menyebut satu kalimah yang masyhur kepada bapa saudaranya, agar dunia semuanya dapat mendengarnya sepanjang zaman dan supaya para du’at dapat mencontohinya di setiap tempat.

Maksudnya: “Demi Allah wahai bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, aku tidak akan tinggalkannya sehingga Allah mengurniakan kemenangan atau pun aku dibinasakan kerananya“. Sirah Ibnu Hisyam: 1/240

                Sesungguhnya para sahabat telah dididik di atas petunjuk Nabi saw, maka mereka bersabar dan thabat, mereka tidak lemah dan mundur sehingga mereka bertemu dengan Tuhan mereka. Di kalangan

mereka ada yang telah berjaya mendapat mati syahid dan di kalangan mereka yang dapat mengecap kemenangan. Lihatlah Sumayyah, Yasir, Bilal, Mus’aib dan juga sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain mereka yang bersabar serta thabat dan menunaikan janji-janji mereka dengan Allah :

Maksudnya: “Di kalangan orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang mereka telah janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan ada pula yang menunggu-nunggu (untuk mati syahid) dan mereka tidak sedikitpun merobah janji-janji mereka“. (Surah Al-Ahzab: 23)

                Lihatlah Abu Bakar As-Siddiq yang thabat di hadapan taufan kemurtadan dan menentangnya. Beliau berkata : “Adakah deen ini menjadi kurang sedangkan aku masih hidup? Demi Allah, kiranya mereka menghalangku mengambil zakat walaupun sebesar tali pengikat unta yang mereka tunaikan kepada Rasulullah saw, nescaya aku akan memeranginya“.

                Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah saw adalah di kalangan orang-orang yang mula-mula dimaksudkan yang dimaksudkan oleh firman Allah swt:

Maksudnya: “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu serta tidak menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang bersabar. Tiada doa mereka selain ucapan “Wahai Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir“. (Suah Ali-’Imran: 147)

 

Penyakit dan rintangan:

                Sesungguhnya Al-Imam asy-syahid telah memberi penekanan ke atas rukun thabat, kerana jalan dakwah dipenuhi oleh berbagai-bagai penyakit yang merosakkan dan juga rintangan-rintangan yang menghalang. Kita tidak mungkin dapat melepasinya melainkan dengan menghiasi diri dengan sifat thabat.

                * Terdapat di kalangan manusia orang yang diuji dengan penyakit “ingin cepat” kerana dirinya adalah kerdil dan kemampuannya kurang. Orang-orang yang seperti ini biasanya terputus di tengah jalan sahaja dan tidak dapat meneruskan perjuangan. Oleh yang demikian Allah swt menyuruh agar bersabar dan memberi amaran daripada sikap ingin cepat. Maka Allah berfirman kepada RasulNya saw :

Maksudnya: “Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul yang telah bersabar“. (Surah Al-Ahqaaf: 35)

                * Di kalangan manusia ada yang diuji dengan penyakit “beribadat di tepi” iaitu dia akan kekal di atas jalan dakwah selama mana dakwah dalam keadaan tenang, tanpa ujian dan siksaan. Orang-orang yang seperti ini cepat berubah, berpaling mundur dan rugi di dalam setiap perkara. Maka semestinyalah ada kesabaran dan thabat.

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi, maka jika ia memperolehi kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh sesuatu bencana, berbaliklah ia ke belakang, rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata“. (Surah Al-Hajj: 11)

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”. Maka apabila ia disakiti (kerana ia beriman) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah“. (Surah Al-’Ankabut: 10)

                * Kadang-kadang seseorang al-akh berjaya dan thabat di hadapan ujian-ujian getir dan kesusahan, tidak goyang pada pendiriannya dan dapat meneruskan perjalannya, tetapi kadang-kadang beliau kecundang di dalam ujian apabila berhadapan dengan fitnah dunia dan harta. Apabila ditawarkan kepadanya pangkat yang tinggi atau pun harta yang banyak, maka terngangalah mulutnya, melelehlah air liurnya serta hilanglah pertimbangannya, dan mulailah lupa terhadap perkara yang diserunya dahulu. Tidak ada yang dapat memeliharanya daripada yang demikian itu melainkan dengan berdoa kepada Allah supaya ia menetapkan kaki-kaki kita dan mempertautkan hati-hati.

 

Tabiat jalan dakwah dan keperluan terhadap thabat:

                Sesungguhnya permintaan Al-Imam asy-syahid serta penekanannya terhadap rukun thabat merupakan satu perkara yang mesti. Ini adalah kerana tabiat jalan dakwah ini memestikannya (memerlukannya). Beliau begitu bersungguh-sungguh menerangkan kepada Ikhwan dan kepada sesiapa yang mahu beramal untuk Islam, tentang tabiat jalan ini supaya meraka berada di dalam keadaan yang jelas tentang perkara ini dan supaya ia tidak hidup di dalam khayalan.

 

Apakah tabiat jalan ini?

                Beliau berkata: “Jalan ini jauh jaraknya dan mempunyai berbagai-bagai marhalah serta banyak halangannya“.

* Beliau banyak menyebut di dalam risalah-risalahnya tentang matlamat Ikhwan, peranan, wasilah serta manhaj dan juga persiapan mereka.

                Seorang al-akh muslim hendaklah mengenali perkara itu supaya dapat memahami ketinggian matlamat-matlamatnya serta kebesaran peranannya. Demikian juga tentang wasilah-wasilah, manhaj-manhaj serta persiapan yang semestinya ada untuk melaksanakan perkara tersebut sehingga ia berada di dalam kejelasan; adakah jalan ini panjang atau pendek? Khususnya di masa ini yang mana umat telah lama lena sejak lebih daripada satu kurun.

* Demikian juga beliau telah menerangkan tentang marhalah-marhalah dakwah ada tiga :

1. Marhalah ta’rif (pengenalan).

2. Marhalah takwin (pembentukan).

3. Marhalah tanfiz (perlaksanaan).

                Bagi tiap-tiap marhalah mempunyai tuntutannya sendiri yang berhajatkan kepada pengorbanan dan persediaan, sabar, tanggungjawab, ketenangan dan pemerahan fikiran…..

* Beliau telah menceritakan tentang halangan-halangan yang merentangi al-akh di dalam perjalanannya dengan penjelasan yang terang seraya berkata:

* Kejahilan umat terhadap hakikat Islam akan menjadi batu penghalang di atas jalan kamu.

* Kamu akan mendapati ahli agama daripada ulamak-ulamak resmi menganggap asing terhadap kefahamanmu terhadap Islam seterusnya mengingkari jihad kamu di jalannya.

* Pemimpin-pemimpin, ketua-ketua serta orang-orang yang mempunyai pangkat dan kekuasaan akan berhasad dengki terhadapmu.

* Semua kerajaan akan bersama-sama dan bersatu menghadapimu.

* Semua kerajaan akan mencuba untuk menghadkan kegiatanmu dan akan meletakkan halangan-halangan di jalanmu.

* Perampas-perampas (kuasa-kuasa asing) akan menunggu di setiap jalan bagi menentang kamu serta memadamkan cahaya dakwahmu.

* Mereka akan meminta kerjasama daripada negara lemah dan mempunyai akhlak yang tidak bermaya yang meminta pertolongan dari mereka, untuk melakukan kejahatan serta permusuhan terhadapmu.

* Semua akan bangkit menabur debu-debu syubhat, zalim dan melemparkan berbagai-bagai tuduhan buruk terhadap dakwahmu.

* Mereka akan cuba untuk menempelkannya dengan segala kekurangan, dan menjelaskannya kepada manusia di dalam gambaran yang paling buruk, dengan menuggunakan kekuatan, kekuasaan dan harta-harta mereka.

Maksudnya: “Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah, dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mengkehendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya“. (Surah At-Taubah: 32)

* Tidak syak lagi kamu akan berada di lapangan percubaan dan ujian, maka kamu akan dipenjarakan dan dibelenggu, kamu akan dipindahkan dan dibuang negeri, diperas kemaslahatan kamu, digagalkan kerja-kerja kamu, serta diperiksa rumah-rumah kamu. Mungkin jarak waktu ujian ini adalah panjang.

Maksudnya: “Apakah manusia menyangka ia ditinggalkan begitu saja dengan mengatakan bahawa `aku telah beriman’ sedangkan ia tidak diuji?” (Surah Al-’Ankabuut: 2)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sukakah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu berjihad dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu megetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggi yang baik di dalam syurga `Adn. Itulah keuntungan yang besar. Dan ada lagi kurniaan yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Hai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”. Lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir, maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang“. (Surah As-Saff: 10-14)

                Maksudnya: “Adakah kamu bercita-cita untuk terus menjadi penolong-penolong agama Allah?” (Majmu’atur Rasail – Risalah di antara semalam dan hari ini: 143

                Inilah satu gambaran daripada tabiat jalan ini dan perkara yang terkandung di dalamnya, panjangnya, marhalah-marhalahnya serta rintangan-rintangannya. Sesungguhnya tidak syak lagi bahawa kejayaan di dalam melepasinya sangat berhajat kepada thabat.

 

Waktu merupakan sebahagian daripada rawatan:

                Ini adalah kata-kata hikmat yang semestinya dikuasai oleh setiap orang yang berjalan di atas jalan dakwah khususnya di dalam suasana sekarang ini yang mana semua umat-umat kafir menyerbu ke atas muslimin. Mereka mahu menghancur, merubah dan mengeluarkan umat Islam daripada Islam dengan mengambil kesempatan terhadap kelemahan muslimin di dalam banyak bidang yang asasi untuk membangun. Sesungguhnya kebanyakan negara ummat Islam dijangkiti oleh penyakit-penyakit yang membunuh serta wabak-wabak yang menyusahkan. Sesungguhnya rawatan terhadap suasana ini bukanlah secara tiba-tiba sahaja, bukan juga dengan sentuhan sihir, kerana perkara yang seperti ini bertentangan dengan sunnah Allah di dalam alam ini.

Maksudnya: “Kamu tidak akan mendapati bagi sunnah Allah itu ditukarganti dan kamu tidak akan mendapati sunnah Allah itu perubahan“. (Surah Faatir: 43)

                Bahkan rawatan berhajatkan kepada tiga perkara :-

1- Mengetahui sarang penyakit.

2- Sabar terhadap kesakitan-kesakitan semasa rawatan.

3- Doktor yang pakar di dalam mengendalikannya sehingga Allah melasanakan matlamatnya di tangan doktor pakar tersebut sehingga sembuh dengan sempurna.

                Perkara ini semuanya berhajatkan kepada waktu, dan waktu berhajatkan kepada sabar. Maka tidak ada tempat bagi orang yang bersemangat dan tergesa-gesa dan juga bagi orang yang mempunyai jiwa yang lemah.

 

Balasan thabat:

                Sesungguhnya thabat merupakan satu bebanan yang besar. Oleh yang demikian balasannya besar juga. Maka Allah swt bersama-sama dengan hambaNya yang thabat dengan memebelainya, meringankan bebannya dan melapangkan dadanya…., kemudian memberi kemenangan kepadanya dan mendekatkannya dengan Allah di dalam syurga-syurga dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa.

                Maka perhatikanlah firman Allah swt :

Maksudnya: “Dan ingatlah (wahai para muhajirin), ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Makkah), kamu takut orang-orang (Makkah) akan mencolek kamu, maka Allah beri kamu tempat menetap (di Madinah) dan dijadikannya kamu kuat dengan pertolonganNya dan diberikan kamu rezki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur“. (Surah Al-Anfaal: 26)

                Dan firman Allah swt :

Maksudnya: “Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan : “Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebihan di dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan mereka pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan“. (Surah Ali ‘Imraan: 146-147)

                Beruntunglah sesiapa yang thabat, beruntunglah sesiapa yang thabat, beruntunglah sesiapa yang thabat.

 

Pendirian-pendirian yang `amali

                Sesungguhnya Allah telah memberi taufiq kepada Ikhwan di dalam membawa panji-panji dakwah, thabat di dalam menjulangnya walau pun berhadapan dengan ujian-ujian, siksaan dan tawaran-tawaran, sekalipun mereka mengahdapi serangan yang membabi-buta.

                Mereka hidup di dalam thabat yang `amali, bukannya slogan dan teori.

                Oleh kerana inilah, mereka tahan lasak dalam menghadapi toghuut-toghuut dalaman dan luaran serta menentang orang-orang sekular sebagaimana penentangan mereka terhadap perampas dan pelampau. Mereka membezakan di antara orang yang melampaui batas di bumi Islam dan mereka yang melampaui batas terhadap syariat Islam. Oleh itu, mereka mengharungi peperangan bagi membebaskan bumi sebagaimana mereka terlibat di dalam pertempuran mentahkimkan syariat Allah.

                Darah mereka mengalir di tangan orang-orang kafir Yahudi dan Inggeris sebagaimana ianya mengalir di tangan orang-orang yang curang yang bertopengkan nama-nama muslimin. Mereka melepaskan syuhada’ ke bumi Palestin dan Terusan Suez di medan peperangan sedangkan syuhada’ yang seperti mereka di bumi Liman. (Tempat penjara tentera yang masyhur di Mesir. Di situlah ramai pendokong Ikhwan Muslimin yang diseksa dan dibunuh, gugur di kubu-kubu dan penjara-penjara perangan dan lain-lain lagi di medan penyiksaan.

                Berapa banyak percubaan dari kuasa-kuasa luar dan dalam orang yang mempunyai kekuatan, secara nyata atau pun yang berselindung, untuk membeli Ikhwan dengan harta dan pangkat, agar dengan itu, mereka dapat menguasai pergerakannya. Tetapi mereka tidak mendapat peluang terhadap Ikhwan dan tidak juga mendapat perhatian dari Mursyid Amnya. Mereka hanya menerima penolakan yang tegas dan jawapan yang putus:

Maksudnya: “Apakah patut kamu menolongku dengan harta? Maka apa yang diberikan oleh Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu“. (Surah An-Naml: 36)

                Sudah berapa banyak, kuasa-kuasa ini kembali kepada uslub ancaman selepas gagalnya uslub memberikan janji-janji manis. Mereka mula menggunakan amaran selepas tidak berjaya dengan uslub tawaran. Namun uslub mengancam tidaklah lebih berjaya dari uslub memberikan janji-janji manis. Kedua-dua anak panah tersebut kembali semula ke leher tuannya.

                Kuasa-kuasa yang berharap dan takut itu tidak mendapati melainkan keazaman yang teguh serta thabat di atas jalan dakwah sekalipun mereka diancam dengan api dan kemusnahan ataupun diberikan janji manis dengan meletakkan matahari di tangan kanan dan bulan di tangan kiri.

                Penolakan yang tegas ini serta pendirian yang teguh terhadap persoalan Islam dan muslimin, penolakan kepada setiap percubaan untuk bertolak ansur terhadapnya atau pun mencuaikannya, inilah yang sentiasa mendedahkan harakah kepada tipu daya musuh serta pakatan jahat terhadapnya, bahkan kalau boleh mereka mahu menghapuskannya sama sekali. Inilah rahsia disebalik ujian-ujian yang teruk dan berterusan, hentaman-hemtaman yang ganas dan bersambung-sambung yang menjadikan jamaah tidak lekang daripada menerima ujian-ujian.

                Walaupun begitu, pendirian Ikhwan tetap tidak goyang dengan pujuk rayu serta ancaman sebelum datangnya ujian, begitu juga ketika diuji dan selepas diuji. Sesungguhnya mereka telah bersabar dengan kesabaran rijal dan thabat dengan thabat pahlawan. Sekiranya saudara mahu saudara boleh mengatakan:

Thabat seorang mukmin yang benar terhadap apa yang mereka janjikan kepada Allah“. (Tabiyyah Islamiayyah dan Madrasah Hasan Al-Banna karangan Dr. Yusuf Al-Qardhawi: 47-48)

                Di atas jalan inilah, semestinya seorang muslim itu lalu, tanpa berpaling kepada orang-orang yang gugur di kiri kanan jalan. Kita tidak menaruh simpati ke atas jamaah kalau di sana ada orang yang tidak bekerja atau gugur, tetapi kita hanya bersimpati terhadap orang yang tidak thabat kerana mereka tidak mendapat keberkatan jamaah, kebaikan dan kemuliaan yang tinggi dengan meneruskan perjalanan bersamanya.

                Seorang muslim di dalam perjalannya tidak mengendahkan panjangnya perjalanan kerana beliau mengetahui bahawa matlamatnya besar (mendirikan negara Islam dan khilafah Islamiyyah). Dengan itu kita ambil kembali bumi Islam yang telah dirampas terutamnya Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Kita membuka ufuk baru untuk agama Allah di muka bumi ini sebagaimana firman Allah :

Maksudnya: “Sehingga tidak ada fitnah lagi dan jadilah agama ini semuanya bagi Allah“.

                Matlamat yang besar ini umurnya tidak diukur dengan umur peribadi tetapi berdasarkan kepada umur dakwah dan ummat. Jangan benarkan putus asa memasuki diri. Perkara yang dituntut ialah membuang timbunan perkara-perkara yang bercanggah dan menyeleweng, kejahilan, bid’ah, lemah diri, dan sebagainya bagi mendirikan bangunan di atas asas yang kukuh dan unsur-unsur padu daripada tentera aqidah.

                Perkara yang menolong seorang muslim untuk memikul amanah yang memerlukan thabat dan masa yang panjang ialah iman yang kuat dan persaudaraan yang benar. Iman akan menerangi jalan serta memeliharanya daripada penyelewengan, manakala persaudaraan akan membentengi langkah-langkah di atas jalan dakwah ini.

                Wahai Tuhan yang membalikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.

 

 

Rukun Ke-8 – Tajarrud

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Kelapan– Tajarrud

 

                IMAM ASY-SYAHID BERKATA: “YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN “TAJARRUD” IALAH SAUDARA MEMBEBASKAN DIRI DARI PRINSIP-PRINSIP DAN INDIVIDU-INDIVIDU YANG LAIN DARI FIKRAH SAUDARA, KERANA FIKRAH SAUDARA ADALAH FIKRAH YANG PALING TINGGI DAN LENGKAP.

                FIRMAN ALLAH SWT:

                MAKSUDNYA : “CELUPAN ALLAH, MAKA SIAPAKAH YANG LEBIH BAIK CELUPANNYA SELAIN DARI ALLAH“. (Surah Al-Baqarah: 137)

                FIRMAN ALLAH :

                MAKSUDNYA : “ADALAH BAGI KAMU PADA KISAH NABI IBRAHIM DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA TAULADAN YANG BAIK, KETIKA MEREKA BERKATA KEPADA KAUM MEREKA : “KAMI BERLEPAS DIRI DARIPADA KAMU DAN APA YANG KAMU SEMBAH SELAIN ALLAH, KAMI MENGINGKARI (KEKUFURAN) KAMU DAN TELAH NYATA ANTARA KAMI DAN KAMU PERMUSUHAN SERTA KEBENCIAN BUAT SELAMA-LAMANYA. SEHINGGALAH KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH SAHAJA“. (Surah Al-Mumtahanah: 4)

                GOLONGAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN AL-AKH YANG SEBENARNYA TERBAHAGI KEPADA ENAM KUMPULAN : MUSLIM YANG BERJUANG, MUSLIM YANG BERDIAM DIRI, KEFIR ZIMMI ATAU MU’AHID, KAFIR MUHAYID, DAN KAFIR HARBI. SETIAP GOLONGAN INI TELAH DIJELASKAN HUKUM-HUKUMNYA MENGIKUT NERACA ISLAM. DARI PEMBAHAGIAN INILAH SETIAP INDIVIDU ATAU JAMAAH DINILAI SAMADA IANYA BOLEH DIBERI WALA’ ATAU DIJADIKAN SETERU”.

 

KETERANGAN:

Pengertian Tajarrud

Di segi bahasa

Juradah :  yang dikupas daripada sesuatu.

Tajrid  : Tidak berpakaian.

Tajarrud : Bersungguh sungguh di dalam sesuatu urusan.

Dari segi syarak : Membebaskan diri dalam beribadat kepada Allah dari yang selainNya. Gerak diam, samada secara rahsia ataupun terang-terangan hanyalah semata-mata kerana Allah dan  tidak dicampur adukkan dengan hawa nafsu, ikutan, kebanggan dan kekuasaan.

                Firman Allah :

Maksudnya: “Adalah bagi kamu pada kisah nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya teladan yang baik, ketika mana mereka berkata kepada kaum mereka: “Kami berlepas diripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, kami mengingkari (kekufuran) kamu dan telah nyata diantara kami dan kamu permusuhan serta kebencian buat selama-lamanya. Sehinggalah kamu beriman kepada Allah sahaja“. (Surah Al-Mumtahanah: 4)

                Nabi Ibrahim a.s dan para pengikutnya dengan pendirian ini telah tajarrud penuh dari kaum mereka yang terdiri dari bapa-bapa, anak-anak dan ahli keluarga mereka. Mereka tajarrud dari kaum tersebut dan berhala-berhala mereka. Di samping itu mereka juga mengingkari kebatilan yang menyesatkan serta menjauhkan diri dari golongan yang menyembah berhala dan golongan yang mengadakan sekutu bagi Allah.

                Al-Imam asy-syahid berkata:

                “Tajarrud ialah saudara membebaskan diri dari prinsip-prinsip dan peribadi-peribadi yang lain dari fikrah saudara dan membulatkan diri untuk fikrah saudara kerana fikrah tersebut adalah fikrah yang paling tinggi dan lengkap“.

                Firman Allah:

                Maksudnya: “Celupan Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya selain dari Allah dan kepadanyalah kami mengabdikan diri“. (Surah Al-Baqarah : 178)

 

Mizan

                Di antara tanda-tanda sifat tajarrud yang sebenar ialah: Seseorang itu meletakan dakwah sebagai neraca penimbang ke atas individu, jamaah dan setiap perkara serta menentukan pendiriannya terhadap semua itu berdasarkan kepada mizan tersebut.

                Di kalangan umat Islam terdapat golongan mujahid: Kita mengasihi, menolong, menziarahi, memenuhi keperluan dan memperbaiki hubungan dengan mereka.

                Di sana juga terdapat golongan muslim yang berdiam diri: Kepada mereka ini kita hidupkan kesungguhan mereka dan berusaha menasihati mereka di samping memaafkan kelemahan-kelemahan yang

terdapat pada diri mereka.

                Golongan yang seterusnya pula ialah: Mereka yang melakukan dosa, kepada mereka kita berikan peringatan dan pengajaran serta menyeru supaya kembali kepada Allah.

                Golongan terakhir ialah golongan kafir zimmi: Mereka ini tidak memutuskan perjanjian dan tidak menimbulkan permusuhan dengan golongan muslim. Bagi golongan ini, kita hendaklah bertoleransi dan berlaku adil. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama seperti kita di dalam negara.

                 Beginilah pendirian mereka yang memiliki sifat tajarrud terhadap golongan manusia. Pendirian mereka ditentukan berdasarkan tajarrud dan ikhlas mereka kepada dakwah.

                Sifat tajarrud amat perlu bagi saf mu’min yang bekerja dan ianya merupakan salah satu rukun penentu kepada kejayaan da’wah. Tanpanya al-akh tidak akan dapat melaksanakan peranannya dengan sempurna.

                Ustaz Al-Maududi r.a. berkata:

                “Sesungguhnya daulah fikriah yang diseru oleh rijal-rijal yang bersifat benar, lemah lembut, bersih hati, ikhlas di dalam amal, berpegang teguh dengan prinsip serta tajarrud dari kebendaan dan tuntutan syahwat tentulah ianya menjanjikan kebahagiaan dan kesejahteraan yang berterusan kepada manusia. Di sana terdapat hati-hati yang mempunyai sedikit kebaikan akan tertarik kepada da’wah ini“. (Kitab Pandangan Islam dan Petunjuknya: 84)

                Di antara tanda-tanda tajarrud yang seterusnya ialah: Mengorbankan jiwa pada jalan Allah. 

Maksudnya: “Syaddad b. Al Had telah berkata: Telah datang seorang Arab Badwi kepada nabi s.a.w., lalu dia beriman dan menjadi pengikut baginda. Dia berkata: “Adakah aku perlu berhijrah bersama RasululLah s.a.w?. Lalu sahabatnya berpesan agar berbuat demikian. Apabila berlaku peperangan Khaibar RasululLah s.a.w. telah mendapat harta rampasan perang lalu baginda membahagikan harta tersebut.  Baginda menyerahkan bahagian orang Badwi tersebut kepada para sahabat agar diberikan kepada beliau. Beliau adalah pengembala unta-unta mereka. Apabila si Badwi itu datang, bahagian itu diserahkan kepadanya. Beliau lantas bertanya: “Apakah ini?” Sahabat-sahabat menjawab: “Inilah bahagian harta rampasan perang yang diberikan oleh RasululLah kepada kamu”. Beliau mengambil harta tersebut dan pergi berjumpa dengan RasululLah seraya berkata: “Apakah ini wahai RasululLah? baginda menjawab: “Inilah bahagian yang telah ku berikan kepada mu”. Badwi itu menjawab : “Bukan kerana ini aku mengikuti ajaran mu, tetapi sebaliknya aku mengikuti mu supaya aku dipanah di sini (mengisyaratkan kepada halqumnya) dan dengan itu aku dapat memasuki syurga”. Baginda bersabda: “Sekiranya engkau berkata benar nescaya Allah akan membenarkannya”. Kemudian para sahabat berangkat ke medan perang memerangi musuh. Di dalam peperangan tersebut Badwi itu mati terbunuh (syahid) lalu mayatnya di bawa kepada nabi s.a.w., lantas baginda bersabda:”Benarkah ini dia? Sahabat-sahabat menjawab: “Ya”. Sabda RasululLah s.a.w.:”Dia membenarkan Allah lantas Allah menerimanya“. (Sunan An-Nasaai – Kitab Jenazah – Bab solat ke atas syuhada’: 4/60)

                Sesungguhnya sesiapa yang menerima keagongan Islam yang dibentangkan oleh Al Quran dan As-sunnah, mengakui bahawa Islam adalah ajaran yang benar dan tidak ada selepas kebenaran itu melainkan kesesatan, mestilah bertajarrud untuk Allah dan tunduk patuh melaksanakan segala suruhanNya. Di samping itu, beliau juga mesti menjalankan kehidupannya mengikut hukum dan perintah Allah.

                Sesungguhnya sesiapa yang berhasrat untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini, mestilah menegakkannya di dalam diri, jiwa dan kehidupan mereka terlebih dahulu samada dalam bentuk aqidah, akhlak, ibadah mahupun suluk. Alangkah tepatnya ungkapan yang di laungkan oleh Mursyidul ‘Am Hassan Al-Hudhaibi r.a: “Wahai Ikhwan, tegakkanlah daulah Islamiah di dalam hati-hati kamu, nescaya akan tertegaklah daulah Islamiah itu di bumi kamu“.

                Di antara contoh tajarrud yang sebenarnya ialah: Sifat Abu Bakar Assidhiq r.a.: Beliau telah membelanjakan hartanya untuk menyelamatkan golongan manusia yang diseksa dan lemah di Mekkah. Dia juga melindungi orang-orang asing yang memberi baiah, yang thabat, tajarrud serta mengikhlaskan diri kepada Allah. Lantas turun ayat Al Quran yang memberikan berita gembira kepada Abu Bakar kerana amalan tersebut yang dilakukannya hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

                Firman Allah:

Maksudnya: “Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling bertaqwa dari neraka itu, iaitu mereka yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seseorang pun memberikan suatu ni’mat kepadanya yang harus di balasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi,dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan“. (Surah Al-Lail: 17-21)

                Sebenarnya pendirian Abu Bakar dalam hal ini tidak terkira banyaknya. Suatu ketika apabila beliau ditanya: “Adakah kamu ada meninggalkan sesuatu untuk keluarga kamu?” Maka beliau menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”. (Nurul Yaqin – Perang Tabuk: 245)

                Daripada sikap Abu Bakar dalam masa yang penuh kesusahan ini kita dapat mengambil beberapa pengajaran yang bermanfaat:

Pertama: Sifat tajarrudnya dari semua harta hanya kerana Allah semata-mata.

Kedua: Sifat tawakkalnya yang mutlak kepada Allah berdasarkan kata-katanya: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya”.

Ketiga: Menjelaskan bahawa harta itu sebenarnya milik Allah dan beliau hanyalah sebagai wakilNya sahaja.

Rukun Ke-9 – Ukhuwwah

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Kesembilan– Ukhuwwah

 

                AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:

                “YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN UKHUWWAH (PERSAUDARAAN) IALAH: HATI DAN JIWA TERIKAT DENGAN IKATAN AQIDAH. AQIDAH MERUPAKAN IKATAN YANG PALING KUKUH DAN BERNILAI. UKHUWWAH ADALAH SAUDARA IMAN, SEMENTARA PERPECAHAN PULA ADALAH SAUDARA KUFUR. KEKUATAN YANG PERTAMA IALAH KEKUATAN PERPADUAN DAN TIDAK ADA PERPADUAN TANPA KASIH SAYANG. DARJAT KASIH SAYANG YANG PALING RENDAH IALAH KESEJAHTERAAN JIWA TERHADAP SAUDARA SEISLAM DAN DARJAT YANG PALING TINGGI IALAH MENGUTAMAKAN  ORANG LAIN DARI DIRI SENDIRI. FIRMAN ALLAH:

                MAKSUDNYA: “DAN SESIAPA YANG DIPELIHARA DARI KEBAKHILAN DIRINYA, MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG“.

                AL-AKH YANG BENAR, MERASAKAN SAUDARANYA LEBIH UTAMA DARI DIRINYA SENDIRI KERANA JIKA SEKIRANYA BELIAU TIDAK BERSAMA MEREKA, SUDAH TENTU BELIAU TIDAK AKAN BERSAMA DENGAN ORANG LAIN. SEMENTARA SAUDARA-SAUDARANYA, SEKIRANYA TIDAK BERSAMA DENGAN BELIAU, MEREKA TENTU AKAN BERSAMA DENGAN ORANG LAIN. SESUNGGUHNYA SERIGALA HANYA MEMAKAN KAMBING YANG TERPISAH DARI KUMPULANNYA. ORANG MUKMIN DENGAN ORANG MUKMIN YANG LAIN DIIBARATKAN SEPERTI SATU BINAAN YANG SALING KUKUH-MENGUKUH DI ANTARA SATU SAMA LAIN.

                FIRMAN ALLAH:

                MAKSUDNYA : “ORANG MUKMIN ITU LELAKI DAN WANITA SEBAHAGIANNYA MENOLONG SEBAHAGIAN YANG LAIN“.

                SIKAP BEGINILAH YANG SEPATUTNYA WUJUD DI DALAM DIRI KITA.

 

KETERANGAN:

Pengertian Ukhuwwah:

œ              Ukhuwwah merupakan satu anugerah Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas dan penolong-penolongnya serta tentera-tenteranya yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah.

                Firman Allah :

Maksudnya: “Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mukminin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana“. (Surah Al-Anfaal: 62-63)

                Ia juga merupakan kekuatan iman yang mewarisi perasaan yang mendalam dengan sifat kasih sayang, lemah lembut dan hormat-menghormati dan saling percaya-mempercayai di antara kita dengan setiap orang yang mempunyai hubungan aqidah tauhid dan manhaj Islam yang abadi. Sifat-sifat berikut lahir di dalam hubungan tersebut iaitu: Tolong menolong, mengutamakan orang lain dari diri sendiri, kesihan belas, pemaaf, bertoleransi dan bantu-membantu. Ukhuwwah juga merupakan satu perkara yang melazimi iman: Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah. Begitulah juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan. Adapun tiada ukhuwwah tanpa iman, ini dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam firmanNya:

               Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara“. (Surah  Al-Hujuraat: 10)

                Dalam ayat yang lain Allah S.W.T menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa takwa. Firman Allah :

Maksudnya : “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa“. (Surah Az-Zukhruf: 67)

                Seseorang itu tidak akan dapat merasai kemanisan iman melainkan apabila dia mempunyai sifat ukhuwwah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

               Maksudnya: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya, sesungguhnya dia dapat mengecapi kemanisan iman: Hendaklah dia menyintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain, mengasihi seseorang kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka“. (Fathul Bari: 1/7 no: 16)

 

Kedudukan rukun ukhuwwah:

                Allah s.w.t telah memberikan gambaran yang istimewa untuk ummat Islam sebagaimana firmannya :

Maksudnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan sahabat-sahabat yang bersamanya bersifat keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya. Tanda-tanda tersebut kelihatan pada muka mereka kesan dari sujud“. (Al-Fath: 29)

                Inilah penjelasan Al-Quran, sesungguhnya ia menjelaskan kepada kita kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada RasululLah dan pengikut-pengikutnya. Mereka bersifat keras terhadap golongan kufur walaupun ke atas bapa-bapa, sanak saudara atau pun anak-anak mereka. Mereka berkasih sayang sesama muslim. Inilah ukhuwwah yang sebenarnya, ukhuwwah bersandarkan agama. Di sini jelaslah bahawa sifat keras itu adalah kerana Allah dan kasih sayang juga adalah keranaNya.

               Maksudnya: Dari Abu Malik Al Asy’ari r.a: Bahawa RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di kalangan manusia terdapat mereka yang bukan dari golongan anbiya’ dan bukan juga syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan syuhada’ kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah. Sahabat-sahabat bertanya: Siapakah mereka wahai RasululLah? Sabda baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ikatan silaturrahim di antara mereka dan bukan kerana harta. Demi Allah sesungguhnya muka-muka mereka adalah cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Merasa tidak takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah S.W.T:

               Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati“. (HR riwayat Ahmad: 5/343 dan ayat dari surah Yunus: 62)

               Maksudnya: Imam Malik telah meriwayatkan daripada nabi s.a.w, baginda bersabda Allah s.w.t berfirman: “Telah wajib kecintaanku bagi orang yang berkasih sayang di jalanKu, yang berhimpun keranaKu, yang saling ziarah menziarahi dijalanKu dan saling berbelanja di jalanKu“. (Al-Muwatta’: 2/954 – Kitab Asy-syi’r – Bab: Menerangkan tentang kelebihan orang berkasih sayang kerana Allah)

                Imam Muslim pula meriwayatkan daripada nabi s.a.w: “Bahawa seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung, semasa dalam perjalanan Allah s.w.t. mengutus seorang malaikat kepadanya. Apabila mereka bertemu, malaikat berkata: Kemana saudara hendak pergi? Jawab lelaki itu : Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini. Malaikat itu berkata: Adakah kerana kesenangan yang kamu dapat daripadanya maka kamu berusaha memelihara hubungan tersebut. Jawab lelaki itu: Tidak, melainkan aku mengasihinya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku ini utusan Allah kepada kamu dan Allah telah mengasihi mu sebagaimana kamu mengasihi saudaramu keranaNya“. (HR Muslim 4/1988 no: 2567)

                Di antara keistimewaaan jamaah Ikhwan Muslimin daripada jamaah-jamaah yang lain ialah sifat ukhuwwah kerana Allah yang sebenarnya. Tahap ukhuwwah itu kalau tidak sampai ke peringkat ithaar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri) sekalipun, maka ianya adalah yang paling hampir ke martabat tersebut di sudut pratikal dan realiti. Kefahaman ukhuwwah filLah adalah di antara faktor penting yang menetapkan jamaah Ikhwan di dalam menghadapi tribulasi dan ianya salah satu sebab kekuatan jamaah ini. Sebahagian manusia menyangka nilai ukhuwwah itu boleh dilemahkan atau dihancurkan. Walaupun mereka dibunuh, namun ukhuwwah tetap menjadikan saf ini bertambah tinggi dan teguh.. Kadang kala berlaku perselisihan dan pertentangan pendapat di kalangan mereka tetapi suasana ukhuwah yang telah ada tetap berkekalan dan tidak tercemar sedikit pun. Kadang-kadang syaitan datang melemparkan was-was kerana dia amat benci melihat manusia bersatu di bawah satu pendapat. Oleh itu dia sentiasa menghasut manusia supaya berpecah belah. Allah telah memberi peringatan di dalam hal ini dengan berfirman:

               Maksudnya: “Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan perkatan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia“. (Surah Al-Israa’: 52)

                Al-Imam asy-syahid telah pun mengariskan martabat-martabat ukhuwah, beliau berkata: Martabat ukhuwwah yang paling rendah selamat jiwa terhadap saudara seIslam dan martabatnya yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Peliharalah sikap berlapang dada terhadap saudara-saudaramu dan bermujahadahlah bersama sahabat-sahabatmu untuk sampai ke tahap ithar. Cuai atau meninggalkan rukun ini, samalah hukumnya dengan meninggalkan jihad yang menyebabkan akibat yang buruk. Sekiranya seorang individu itu tidak memiliki martabat ukhuwwah yang paling rendah, maka bermulalah perpecahan dan pertelingkahan serta ianya membuka jalan kepada kekalahan.  Firman Allah:

               Maksudnya: “ Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan“. (Surah Al-Anfaal: 46)

                Tepatlah apa yang dinyatakan oleh Al-Imam asy-syahid kepada Ikhwan: “Berkasih sayanglah sesama kamu dan peliharalah ukhuwah kerana ianya rahsia kekuatan dan kemenangan kamu. Hendaklah kamu berterusan di dalam keadaan demikian, sehingga Allah datangkan kemenangan bagi kamu dan agamamu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi kemenangan“.

Rukun Ke-10 – Tsiqah

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Rukun Kesepuluh– Tsiqah

 

AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:

“YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN THIQAH IALAH IALAH KEYAKINAN SEORANG JUNDI (PENDAKWAH) TERHADAP QIADAH (PEMIMPIN) PADA KEMAMPUAN DAN KEIKHLASANNYA, DENGAN KEYAKINAN YANG MENDALAM SEHINGGA AKAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN DAN KETAATAN.

FIRMAN ALLAH TAALA:

MAKSUDNYA: “MAKA DEMI TUHANMU, MEREKA (PADA HAKIKATNYA) TIDAK BERIMAN, SEHINGGALAH MEREKA MENJADIKAN KAMU HAKIM TERHADAP PERKARA YANG MEREKA PERSELISIHKAN, KEMUDIAN MEREKA TIDAK MERASA DI DALAM HATI MEREKA SESUATU KEBERATAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG KAMU BERIKAN DAN MEREKA MENERIMA DENGAN SEPENUHNYA“. (Surah Al-Isra’: 52)

QIADAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI DAKWAH. DAKWAH TIDAK AKAN WUJUD TANPA QIADAH. KEKUATAN SISTEM JAMMAH, KEKEMASAN STRATEGINYA, KEJAYAANNYA MENUJU MATLAMAT DAN KEUPAYAANNYA MENGHADAPI SEGALA BENTUK HALANGAN SERTA KESUSAHAN SANGAT BERGANTUNG KEPADA SEJAUH MANA TIMBAL BALIK THIQAH DI ANTARA QIADAH DAN JUNDI.

FIRMAN ALLAH TAALA:

MAKSUDNYA: “TAAT DAN MENGUCAPKAN PERKATAAN YANG BAIK ADALAH LEBIH BAIK BAGI MEREKA“. (Surah Al-Anfal: 46)

DALAM DA’WAH IKHWAN, QIADAH MEMPUNYAI HAK SEORANG BAPA DI SUDUT IKATAN HATI, HAK SEORANG USTAZ DI SUDUT MEMBERI ILMU, HAK SEORANG SEORANG SHAIKH DI SUDUT PENDIDIKAN ROHANI DAN HAK SEORANG PEMIMPIN DI SUDUT SIASAH DAN POLISI UMUM DA’WAH. DA’WAH KITA MERANGKUMI SEMUA MAKNA-MAKNA INI”.

  

KETERANGAN:

Sesungguhnya musuh-musuh Islam sememangnya mengetahui bahawa Islam adalah musuh ketat mereka. Sejarah dahulu dan sekarang telah mengajar mereka bahawa jika sekiranya umat Islam mengetahui jalannya ke arah Islam yang sebenar, maka ini bererti kuasa mereka akan tergugat. Mereka sebenarnya tidak takut kepada Islam yang lemah yang tidak mempunyai kehebatan dan kekuatan, tetapi apa yang mereka gerun ialah Islam yang sebenarnya, bersifat haraki, yang berjuang serta bertindak memperlengkapkan kekuatan umat serta menggabungkan saf-saf mereka di dalam menghadapi musuh.

Apabila kamu mengetahui wahai Ikhwan, dakwah kamu merupakan perhimpunan yang berasaskan aqidah, pergerakan besar yang bangkit menentang musuh dan mengancam untuk menghancurkan segala perancangan mereka, secara tabi’e (semulajadi) mereka akan menghala segala kekuatan mereka ke arah kamu, walau dengan apa cara sekali pun untuk memerangi dan menghancurkan kamu.

Wasilah yang paling bahaya yang dipergunakan oleh musuh ialah menghancurkan da’wah dari dalam, dengan cara menghilangkan thiqah di antara jundi dan qiadah, sehingga da’wah tersebut menghadapi musuhnya dalam keadaan berpecah.

Apabila jundi telah hilang thiqah terhadap qiadah, pastilah ketaatan tidak akan wujud. Tanpa thiqah maka tidak wujud lagi qiadah maupun jamaah.

 Kerana itulah Al-Imam asy-syahid di dalam “Risalah Taa’lim” telah menjadikan thiqah, salah satu daripada sepuluh rukun baiah. Beliau menjelaskan kepada Ikhwan kepentingan thiqah ini demi menjaga kesatuan jamaah.

Al-Banna berkata:

……Dakwah tidak wujud tanpa qiadah, sejauh mana timbal balik thiqah di antara pemimpin dan jundi merupakan kekuatan bagi sistem jamaah dan kekemasan strategi bagi mencapai matlamatnya serta mengatasi halangan- halangannya. Allah berfirman:

Maksudnya: “Taat dan mengucapkan perkataan yang baik adalah lebih baik bagi mereka“. (Surah   Muhammad: 20-21)

Thiqah terhadap Qiadah, terlalu penting untuk kejayaan dakwah.))

Qiadah yang mesti diberi thiqah, tidak disyaratkan seorang yang paling kuat, a’lim dan fasih, kerana ia terlalu  sukar dicapai oleh kebanyakkan orang selepas RasululLah s.a.w.  Cukuplah untuk melantik pemimpin mereka, apabila para Ikhwan menganggapnya sebagai seorang yang paling mampu untuk membawa amanah yang berat ini.

Seandainya seorang akh melihat satu-satu kelebihan tidak di miliki oleh qiadahnya, tetapi terdapat pada dirinya atau saudaranya yang lain, maka hendaklah al-akh tersebut menyerahkan kebolehan itu mengikut bicara qiadah. Kebolehan itu boleh menjadi satu pertolongan kepada qiadah dan jamaah dan bukannya sebagai serangan.

Semoga saudara masih teringat peristiwa Abu Bakar bersama ‘Umar, selepas kewafatan RasululLah s.a.w. .

‘Umar berkata kepada Abu Bakar: “Hulurkan tanganmu supaya ku baiahkan”. Abu Bakar menjawab: “Sepatutnya aku membaiahkan kamu”. ‘Umar berkata: “Kamu lebih baik daripada aku”. Abu Bakar pula menjawab:”Engkau lebih kuat daripadaku”. ‘Umar berkata: “Kekuatanku untukmu bersama dengan kelebihanmu”.

‘Umar telah membuktikan kekuatannya digunakan untuk membantu, menyokong dan menguatkan Abu Bakar.

Oleh itu apabila ditanya kepada Al-Imam asy-syahid: “Apabila kamu telah tiada bersama kami, siapakah yang sepatutnya kami lantik?” Beliau menjawab: “Wahai Ikhwan, lantiklah orang yang paling lemah di kalangan kamu, kemudian dengar dan patuhlah kepadanya. Dia akan menjadi paling kuat apabila kamu bersamanya.”

Semoga saudara teringat juga peristiwa ‘Umar berselisih faham dengan Abu Bakar di dalam masalah orang-orang yang enggan membayar zakat. Sahabat-sahabat yang besar sependapat dengan ‘Umar, iaitu tidak memerangi mereka. Namun begitu apabila ‘Umar melihat kesungguhan Abu Bakar untuk memerangi mereka, ‘Umar mengeluarkan kata-kata yang mengambarkan thiqah yang penuh terhadap Abu Bakar. ‘Umar berkata:

Maksudnya: “Demi Allah tidaklah aku melihatnya, melainkan Allah telah membuka pintu hatinya untuk memerangi mereka (orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat), dan aku tahu bahawa dia adalah benar“.

Kalaulah tidak kerana tingginya thiqah dan ketaatan Umar kepada Abu Bakar, nescaya dirinya akan merasai bahawa kebenaran bersamanya kerana beliau telah mendengar RasululLah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: “Bahawa Allah telah menjadikan kebenaran di lidah dan di hati Umar“.

Memandangkan betapa pentingnya thiqah kepada qiadah, samada dari segi pendapat dan ketetapannya, maka musuh-musuh Islam mengadakan berbagai usaha untuk meragu dan memburukkan Islam, jamaah, manhaj dan kepimpinanya. Kita dapat melihat betapa banyak pihak yang telah melaksanakan usaha-usaha ini.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap akh supaya tidak terpengaruh dengannya. Dia mestilah tenang dan thiqah kepada agamanya sebagai agama yang sebenar yang diterima, sebagai sistem yang lengkap samada di dunia ataupun akhirat. Dia hendaklah yakin dengan jamaahnya sebagai jamaah yang berada di atas jalan yang sebenar serta berpegang kepada Kitab dan Sunnah dalam setiap strategi dan wasilahnya. Beliau juga mestilah percaya bahawa qiadahnya berjalan mengikut langkah Rasulullah saw dan para sahabat, merujuk kepada Kitab Allah dalam setiap masalah yang dihadapi serta mementingkan maslahat dakwah. Menjadi kewajipan ke atas setiap akh, apabila dia mendengar sesuatu perkara, dia tidak boleh mendiamkan dirinya begitu sahaja, tetapi mestilah mempastikannya agar dadanya tenang dan mempunyai thiqah yang penuh. Ini adalah kerana menyahut seruan Allah kepada hambaNya:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa kamu mengetahui keadaannya, yang akan menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu“. (Surah Al-Hujuraat: 6)

Firman Allah Taala dalam mempersalahkan sikap segolongan manusia:

Maksudnya: “Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan (baik atau buruk), mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka merujuk kepada Rasul dan ulil amri di kalangan mereka nescaya hal itu dapat diketahui (diselesaikan) oleh orang-orang yang mampu mengambil keputusan berhubungnya (berita itu) dari kalangan mereka“. (Surah An-Nisaa’: 83)

Di sini kita memberi peringatan bahawa sebahagian akhbar atau media massa, kadang-kadang menyandarkan satu-satu pendapat kepada pimpinan jemaah secara menyeleweng atau berbeza dengan yang sebenar, bertujuan menimbulkan syak, mengurangkan thiqah dan menimbulkan suasana kelam kabut. Dalam suasana yang seperti ini akh muslim tidak harus membuat hukuman selepas membaca berita tersebut, sehingga menggoncangkan thiqahnya. Janganlah dia menyebutnya berulang kali seolah-olah dia membenarkan berita tersebut atau menganggapnya sebagai satu hakikat. Dia hendaklah memeriksanya terlebih dahulu.

Al-Imam asy-syahid berkata di dalam rukun ini: “Thiqah kepada qiadah adalah satu-satunya yang dapat menjamin kepada kejayaan da’wah, sebab itulah seorang akh yang sebenar perlu mempersoalkan dirinya dengan persoalan-persoalan berikut untuk mengukur sejauh mana thiqahnya terhadap qiadah.

1) Adakah beliau telah mengenali qiadahnya sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupi kehidupannya?

2) Adakah beliau meyakini keupayaan dan keikhlasannya?

3) Adakah beliau bersedia untuk menganggap bahawa segala perintah yang di tujukan kepadanya dari qiadah di dalam perkara yang bukan ma’siat merupakan perkara putus yang    tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh diragui, tidak boleh dicanggahi dan tidak boleh diperbincangkan di samping beliau dibenarkan untuk mengemukakan nasihat dan menunjukkan yang benar? 

4) Adakah dia bersedia membuat andaian bahawa dirinya berada  di pihak yang salah dan qiadah berada di pihak yang benar, sekiranya berlaku pertentangan di antara perintah yang diarahkan kepadanya dengan apa yang diketahuinya, dalam perkara ijtihad yang tidak ada nas syarak?                   

5) Adakah dia bersedia meletakkan seluruh corak kehidupannya di bawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya adakah pihak qiadah berhak menentukan kepentingan individunya dan kepentingan dakwah?                                    

Dengan menjawab soalan-soalan ini dan seumpamanya al akh akan dapat meyakini sejauh mana hubungannya dengan qiadah dan sejauh mana keyakinannya kepada qiadah. Dan hati manusia adalah dalam genggaman Allah, Dialah yang mentadbirkannya menurut kehendakNya.

Firman Allah:

Maksudnya: “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan mereka, akan tetapi Allahlah yang telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana“. (Surah Al-Anfaal: 63)

Usul Pertama

$
0
0

Nazarat fi Risalah Ta’alim

Oleh: Muhammad ‘Abdullah Al-Khatib

Usul 20 – Usul Pertama

 

الإسلام نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء وهو مادة وثروة أو كسب وغنى وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة كما هو عقيدة صادقة وعبادة صحيحة سواء بسواء

 Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan  dan umat. Ia adalah akhlak  dan  kekuatan  ataupun  rahmat  dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang  ataupun  keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta  ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah  yang  benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

 

Keterangan

Usul ini menegaskan tentang hakikat Islam yang penting iaitu: “Kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan”. Hakikat ini amat jelas kepada orang yang mempunyai penglihatan dan dalil-dalilnya amat banyak dari Kitab dan Sunnah.

Walaupun begitu, hakikat ini dipandang ganjil oleh kebanyakan umat Islam ketika Imam Hasan Al-Banna memulakan dakwahnya.

Ia dipandang ganjil oleh setengah persatuan-persatuan Islam. Mereka tidak menaskan bahawa dasar-dasar, matlamat dan ciri-cirinya di atas kesyumulan itu dan tidak menggambil wasilah-wasilah yang menggambarkan bahawa mereka mahu merealisasikannya di alam nyata.

 Ia dipandang ganjil oleh parti-parti politik kerana mereka memisahkan agama dari politik dan menganggap bahawa kedua-duanya adalah berlawanan dan tidak boleh bertemu. 

Ia dipandang ganjil oleh setengah-setengah ulamak walaupun dalil-dalil kesyumulan itu ada di tangan mereka dan terbentang luas di depan mata mereka. Tetapi nas-nas itu tidak mendapati hati-hati yang memahaminya atau bumi yang subur untuk ia tumbuh dan berbuah. 

Di tengah kemelut keganjilan ini, Al-Imam as-syahid menjelaskan tentang hakikat ini agar perhatian umat tertumpu kepada perkara tersebut. Beliau menggesa mereka agar menukarkannya kepada realiti yang amali. Beliau telah mencurahkan tenaga yang banyak untuk menanam hakikat ini dalam dalam jiwa-jiwa umat dan memujuk mereka agar menerimanya. 

Sesiapa yang memerhatikan keadaan umat yang kehilangan punca pada waktu yang bersejarah tersebut akan mengetahui nilai usul ini dan bahaya kehilangannya. 

Di antara perkara yang menyerlahkan tentang nilai usul ini dalam tempoh yang penuh kemelut itu ialah fahaman buruk sekularisma telah meresap masuk ke dalam fikiran dan hati golongan intelektual yang terdiri dari setengah-setengah mahasiswa universiti, penulis dan penyair. Fahaman sekularisma mula bersarang dalam golongan ini, lalu mereka mengengkari kesyumulan Islam dan membataskan Islam dalam ruang lingkup syiar-syiar ibadat semata-mata, tidak lebih dari itu. Bagi mereka Islam tidak ada hubungan dengan politik, ekonomi, sosial dan semua aspek kehidupan. Umat terus tertidur dengan alunan itu, sehinggalah datang Al-Imam as-syahid mengejutkan mereka dan menyeru mereka agar bangkit dan bergerak untuk mengamalkan Islam bermula dari bersiwak hinggalah kepada berjihad. Beliau mengajak mereka meletakkan Islam di tempatnya yang sebenar tanpa mengubah atau menukarganti, tanpa mengurang atau menambah.

 

Dalil-dalil kesyumulan 

Di sana ada terdapat dalil-dalil umum tentang kesyumulan Islam dalam semua perkara dan dalil-dalil lain secara detail. Di antara dalil-dalil umum ialah firman Allah swt: 

وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلَاء وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ(89)

 Maksudnya:

“Dan Kami turunkan Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”. (An-Nahl: 89)

 Rasulullah saw bersabda kepada Qabilah Bani Syaiban bin Tha’labah ketika memperkenalkan diri baginda dalam berdakwah kepada qabilah-qabilah di Mekah:

 Maksudnya:

“Kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran. Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut”. (Seerah Nabawiyyah: Ibnu Kathiir: 2/163-169)

 Apabila kita melihat kepada Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah, kita dapati banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang ‘aqidah, ibadat, akhlak, berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah swt dan kehakiman, jihad dan perjanjian, hal ehwal harta benda dan perniagaan serta berbagai-bagai bidang kehidupan. Firman Allah swt: 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَى بِالْأُنثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنْ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ(178)

Maksudnya:

“Diwajibkan ke atas kamu qisaas (bunuh balas) dalam (kes) orang yang mati dibunuh”. (Al-Baqarah: 178) 

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ(183)

 Maksudnya:

“Diwajibkan ke atas kamu berpuasa”. (Al-Baqarah: 183)

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمْ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ(180)

 Maksudnya:

“Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak , berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabat secara baik”. (Al-Baqarah: 180)

كُتِبَ عَلَيْكُمْ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ(216)

 Maksudnya:

“Diwajibkan ke atas kamu berperang”. (Al-Baqarah: 216)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلْ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنْ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَاأَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمْ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ(282)

Maksudnya:

“Apabila kamu bermu’amalah (Seperti berjual beli, berhutang piutang atau sewa-menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya”. (Al-Baqarah: 282)

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ(275)

Maksudnya:

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (Al-Baqarah: 275)

وَأَنْ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ(49)

Maksudnya:

“Dan hendaklah kamu memutuskan hukuman di antara mereka dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu”.  (Al-Maidah: 49)

Allah telah mengengkari terhadap mereka yang mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain dengan firmanNya:

ثُمَّ أَنْتُمْ هَؤُلَاء تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَتَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ(85)

Maksudnya:

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih”. (Al-Baqarah: 85)

Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal dengannya?

Setiap orang yang melihat kepada petunjuk Rasulullah saw dan seerah salafussaleh, beliau akan dapati bahawa mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan mempraktikkannya. Mereka mengambil wasilah-wasilah yang terdaya untuk mengubah kefahaman ini kepada realiti yang amali, yang mempunyai keperibadian, bukannnya terbatas kepada serban di atas kepala dan iman yang tersembunyi di dalam hati.

Sesiapa yang mengakui kesyumulan Islam dalam setiap aspek kehidupan, kemudian beliau membataskan kegiatannya dalam beberapa aspek sahaja, beliau mempunyai beberapa keadaan:

* Jika kemampuannya tidak cukup untuk melaksanakan aspek-aspek yang lain, maka beliau hendaklah membantu orang-orang lain yang beramal (‘aamilin) dengan kesyumulan dengan sedaya upaya yang mungkin.

* Adapun jika beliau menghalang mereka dan menganggap bahawa aspek yang dilaksanakannya sudah memadai, serta tidak menghulurkan bantuan maka tidak syak lagi beliau adalah tercela.

* Jika kemampuannya mengizinkan beliau untuk memberi saham amali, dan beliau hanya berpada dengan satu aspek sahaja kerana mementingkan keselamatan dan kesenangan dan tidak mahu berpenat tenaga, maka beliau tidak selamat dan tidak mendapat kesenangan.

* Sesungguhnya berdakwah kepada kefahaman yang syamil dan beramal dengannya dan mengakuinya adalah asas dan yang lainnya adalah kecuaian.

* Jika tidak, tolong beritahu kepadaku wahai saudara, adakah kita telah menunaikan hak dengan sebenar-benarnya jika kita hanya berpada dengan mengetahui dan mengakuinya tanpa beramal dan berdakwah dengannya?

Al-Imam as-syahid telah menjelaskan usul ini dan menerangkannya kepada setiap orang yang mempunyai kefahaman dalam banyak risalahnya. Beliau berkata dalam risalah muktamar kelima di bawah tajuk: “Islam Ikhwan Muslimin”:

“Wahai saudara, izinkan saya menggunakan ungkapan ini. Saya tidak bermaksud bahawa Islam Ikhwan Muslimin adalah Islam yang baru, yang bukan dibawa oleh Saidina Muhammad saw dari Tuhannya. Saya maksudkan bahawa kebanyakan umat Islam di kebanyakan zaman telah mencabut sifat-sifat, ciri-ciri dan batas-batas dari Islam mengikut kemahuan masing-masing. Mereka mempergunakan keanjalan dan keluasannya secara buruk. Sedangkan keanjalan dan keluasan itu adalah mempunyai hikmat yang tinggi. Mereka bertelingkah hebat dalam memahami makna Islam dan menanamkan gambaran Islam yang bermacam-macam di dalam jiwa anak-anak mereka, samada ianya hampir, jauh atau bertepatan dengan Islam pertama yang dibawa oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya. “

Di antara manusia ada yang memandang bahawa Islam hanya terbatas pada ibadt-ibadat zahir sahaja. Jika dia menunaikannya atau melihat ada orang melaksanaknnya, beliau berpuashati dan mengira bahawa dia telah sampai ke puncak Islam. Inilah makna yang difahami secara meluas di kalangan umat Islam.

Ada di antara mereka yang memandang bahawa Islam hanya terbatas kepada berakhlak mulia, rohani yang bersih, memberi santapan falsafah kepada fikiran dan roh serta menjauhkan diri dari daki-daki material.

Ada pula yang Islamnya hanya terhenti kepada perasaan takjub kepada makna-makna Islam yang hidup dan amali ini. Dia tidak memikirkan perkara lain.

Ada golongan yang memandang bahawa Islam adalah sejenis ‘aqidah yang diwarisi, amalan-amalan yang tradisi yang tidak diperlukan dan tidak boleh menjadi maju. Mereka menjadi jemu dengan Islam dan setiap perkara yang mempunyai hubung-kait dengannya. Saudara boleh mendapati makna ini secara jelas di dalam jiwa orang-orang yang berpendididkan barat yang tidak berpeluang untuk memahami hakikat Islam. Mereka tidak mengetahui sedikitpun tentang Islam, atau mengetahuinya dengan gambaran yang tercemar hasil dari pergaulannya dengan orang-orang yang tidak mengamalkan Islam secara baik dari kalangan umat Islam.

Di bawah jenis-jenis ini, terdapat lagi jenis-jenis lain yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang Islam. Hanya segolongan kecil sahaja di kalangan manusia yang memahami gambaran Islam yang sempurna dan jelas yang menyusun semua makna makna ini.

Gambaran yang bermacam-macam terhadap Islam di dalam jiwa manusia ini menjadikan mereka berselisih hebat dalam memahami fikrah Ikhwan Muslimin.

Di antara manusia ada yang menggambarkan bahawa Ikhwan Muslimin adalah “tarikat sufi” yang mengambil berat dalam mengajar manusia tentang zikir-zikir, jenis-jenis ibadat dan perkara-perkara lain yang menjadikan seseorang itu ikhlas dan zuhud.

Ada pula yang menyangka bahawa Ikhwan adalah satu jamaah yang suka berbahas tentang masalah-masalah fiqh. Mereka hanya mementingkan untuk berpegang dengan beberapa hukum-hakam, berdebat padanya, mempertahankanya dan mengajak manusia agar berpegang kepada hukum-hukum tersebut. Mereka berbahas atau berdamai dengan orang yang tidak menerimanya.

Sedikit sahaja di kalangan manusia yang bercampur dan bergaul dengan Ikhwan Muslimin, yang tidak hanya mendengar semata-mata dan tidak mencabut dari Ikwan Muslimin Islam yang difahami oleh mereka. Lalu golongan ini mengetahui hakikat Ikhwan dan memahami dakwah mereka secara ilmu dan amali.

Kerana itu , saya suka bercakap kepada tuan-tuan yang mulia secara ringkas tentang makna Islam dan gambarannya pada jiwa Ikhwan Muslimin sehingga ia menjadi asas dakwah kita, kita berbanggga kerana bersamanya dan mengambil bekalan daripadanya secara jelas dan nyata.

Kami meyakini bahawa hukum-hukum Islam dan pengajarannya adalah syumul dan menyusun hal ehwal kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Orang-orang yang menyangka bahawa pengajaran ini hanya meliputi aspek ibadat dan rohani semata-mata adalah salah dalam sangkaan tersebut. Ini kerana Islam adalah ‘aqidah dan ibadat, watan dan warganegara, agama dan negara, rohani dan amal serta Al-Quran dan pedang.

Al-Quran Al-Karim menyebut tentang kesemua perkara tersebut dan menganggapnya sebagai “otak dan hati Islam” serta mewasiatkan agar melaksanakan kesemua perkara tadi dengan sebaik-baiknya. Inilah yang diisyaratkan oleh firman Allah swt:

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنْ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ(77)

 Maksudnya:

“Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni’matan) duniawi dan berbuat baiklah sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu”. (Al-Qasas: 77)

Saudara juga membaca dalam Al-Quran dan juga di dalam sembahyang firman Allah swt tentang ‘aqidah dan ibadat:

Maksudnya:

Dan mereka tidak diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan lurus . Jauh dari syirik dan kesesatan dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus“. (Surah Al-Bayyinah: 5)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang kerajaan, kehakiman dan politik:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا(65)

 

Maksudnya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka meneriama dengan sepenuhnya”. (An-Nisaa’: 65)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang hutang di dalam perniagaan:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلْ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنْ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَاأَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمْ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ(282)

Maksudnya:

” Wahai orang-orang yang beriman,  apabila kamu berhutang dalam tempoh yang tertentu, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu membacakan apa yang ditulisnya itu, dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu membacakannya, maka hendaklah walinya membacakannya secara jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil, dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik sedikit mahupun banyak sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu.  (Tulislah hutang itu), kecuali jika ia merupakan perniagaan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli, dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian itu), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertaqwalah kepada Allah, Allah mengajarmu, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (Al-Baqarah: 282)

Saudara juga membaca firman Allah swt tentang jihad dan peperangan:

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمْ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِنْ وَرَائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَى لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَهُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُمْ مَيْلَةً وَاحِدَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ كَانَ بِكُمْ أَذًى مِنْ مَطَرٍ أَوْ كُنتُمْ مَرْضَى أَنْ تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ وَخُذُوا حِذْرَكُمْ إِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا(102)

 Maksudnya:

“Dan apabila kamu berada di tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hedak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat) Apabila selesai satu rakaat, maka diselesaikan sendiri satu rakaat lagi, dan Nabi duduk menunggu golongan yang kedua maka mereka hendaklah pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum sembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu. Dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit dan bersiap sedialah kamu”. (An-Nisaa’: 102)

Banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang perkara-perkara di atas. begitu juga dalam adab-adab umum dan hal ehwal masyarakat.

Begitulah Ikhwan berhubung dengan Kitab Allah, meminta ilham dan petunjuk darinya. Mereka meyakini kesyumulan Islam ini dan Islam mesti menguasai dan mewarnai setiap aspek kehidupan. Kehidupan mesti terikat dengan hukum-hukum Islam, berjalan dalam landasan prinsip dan pengajarannya dan merujuk kepadanya jika umat mahu menjadi umat Islam yang sebenar.

Tetapi jika hanya Islam di sudut ibadat semata-mata dan meniru orang bukan Islam dalam sudut-sudut lain, maka ia bukanlah umat Islam yang sebenar. Mereka samalah dengan umat yang disebut di dalam firman Allah swt:

ثُمَّ أَنْتُمْ هَؤُلَاء تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِنْكُمْ مِنْ دِيَارِهِمْ تَتَظَاهَرُونَ عَلَيْهِمْ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَإِنْ يَأْتُوكُمْ أُسَارَى تُفَادُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ(85)

 Maksudnya:

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan kufur dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang berbuat demikian kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab siksa yang amat pedih, dan Allah tidak lali terhadap apa yang mereka kerjakan”. (Al-Baqarah: 85)

Dalam menerangkan tentang kesyumulan Islam untuk kesemua manusia dan pada semua masa, Al-Imam as-syahid berkata:

“Ikhwan Muslimin meyakini bahawa Islam adalah agama umum yang menyusun setiap aspek kehidupan sesuai untuk semua bangsa dan umat, pada setiap masa dan zaman. Islam datang dengan membawa ajaran yang lebih sempurna dan tinggi dari menerangkan juziyyah kehidupan, lebih-lebih lagi dalam perkara yang bersifat keduniaan semata-mata. Islam hanya meletakkan kaedah umum (kulli) dalam aspek keduniaan ini dan menunjukkan kepada manusia kepada jalan amali untuk memperaktik dan berjalan di dalam sempadannya.

Untuk menjamin kebenaran dalam praktik ini, Islam memberi perhatian penuh terhadap mengubat hati manusia. Ini adalah kerana hati merupakan sumber sistem, alat berfikir dan menggambarkan sesuatu. Islam menunjukkan kepada hati, ubat yang mujarrab yang membersihkannya dari belenggu hawa nafsu, menyucikannya dari daki-daki mencari keuntungan dan matlamat dunia, memimpinnya ke jalan yang sempurna dan mulia serta menegahnya dari kezaliman, kecuaian dan permusuhan.

Apabila jiwa sudah betul dan bersih, maka setiap perkara yang lahir daripadanya adalah baik dan cantik.

Sudah menjadi buah mulut orang bahawa keadilan bukannya pada nas undang-undang, tetapi pada diri hakim. Kadang-kadang ada undang-undang yang sempurna dan adil diberikan kepada hakim yang mengikut hawa nafsu dan mencari kepentingan. Lalu beliau melaksanakannya secara zalim dan tidak adil. Kadang-kadang ada undang-undang yang zalim dan mempunyai kekurangan diberikan kepada hakim yang mulia dan adil yang tidak menurut hawa nafsu dan tidak mencari keuntungan. Lalu beliau melaksanakannya secara adil, penuh kebaikan dan rahmat.

Dari sini, jiwa manusia sangat diambil berat di dalam Kitab Allah. Jiwa-jiwa generasi pertama yang diwarnai oleh Islam menjadi contoh insan yang kamil.

Kerana itu, tabiat Islam sesuai dengan setiap zaman dan umat dan mempunyai ruang yang luas untuk mencapai kejayaan dan keperluan manusia. Kerana itu juga Islam tidak menolak sama sekali untuk mengambil faedah dari setiap peraturan yang baik yang tidak bercanggah dengan kaedahnya yang menyeluruh dan dasarnya yang umum”.

 

Buah dari kefahaman yang syumul terhadap Islam:

Al-Imam as-syahid berkata: “Hasil daripada kefahaman am yang syumul terhadap Islam di sisi Ikhwan Muslimin ini, fikrah mereka merangkumi setiap aspek pengislahan umat dan kesemua unsur-unsur fikrah pengislahan terdapat di dalamnya. Setiap pengislah yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mendapati cita-citanya ada di situ, dan di situ juga tempat bertemunya setiap harapan pencinta islah iaitu mereka yang mengetahui dan memahami tujuannya.

Tidak mengapa jika saudara mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin adalah:

1      Dakwah Salafiah: Kerana mereka menyeru untuk kembali kepada Islam dengan maknanya yang murni dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.

2      Tarikat Sunnah: Kerana mereka menetapkan ke atas diri mereka untuk beramal dengan sunnah Rasulullah saw dalam setiap perkara, khasnya dalam masalah aqidah dan ibadat sekadar yang terdaya.

3      Hakikat Sufi: Kerana mereka mengetahui bahawa asas kebaikan ialah kebersihan jiwa, kesucian hati, berterusan dalam beramal, tidak terpengaruh dengan makhluk, cinta kerana Allah dan terikat dengan kebaikan.

4      Institusi politik: Kerana mereka menuntut pengislahan kerajaan dari dalam, mengkaji semula hubungan diplomatik di antara umat Islam dengan umat-umat yang lain dari luar serta mendidik rakyat dan bangsa dengan kemuliaan.

5      Kumpulan Riadhah: Kerana mereka mengambil berat terhadap tubuh badan mereka, mengetahui bahawa mukmin yang kuat lebih baik dari mukmin yang lemah, Nabi saw bersabda:

Maksudnya:

“Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu”  (Fathul Bari: 4/256 no: 1975)

Bahawa semua taklif-taklif Islam tidak dapat ditunaikan secara sempurna dan baik melainkan dengan tubuh badan yang kuat. Menunaikan solat, puasa, zakat dan haji umpamanya, memerlukan tubuh badan yang mampu memikul bebanan pekerjaan, usaha dan perjuangan mencari rezeki. Mereka juga memberi perhatian dalam membentuk pasukan-pasukan riadhah yang menyaingi (mungkin mengatasi) kelab-kelab sukan yang hanya mementingkan riadhah tubuh badan semata-mata.

6      Perikatan ilmiah dan pengetahuan: Kerana Islam mewajibkan setiap muslim dan muslimat agar menuntut ilmu, dan kerana kelab-kelab Ikhwan pada realitinya ialah sekolah-sekolah untuk pembelajaran dan pengetahuan, kolej-kolej untuk mendidik tubuh badan, akal dan roh.

7      Syarikat Ekonomi: Kerana Islam mengambil berat terhadap pentadbiran harta benda dan cara mendapatkannya. Inilah yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

Maksudnya:

“Sebaik-baik harta yang baik ialah bagi orang yang soleh”. (Ahmad: 4/197)

Baginda bersabda lagi:

 Maksudnya:

“Sesiapa yang berada di waktu petang dalam keadaan dia penat kerana bekerja, dia mendapat keampunan”.

(Majma’ Az-Zawaaid: 4/66 – Kitab Jual Beli – Bab bekerja dan berniaga – dinisbahkan kepada At-Tabrani di dalam kitab Al-Ausat)

 Dalam hadis yang lain baginda bersabda: 

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang mukmin yang bekerja”.

(Majma’ Az-Zawaaid: 4/65 – Kitab Jual Beli – Bab pekerjaan dan perniagaan…. Dinisbahkan kepada At-Tabrani di dalam kitab Al-Kabir dan Al-Ausat) 

8   Fikrah kemasyarakatan: Kerana mereka memberi perhatian dalam merawat masyarakat Islam serta cuba mencari jalan-jalan yang boleh mengubat dan menyembuhkan penyakit umat. 

Beginilah kita melihat tentang kesyumulan makna Islam. Fikrah kita meliputi kesyumulan aspek-aspek islah dan menumpukan kegiatan-kegiatan Ikhwan dalam setiap aspek ini. Kalau orang lain hanya menumpukan kepada satu sudut sahaja, Ikhwan pula menumpukan kepada kesemua sudut ini dan mengetahui bahawa itu semua adalah tuntutan Islam.

Dari sini mungkin dari segi zahirnya, kegiatan-kegiatan Ikhwan dipandang oleh manusia sebagai bertentangan di antara satu sama lain. Padahal ianya tidak begitu. 

Kadang-kadang orang dapat melihat seorang akh muslim berada di mihrab dalam keadaan penuh khusyu’, tekun, menangis dan merendah diri. Tidak lama kemudian saudara melihat beliau adalah seorang penceramah yang menyampaikan pengajaran dan peringatan yang mengetuk gegendang telinga. Selepas itu saudara melihat beliau adalah seorang ahli sukan yang tangkas, membaling bola, berlatih berlari atau berenang. Selang beberapa ketika beliau berada di kedai atau di tempat kerjanya melaksanakan pekerjaan dengan penuh amanah dan ikhlas.

 Gambaran-gambaran ini secara zahirnya dilihat orang sebagai bertentangan, tidak boleh bergabung di antara satu sama lain. Kalaulah mereka mengetahui bahawa itu semua dihimpunkan oleh Islam, diperintah dan digalakkan oleh Islam, nescaya perkara-perkara tadi boleh bercantum dan bergabung. 

Bersama kesyumulan ini Ikhwan menjauhkan diri dari setiap perkara yang boleh dikritik dalam sudut-sudut tadi sebagaimana mereka menjauhi dari taksub kepada gelaran. Ini adalah kerana Islam telah menghimpunkan mereka di bawah satu gelaran iaitu saudara-saudara muslim (Ikhwan Muslimin).

 Peta-Minda-Al-Fahmu

Jemaah Solat Tarawih Lebih Banyak Dari Jemaah Solat Fardhu. Kenapa?

$
0
0

 

Solat terawih

Kenapa waktu subuh tak ramai macam ni?

Dari Abu Hurairah, beliau mendengar Rasulullah sallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat adalah solatnya. Rabb kita Jalla wa ‘Azza berfirman kepada malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui; ‘Periksalah solat hamba-Ku, sempurnakah atau ada kekurangan?’ Sekiranya sempurna, maka akan dituliskan baginya dengan sempurna, dan jika terdapat kekurangan maka Allah berfirman, ‘periksalah lagi, apakah hamba-Ku memiliki amalan solat sunat?’ Jikalau terdapat solat sunatnya, Allah berfirman, ‘Sempurnakanlah kekurangan yang ada pada solat wajib hamba-Ku itu dengan solat sunatnya.’ kemudian semua amalan manusia akan dihisab dengan cara demikian.” (HR. Abu Daud no. 964, At-Tirmizi no. 413, An-Nasai no. 461-463, dan Ibnu Majah no. 1425. Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2571)

Melihat jumlah jemaah solat sunat tarawih yang lebih banyak daripada jemaah solat fardhu beberapa malam ini (bulan ramadhan) membuatkan saya ingin mengutarakan kepentingan dari kedua solat itu. Dengan niat saling menasihati, kerana Allah berfirman “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar – benar dalam kerugian. Kecuali orang – orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran.” (Qs. Al -`Ashr 1- 3)

Dari hadith diatas kita ketahui bahawa, yang pertama kali dihisab di hari akhir nanti adalah Solat Fardhu, bila solat fardhu kita kurang sempurna maka akan disempurnakan dengan solat sunat. Ertinya kedudukan solat fardhu lebih penting dibandingkan dengan solat sunat. Sedangkan solat sunat adalah sebagai penyempurna solat fardhu.

Perlu diketahui bahwa solat fadhu itu ada 5 yaitu; Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. Sedangkan solat sunat itu sangat banyak, antaranya solat sunat Tarawih, Rawatib Qabliyah, Rawatib Ba’diyah, Dhuha, Fajar, Witir, Tahajjud, Tahiyatul Masjid, Wudhu, dan Qiyamullail. Solat fardhu yang 5 diatas lebih utama daripada solat sunat yang disebutkan diatas tadi. Dalam tulisan ini penulis bermaksud membandingkan dengan solat tarawih. Saya tidak mengkerdilkan solat tarawih, tetapi hanya ingin meluruskan paradigma berfikir kebanyakan kita yang selama ini seolah-olah mementingkan solat tarawih dibandingkan solat fardhu.

Maka tidak sedikit kita melihat jemaah solat tarawih lebih banyak daripada jemaah solat fardhu. Padahal seharusnya jika pemahaman kita sama mengenai prioriti solat ini, maka sepatutnya yang lebih banyak ialah jemaah solat fardhu dibandingkan solat sunat lainnya.

Penulis ingin menganalogikan prioriti solat ini seperti bangunan rumah. Diibaratkan syahadah (aqidah) itu adalah asas, solat fardhu itu adalah tiang, sedangkan solat sunat, puasa, zakat, dan ibadah haji itu adalah papan dan hiasan lainnya yang ditempelkan ke tiang yang berdiri diatas asas tersebut. Jika asas tidak kuat, jika tiang tidak kuat atau bahkan tidak ada tiang , dimana mahu ditempel papan dan penghias tadi. Jika tidak ada tempat bergantung jadilah papan dan perhiasan tadi sia-sia.

Dengan ini penulis mengajak kita semua mari ramaikan solat berjemaah fardhu, juga kita ramaikan solat tarawih dan amalan-amalan lainnya. Sehingga rumah kita disurga nanti kuat dan kukuh serta cantik juga indah karena dihiasi dengan amalan-amalan. Jom ke masjid!!!

Wallahu a’lam bissawab

 

Oleh : Arida Sahputra

 

Penulis adalah mantan aktivis dakwah kampus juga pernah aktif sebagai ketua BEM dan berbagai wajihah penting di Universitas Syiah Kuala. Beliau hingga sekarang masih aktif sebagai aktivis dakwah. Wajihah dakwah yang di geluti yakni Komite Nasional Untuk Rakyat Palestina (KNRP), Persaudaraan Guru Sejahtera Indonesia (PGSI), Masyarakat Ilmuwan dan Teknolog Indonesia (MITI), dan berbagai wajihah dakwah lainnya. Hari-harinya beliau bekerja sebagai murabbi di Al-Fityan School Aceh.

 

 

 

 


Menyempurnakan taharahnya

$
0
0

Serial 10 Muwasofat - صحيح العبادة

Ciri – Menyempurnakan taharah

Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya” (Surah Al-A’la: 14)

Islam sebagai Ad-Dien menjunjung tinggi kebersihan dan kesucian (thaharah). Syariat Islam meletakkan pelbagai aturan terhadap kebersihan dan memberikan nilai amanah yang besar terhadap menjaga kesucian setiap peribadi. Kebersihan merupakan sebahagian daripada ibadah yang dituntut, merupakan syarat sah kepada amal ibadah, menandakan kesyukuran hamba terhadap Allah SWT. yang maha agung dan mempunyai nilai tambah terhadap kualiti keimanan.

Kesucian itu sebahagian daripada Iman.” (HR. Muslim)

Sebelum kedatangan Islam, kaum Eropah ternyata terkenal sebagai bangsa yang jarang sekali mandi dan membiarkan hidup disekelilingi kekotoron. Diceritakan Ratu Isabella (1451-1504, Sepanyol) yang mereka sanjungi kerana membantai umat Islam tidak pernah mandi seumur hidupnya. Dia hanya mandi pada malam saat menjadi pengantin pada tahun 1469. Selepas peristiwa pembantaian kaum Muslimin secara besar-besaran, tentera Kristian menyebar ke setiap rumah orang Islam dan di saat itulah mereka baru kenal akan tandas dan sabun.

Namun demikian, lambang kebersihan dan kesucian seakan-akan pudar daripada identiti kaum Muslimin dan realitinya kita dituduh dengan pelbagai hal-hal yang kotor dan berbau. Ini sama sekali jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Islam sentiasa mengambil berat supaya penganutnya sentiasa bersih, baik kebersihan zahir (maddiah) mahupun rohani (ma’nawiah).

Allah SWT memuji orang yang bersuci (mutatahhirin) berdasarkan firman-Nya:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah: 222)

Dosa disucikan melalui taubat sedangkan janabah dan hadas disucikan baik melalui mandi junub dan berwudhu’. Begitu juga kotoran atau najis hendaknya disucikan menurut kaedah yang diajarkan syara’. Menyempurnakan bersuci adalah wajib kerana ia menjadi syarat yang berkekalan bagi sahnya solat lima kali sehari.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis untuk mengingatkan kita terhadap azab kubur bagi mereka yang tidak menyempurnakan bersuci daripada hadas. Ketika melewati sebuah perkuburan, Baginda SAW. mendengar dua suara manusia yang sedang disiksa. Baginda SAW. bersabda, “Dua orang sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa kerana dosa besar.” 

Kemudian Baginda bersabda, “Ya, yang seorang tidak beristibra‘ dengan sebersih-bersihnya daripada kencingnya dan yang seorang lagi berjalan dengan mengadu domba.” 

Menyempurkan thaharah adalah hal yang serius sehinggakan Nabi SAW. menegur para sahabat yang dilihat tidak sempurna wuduknya. Daripada Umar bin al-Khattab r.a. katanya: “Ada seorang lelaki berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi SAW.. Disebabkannya baginda bersabda: “Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebaik-baiknya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.” (HR. Muslim)

Sedangkan seorang lagi diazab Allah SWT. kerana tidak membersihkan dirinya daripada dosa dan maksiat.

Kebersihan dan Kesihatan

Kebersihan juga adalah langkah pengawasan terbaik untuk mencegah wabak penyakit. Sesungguhnya pencegahan adalah lebih utama daripada pengubatan dan syariat Islam mewajibkan bersuci sebagai salah satu daripada langkah pencegahan yang utama. Ini membuktikan bahawa Islam memberikan nilai yang tinggi terhadap kebersihan, kecantikan, penjagaan kesihatan diri dan menjaga persekitaran dan masyarakat supaya tidak terdedah kepada penyakit. Kelima-lima anggota wudhu’ merupakan tempat yang sering terdedah kepada debu, tanah dan kuman maka setiap kali berwudhu’ atau berjunub untuk membasuh badan, ia akan menyucikan semuanya.

Daripada Jabir iaitu bin Abdullah katanya, Rasulullah SAW. bersabda: “Perumpamaan sembahyang lima waktu itu seperti sebatang sungai yang mengalir dengan banyaknya di hadapan pintu rumah seseorang daripada kamu, di mana dia mandi lima kali sehari.” (HR. Muslim)

Daie, Murabbi Harus Senantiasa Dalam Keadaan Bersih

Ketika Jibril datang untuk mengajarkan Islam kepada kita, Umar ra. meriwayatkan bahwa Jibril itu datang dengan penuh karisma, … “suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya” (HR. Muslim, Hadis Kedua daripada Hadis Arbain)

Peristiwa ini bukan sahaja mengajarkan kita akan maksud Islam bahkan memberikan gambaran yang cukup indah bagaimana seharusnya peribadi daie yang membawa mesej, segak, bersih dan berjalan dengan penuh keyakinan.

Allah SWT. Berfirman yang maksudnya, “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah al-Muddathir: 4)

Nabi SAW. pernah menegur seorang sahabat ketika melihatnya dengan rambut yang tidak terurus dan memakai pakaian yang kusut lantas dengan kehairanan Baginda SAW. bertanya, “Tidak bolehkan dia memiliki sesuatu yang dapat merapikan rambutnya. Tidakkah dia boleh mendapatkan sesuatu yang boleh mencuci pakaiannya?” (HR. Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW kepada para shahabatnya, “Kalian akan mendatangi saudaramu maka perbaguslah kedatanganmu dan perbaguslah penampilanmu. Sehingga dirimu seperti tahi lalat di tengah manusia. Sesungguhnya Allah tidak menyukai hal yang kotor dan keji.” (HR. Ahmad)

Menyempurnakan dan memperelokkan solat

$
0
0

Serial 10 Muwasofat - صحيح العبادة

Menyempurnakan dan memperelokkan solat

Solat adalah kewajipan yang diwajibkan pada malam Isra’ terhadap setiap kaum Muslimin yang telah baligh dan berakal. Ia adalah Ibadah pertama yang diwajibkan, menempati nombor dua dalam rukun Islam, amal pertama yang akan diperhitungkan di hari kiamat dan juga merupakan wasiat terakhir Baginda Rasulullah SAW. kepada ummatnya yang tercinta. Begitu tegasnya Islam dalam menitikberatkan kewajipan solat sampai tidak ada rukhsah untuk meninggalkannya ketika bermukim atau bermusafir, saat aman mahupun takut. (Surah Al-Baqarah: 238-239, Solat ketika perang di Surah An-Nisa’: 101-103).

Solat adalah manhaj yang lengkap untuk mentarbiyah ummat Islam. Barangsiapa yang melakukannya dengan baik dan sempurna pasti beroleh keuntungan yang besar.

Firman Allah SWT. maksudnya, “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya” (Surah Al-Mu’minun: 1-2)

Mereka yang mendapat keuntungan daripada perlaksanaan solat yang sempurna bukanlah bermaksud sekadar kewajipan ritual harian tanpa memahami makna disebalik setiap persiapan sebelum, sewaktu dan sesudah solat. Solat yang sempurna bertujuan untuk memformat peribadi untuk menjadi manusia yang sempurna akhlaknya dan masyarakat yang solih.

Kegagalan dalam penerapan manhaj solat yang sempurna boleh memberikan kesan yang sungguh negatif terhadap keimanan individu dan kestabilan jamaah kaum Muslimin kerana petanda runtuhnya benteng terakhir keIslaman dan tertimpanya kecelakaan adalah meninggalkan solat.

Firman Allah SWT., “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Surah Maryam: 59). “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Surah Al-Ma’un: 4-5)

Hadits Jabir ra. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, بين الرجلِ والكُفر تركُ الصَّلاة “Batas antara kufur dengan seseorang adalah solat.” (HR. Muslim, Abu Daud, At Tirmidziy, Ibnu Majah, dan Ahmad).

Penerapan Manhaj Solat Tidak Pernah Putus

Syaikh Munir Ghadban berkata, “Menurut riwayat yang paling kuat, tidak ada satu pun periode dakwah kaum Muslimin yang sunyi daripada perlaksanaan solat.”[1] Usaha pembentukan peribadi muslim yang mantap dalam kerangka penegakan daulah Islam wajib memberikan penekanan terhadap mencapai kesempurnaan solat setiap individu. Oleh itu Islam menganjurkan perintah solat kepada anak-anak bermula umurnya tujuh tahun dan dipukul jika tidak mengerjakannya setelah berusia 10 tahun agar solat tetap terus menjadi kebiasaan.[2]

Manhaj solat yang komprehensif wajib dipelajari dan diajarkan kerana tidak mungkin solat dapat dilakukan dengan sempurna tanpa pengetahuan terhadap fikih solat. Alhamdulillah atas usaha pelbagai pihak sungguh mudah untuk mendapatkan bahan-bahan kajian terhadap fikih solat sesuai untuk setiap lapisan umur.

Agar Solat Lebih Bermakna

Beralasankan sibuk, ingin cepat dan lebih time efektif, ramai yang terjerumus gejala “mencuri dalam solat”. Solat dilaksanakan dengan penuh tergesa-gesa atau dilewatkan hingga hujung waktu kerana priroritinya yang demikian rendah dibanding hal-hal keduniaan. Hasilnya solat yang dilakukan cukup sekadar melepaskan kewajipan lima waktu tanpa ada sebarang nilai tambah apatah lagi membantu untuk mencegah perkara keji dan mungkar. (Maksud Surah Al-Ankabut: 45). Seharusnya solat mampu menjadi penghapus dosa[3] tetapi yang tejadi sebaliknya yakni solat itu sama sekali tidak diterima Allah SWT.

Sabda Nabi SAW., “Sungguh sejahat-jahat pencuri dari kalangan manusia adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan mencuri dalam solatnya?” Beliau SAW. berkata, “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya. Dan sungguh orang yang paling kikir adalah orang yang kikir mengucapkan salam.” (HR. Thabrani & Hakim)

Ustaz Hasan Al-Banna menggambarkan dengan begitu indah bagaimana kaedah untuk memaknai solat dan justru membentuk keperibadian muslim yang mantap. Beliau menyimpulkan tarbiyah manhaj solat ibarat kapsul yang diperintahkan untuk diminum lima kali sehari tanpa perlu kita mengetahui kompisisinya, tetapi hasilnya adalah akal, ruh dan jasmani kita akan sihat keseluruhannya.

Jasmani terpelihara seawal persiapan sebelum solat. Untuk solat, kita harus dalam keadaan bersih baik pakaian, badan mahupun tempat untuk solat. Bahkan lebih baik sebelum itu untuk tidur awal agar dapat sesekali bangun untuk menunaikan qiamullail. Solat adalah kesempatan untuk tubuh beristirehat dan mampu untuk membantu peredaran darah berjalan dengan baik.

Ketika mendatangi solat, fikiran kita terus melayang memberikan konsentrasi yang penuh terhadap Allah SWT., dan menghilangkan sebentar segala keserabutan dunia. Tatkala bertakbir “Allahuakbar”, maka kita merasakan kebebasan daripada segala belenggu majikan dan impian dunia. Hal ini terus membangkitkan jiwa yang keletihan agar terus fokus hingga tunduk dan sujud hanya kepada Allah SWT..

Aqal menjadi aktif dalam usaha menghayati setiap ayat dan sebutan yang diucapkan. Ayat-ayat Al-Quran cukup untuk memberikan pelajaran-pelajaran yang berharga buat bekal peringatan sampai waktu solat seterusnya.

Semoga kita senantiasa memperbaiki solat kita, agar tujuan solat yang dimaksudkan dalam Al-Quran benar-benar dapat terwujud. “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut: 45) dan “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya” (Surah Al-Mu’minun: 1-2)




[1] Munir Ghadban, Manhaj Haraki, Periode Pertama, Karakteristik Keenam – Solat

[2] Ahmad, Abu Daud, dan Hakim, yang mengatakan hadits ini shahih sesuai dengan persyaratan Imam Muslim

[3] Sabda Nabi SAW., “Bagaimana pendapatmu jika ada sungai di depan pintu rumah di antaramu, mandi di sana lima kali sehari, apakah masih ada daki di tubuhnya?” Mereka menjawab, “Tidak ada, ya Rasulallah.” Sabda Nabi, “Itulah perumpamaan shalat lima waktu, Allah menghapus kesalahan dengan shalat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

أخي أنت حرٌّ

$
0
0
Akhi… Engkau adalah merdeka walaupun di balik jeruji besi itu

Akhi… Engkau adalah merdeka walau dibelenggu

Bila engkau berpegang teguh kepada Allah

Maka makar manusia tidak akan membahayakanmu

أخي أنت حرٌّ وراء السُدُود

أخي أنت حرٌّ بِتِلكَ القُيود

إذا كُنتَ بِالله مُستَعْصِما

فَمَاذا يَضِيرُك كَيدُ العَبيد؟

Akhi… kenapa engkau jemu dari berjuang

Dan mencampakkan senjatamu?Lalu siapa lagi yang akan mengubati luka pasukan?

Dan siapa pula akan yang mengangkat kembali panjinya?

أخي هَلْ تُرَاكَ سَئِمْتَ الكِفَاح ؟

وَأَلْقَيْتَ عَنْكَ إِلَيْكَ السِّلاَح

فَمَنْ للِضَّحَايَا يُوَاسِي الْجِرَاح

وَيَرْفَعُ رَايَاتِهَا مِنْ جَدِيد

Akhi… Sesungguhnya aku pada hari ini adalah tukul besi yang keras

Dengannya akan kuhancurkan batu gunung yang menjulang tinggi

Esok, aku akan menghapusnya dengan pukulan penghabisan

Segala kepala kepala ular hingga hancur berkecai

أخي إِنَّنِي الْيَوْمَ صَلْبُ الْمِرَاسِ

أَدُكُّ صُخُورَ الْجِبَالِ الرَّوَاسِي

غَدًا سَأَشِيحُ بِفَأْسِي الْخَلاَصِ

رُؤُوسَ الْأَفَاعِي إِلَى أَنْ تَبِيد

Akhi… Sekiranya engkau meneteskan air matamu atas kepergianku

Dan dengannya engkau menaburi kuburku dengan hening

Maka nyalakanlah bagi mereka obor dari tulang tulangku

Dan majulah dengannya menuju kegemilangan yang menanti

أخي إِنْ ذَرَفْتَ عليَّ الدُمُوع

وَبَلَّلْتَ قَبْرِي بِهَا فِي خُشُوع

فَأَوْقِدْ لَهُمْ مِنْ رُفَاتِي الشُّمُوع

وَسِيرُوا بِهَا نَحْوَ مَجْدِ تَلِيد

Akhi… Bila kami mati, kami akan bertemu dengan kekasih kekasih kami

Bahkan taman Rob ku tersedia bagi kami

Serta burung burungnya akan berterbangan di sekeliling kami

Maka berbahagialah kami dalam negeri yang abadi

أخي إِنْ نَمُتْ نَلْقَ أَحْبَابَنَا

فَرَوْضَاتُ رَبِّي اُعِدَّتْ لَنَا

وَأَطْيَارُهَا رَفْرَفَتْ حَوْلَنَا

فَطُوبَى لَنَا فِي دِيَارِ الْخُلُود

Akhi… Sesungguhnya aku tidak pernah jemu dari berjuang

Dan aku tidak akan mencampakkan senjataku

Bila aku mati, maka aku syahid

Dan engkau akan terus maju dengan kegemilangan yang agung

أخي إِنَّنِي مَا سَئِمْتَ الْكِفَاح

ولا أَنَا أَلْقَيْتُ عَنِّي السِلَاح

فَإِنْ أَنَا مِتُّ فَإِنِّي شَهِيد

وَأَنْتَ سَتَمْضِي بِنَصْرِ مَجِيد

Saya akan menuntut balas, akan tetapi demi Rob dan din

Dan akan terus maju diatas jalanku dengan penuh keyakinan

Sampai kepada kemengangan di atas semua manusia

Atau kembali kepada Allah di negeri yang kekal

سَأَثْأَرُ لَكِنْ لِرَبٍّ وَ دِين

وَأَمْضِي على سُنَّتِي فِي يَقِين

فَإِمَّا إلى النَّصْرِ فَوْقَ الْأَنَامِ

وَإِمَّا إلى الله في الخَالِدِين

Click here to view the embedded video.

Click here to view the embedded video.

Persaudaraan adalah asas kekuatan

$
0
0
Masjid - Istanbul

Masjid tempat bersatu hati para mukmin

Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat persaudaraan dan telah menyatukan hati-hati kita sehingga dengan nikmat-Nya kita kini bersaudara. Adapun selepasnya;

Sesungguhnya Allah SWT telah mengikat hati hamba-hamba-Nya yang beriman dengan dua ikatan dan dengan dua rantaian. Pertama adalah ikatan iman dan kedua adalah ikatan persaudaraan. Kedua-duanya merupakan ikatan hati yang kukuh, yang telah menyatukan hati-hati dan jiwa-jiwa sebelum akal dan tubuh, yang telah bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, yang telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, yang telah bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.

Sesungguhnya hal demikian telah jelas di dalam firman-Nya “dan berpegang teguhlah” dan “Dan janganlah bercerai-berai”.

Imam Al-Banna telah berpesan di bawah tajuk “kewajipan” di dalam risalah “Antara semalam dan hari ini”: “Anda hendaklah berkasih sayang dan memberi sepenuh perhatian terhadap ikatan anda, kerana ianya merupakan rahsia kekuatan anda dan asas kejayaan anda. Anda hendaklah tetap teguh di atas perinsip ini sehingga Allah membukakan antara anda dan kaum anda dengan kebenaran. Sesungguhnya itulah sebaik-baik pembukaan.”

Nikmat persaudaraan dan nikmat ikatan hati merupakan asas kekuatan ke atas jamaah yang berkat ini. Bagi kita terdapat contoh teladan daripada Rasulullah sewaktu mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk meletakkan asas atau tunjang pembinaan kemasyarakatan bagi jamaah muslim pertama. Asas persaudaraan, kesatuan dan ikatan jelas di dalam ayat:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali-Imran: 103)

Selepas Allah memperakui asas iman dan kekuatan akidah di dalam firman-Nya: “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah..” Memandangkan betapa penting persaudaraan di dalam pembinaan dakwah Imam Al-Banna menjadikannya termasuk antara rukun baiah:

“Persaudaraan yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling kukuh dan berharga. Persaudaraan adalah persaudaraan iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang Berjaya.” (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain.” (At-Taubah; 71)

Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.

At-Tabarruj – Pendahuluan

$
0
0

Oleh Ustazah Ni’mat Sidqi (Seorang Ulamak Wanita Mesir-1930M)

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

            Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”(al-Nur: 31)bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

            Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud: “Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.

            Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.

            Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.

            Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah  nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.

            Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.

            Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!

            Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (al-Nur: 31). Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut.

            Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan.

             Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)

Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.

            Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”

            Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

            Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya: “Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”  Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.

             Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana di luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada teguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.

            Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allah s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi, umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan.

            Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarang kemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untuk dipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapat menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.

            Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki. Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pula bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapkah yang tidak terbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allah s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30)

            Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dengan firmanNya: “Hendaklah mereka menahan pandangannya…..”

            Analisa ini semua ialah: Pandangan boleh membawa kepada zina

Viewing all 79 articles
Browse latest View live